OOO

Jumaat, Januari 21, 2011

Selamat Ulangtahun Imran

21hb. Januari 2001 Imran dilahirkan. Bila di kenang kembali saat kehamilan sehingga Imran dilahirkan memang menjadi kenangan terindah.

Tiada alahan , tiada penyakit darah tinggi (4 orang anak masuk ajer 7 bulan dah ada darah tinggi) sehingga cukup tarikh barulah akak merasa camner air ketuban pecah sendiri sebab 4 orang anak yang lain gi ke hospital doktor yang pecahkan.
Kelahiran Russhdi, Firdaus, Liyana dan Athirah secara paksa sebab akak ada darah tinggi dan di masukkan ke dalam wad berhari-hari. Berbotol-botol air di masukkan semasa didalam wad itu. Kesan cucukan di tangan selepas selamat melahirkan memang perlu di hadapi.

Dengan menggunakan epidural tidaklah akak merasa sakit bila resa datang dan bila saat Imran telah sedia untuk melihat dunia puan doktor telah memasang rakaman suara azan. Memang syahdu sungguh bila di kenang kembali.

Bila dah rasa pengalaman sebegitu rasa macam nak anak lagi tapi tak boleh sebab umur dah meningkat dan tak berani nak ambil risiko.
Mak berdoa agar Imran menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

24 ulasan:

  1. ameeen... Selamat hari jadi Imran! moga menjadi anak yang soleh dan taat kepada ibubapa kamu... :)

    BalasPadam
  2. selamat hari lahir imran...
    besar sungguh jasa dan pengorbanan ibu kepada kamu..

    semoga berjaya menjadi anak yang soleh....amin


    PS: kak ina.....salam hari jumaat ya. karang buat potong-potong kek ingat ayu yer...

    BalasPadam
  3. hepi besday baby beshaaaa... :) semoga jadi anak yang cemerlang gemilang dan terbilang ye imran.. :)

    p/s min suka kalau kol kak ina dia yang angkat...dia interview dulu tau..ahaks.. :P

    BalasPadam
  4. slmt hari jadi imran..smoge jd anak yg soleh..

    Jom Lawat Blog Bardboo

    BalasPadam
  5. wah....selamat hari ulang tahun buat adik imran....

    jadilah anak yang soleh...

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Kak Ina

    SELAMAT HARI ULANG TAHUN IMRAN

    amin amin amin
    doa kak ina tuuu

    Wassalam

    BalasPadam
  7. uh kak ina. doktor yg pecahkan? takutnya...

    HAPPY BIRTHDAY IMRAN. Jadi anak yg soleh yer :)

    BalasPadam
  8. amin!
    happy bufdayy imran!
    dah besar nnt mesti hensem!
    hikhik!

    BalasPadam
  9. assalam kak... hepi besday buat imran..... sekejab ja kan kak rasanya dah besar pun anak2.... rasa macam baru semalam melahirkan mereka... betul tak....

    BalasPadam
  10. selamat hari lagi IMRAN..... pls pls pls... jangan nakal yea..

    BalasPadam
  11. selamat hari jadi imran.. semoga berjaya dlm pelajaran, kerjaya n kehidupan.. Insya Allah.. amin..

    BalasPadam
  12. Happy birthday Imran. Moga jd anak soleh.
    Byk dugaan mengandung. Saya pun kalo bole yg ke-3 ni, biarla pecah ketuban sendiri. serik dh kak..hu3

    BalasPadam
  13. slmt hari jadi imran,sweet je muka anak akak ni...moga berjaya dunia akhirat...amiinn

    BalasPadam
  14. selamat hari lahir imran.
    nama yang baik dan insyaAllah menjadi anak soleh.

    BalasPadam
  15. semoga imran menjadi anak yg soleh...aminnn

    BalasPadam
  16. Salam kak ina...

    Happy birthday utk imran..semoga menjadi anak yg soleh dan beriman....

    BalasPadam
  17. selamat hari lahir imran!! semoga jadik anak soleh & berbakti pada mak & ayah yer

    BalasPadam
  18. salam kak ina...selamat ulang tahun buat imran...semoga doa akak akan dimakbulkan...amin.

    BalasPadam
  19. happy bday imran!!
    moga membesar jd anak soleh berjaya duni akhirat--amiin

    hensem anak kak ina :)

    BalasPadam
  20. suka betol!.. hari jadi dea sama la.... tapi sy nye beday xde kek2~...hadapi dengan senyuman je...
    :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers