OOO

Sabtu, Februari 26, 2011

Catatan Perjalanan Ke India-Hari Ketiga

Semalam nak sambung cerita tapi internet slow jadi mood nak bercerita tentang di india merudum.

Pagi tu akak masak nasi lemak dan sambal udang. Tak sangka pulak ada kawan Yana nak datang rumah. Class tak ada selama 2 jam.

Oleh sebab nasi lemak tinggal sedikit sebab nak tinggalkan anak-anak kat rumah balik makan tengahari, Yana suruh goreng keropok ajer..al maklumlah akak bawak berpeket-peket masa datang.

Bila dah puas pot pet pot pet akak ajak Yana kebetulan tak ada class dalam 2 jam tunjuk jalan nak gi ke Fish Market.
Driver auto yang pertama tak tau jalan, nasib baik yang kedua boleh hantar kami ke sana. Bila sampai kat pasar , akak tenguk ikan yang ada lebih kurang sama ajer cam kat sini. Ikan talapia hitam memang murah macam gak kat Malaysia.
Muka penjual kat sini taklah menakutkan macam penjahat dalam cerita tamil. Hati akak pun taklah berdebar-debar. Ketam dan udang pun ada.
Ikan keli, ikan cencaru, ikan patin, ikan kembung dan ikan tenggiri pun banyak di jual di sini. Yana kata kalau nak beli ikan fresh kena datang hari Ahad.
Rasanya penjual ikan ni islam sebab pakai kopiah. Baguslah orang islam dan hindu boleh duk sama-sama berjualan kat situ. Ada gak ikan besar tapi akak tak tau nak panggil apa. Maklumlah bercakap macam ayam dan itik. Penjual ni boleh gak cakap broken English.

Tertarik tenguk penimbang lama yang di gunakan. Nanti nak suruh Yana cari sebab akak suka collect benda camni. Kat Malaysia mana ada dah, kalau ada pun kat kedai antik dan mereka jual harga beratus ringgit.
Kalau timbang camni tak bolehlah...besar sungguh. Tang pemberat tu lagi tak terangkat kot.
Nasib baiklah Yana ada jadi penterjemah, akhirnya tak beli ikan pun sebab kurang segar cuma beli udang laut nak gantikan udang yang akan gunakan buat sambal udang pagi tadi. Harga memang murah dari kat Malaysia.
Kemudian kami ke tempat orang menjual daging kambing yang di monopoli oleh orang hindu.

Tercangak-cangaklah kami dibuatnya..ingat nak balik, nasib baik ada orang tanya ..
muslim..buy meat...i show you (bolehlah kan)
Mula-mula cam tak percaya tapi bila tenguk ada gambar kaabah dan bismilla barulah akak nak beli. Kelakar sungguhlah masa nak beli daging ni. Ramai yang hairan tenguk akak ambil gambar. Tentu mereka pelik ek.
Ada 2 jenis kambing yang di jual. Kambing biri-biri dan kambing biasa. Penjual tu cuma tunjuk ekor ajer pastu sebut...sheep..sheep. Bila dengar daging biri-biri terus kami minta 1kg.
Tak ingat pulak harga berapa sekg. Rasanya lebih murah kot, akak tak pernah jamah lagi daging biri-biri. Yana yang berurusan dengan penjual ni sebab dia bolehlah berbahasa kannada.
Mana boleh tak ada gambar akak..kang orang tak percaya akak pergi ke sini.
Boleh beza tak kepala kambing biri-biri dan kambing biasa? Buat apa kepala ni..buat sup ker?
Kedai jual ayam kepunyaan orang muslim. Yana cuma call ajer nanti dia orang hantar. Penjual kat sini tak guna mesin buang bulu ayam macam kat sini. Lepas sembilah terus buang buang kulit. Togellah ayam tu.

p/s maaf yer tak jawab komen minggu ni..sibuk sikit.
maaf sebab lambat umumkan keputusan contest....juri bzz lah pulak

20 ulasan:

  1. assalam kak..seronok tgk gamba n bc perjalann akak ni..masak apa kmbing tu kak..tp akak klu msk apa pun sy tgk sedap..bt sy kecur!:p~

    BalasPadam
  2. wow klasik nye penimbang tu kak! xpenah jumpa dh kat sini kan.. pagi2 baca blog tgk nasik lemak sambal udang terus terliur.. huhuhu

    BalasPadam
  3. saya suka pengembaraan sebegini :)

    BalasPadam
  4. kak ina, dia org cakap bahasa tamil ker urdu ke apa?sib baek depa pandai jugak omputih sket2 kan..

    BalasPadam
  5. salam..seronok baca n3 perjalanan..

    BalasPadam
  6. penimbang tu antik tol kak..hehehe..best kan travel jauh2..

    BalasPadam
  7. suka baca entry ni :)
    cara akak tulis santai and kelakar hehhhe

    siapa ada mention penjahat citer tamil tu keh keh keh

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Kak Ina

    timbang tu saya ingat masa saya sekolah rendah lagi

    Wassalam

    BalasPadam
  9. assalamualikum..

    kak ina...peeh..first time ayu tengok penimbang cam tu..
    nasib yana pandai berbahasa guna bahasa sana..

    kak.......nanti ada continue harap1 ayu tak terlepas pandang..sebab GEGAR blog belum habis lagi..

    BalasPadam
  10. Tak penah makan daging kambing biri2. Kalau ada, memang nak cuba makan :D

    Kak, kukis da selamat sampai. Semalam lagi, tapi tak sempat mesej. Saya ada buat review; http://misiazlina.blogspot.com/2011/02/kukis-kak-ina-kl-berbaloi-baloi.html

    BalasPadam
  11. kak ina beli je apa pun grenti masak sedap punya..:)

    BalasPadam
  12. kambing biri2 tu masak aper yang besh yea.... sure lembut kan dagingnya dari kambing biasa...

    BalasPadam
  13. bnyk2 barang boleh beli, penimbang tu yg kak Ina nak? best kan jalan2 tempat org lebih2 lg India, ada kwn suami tu cerita pasal org2 India kat sana, sakit perot kita org gelak, lucu2.

    p/s...zana follow semula.

    BalasPadam
  14. kedai2 kat sana, nampak macam kedai2 kat kampung dulu2 kan kak ina.. klasik

    BalasPadam
  15. waah bestnyaa jalan2 di indiaa...

    BalasPadam
  16. waah bestnyaa jalan2 di indiaa...

    BalasPadam
  17. masih guna penimbang tu lagi..dahsat2

    BalasPadam
  18. Salam KakIna. Sampai jugak KakIna ke India ya. Sonok nya nampak berposing, best gak baca citer KakIna ni.

    BalasPadam
  19. wahh bestnya..nk gi jugak..huhu

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers