OOO

Jumaat, Februari 25, 2011

Pernahkah Anda Di Dera/Terdera/Mendera

Memang tak pernah tau pun kat atas Lot 10 ni ada Actor's Studio kat atas ni.
Kelakarkan ..duk ajer kat Kuala Lumpur tapi tak tau.
Jumpa geng Cik Lilyputih, Fara dan Ruby....oleh sebab sampai awal kami lepak sambil makan-makan dan tak lupa juga snap sana..snap sini
Persembahan ni sehingga 27hb Febuari 2011, dan ianya percuma tetapi kenalah buat tempahan tiket di www.kakiseni.com. Pengarah ialah Dato' Faridah Merican.
Tengah lepak dengan geng,tiba-tiba ternampak lah pulak Daphne Iking
ataupun nama islamnya Dahlia Eleanor Iking.
Pentas yang simple
Setiap manusia di dunia ni pernah merasai penderaan samada secara sedar ataupun tidak secara fizikal dan mentak. Tapi mungkin tak seteruk yang di alami oleh mangsa penderaan seperti kanak-kanak/wanita di rogol, di aniayai oleh orang terapat seperti bapa, ibu, ibu tiri ataupun sanak saudara sendiri.
Penderaan bukan setakat dengan perkataan tapi juga dengan perbuatan tak bermoral seperti menyentuh tempat sensitif ataupun menonton cerita lucah.
Bermula show ni tentang seorang budak perempuan kepada pasangan yang berkerjaya hebat di rogol oleh datuk sendiri.

Dari kecil bermula dengan perbuatan yang meraba-raba dengan alasan perbuatan tersebut menunjukkan kasih sayang akhirnya dia telah di rogol oleh datuk sendiri.

Kisah seorang pondan aka maknyah yang meminta supaya masyarakat memahami mereka...tapi confiuslah sebab bila beliau bercerita yang beliau telah di tangkap oleh JAKIM sebanyak 4 kali kerana berada di lorong hitam..kenapa nak pilih cara kehidupan di situ..entahlah..

Kisah seorang anak yang di benci dari kecil oleh ibu sendiri kerana tidak secantik adik beradik yang lain dan di pinggirkan. Kesian anak itu kerana sikap pilih kasih oleh ibu sendiri. Adakah anda pernah mengalaminya?
Kisah seorang anak perempuan yang mempunyai ayah yang beristeri dua dan telah di rogol oleh ayah sendiri. Mengalir jua air mata akak mendengar penderitaan wanita tersebut.

Seorang perempuan yang di rogol oleh sekumpulan pejahat semasa keluar makan malam bersama kekasih hatinya. Jadi hati-hatilah bila keluar malam.

Kisah seorang perempuan yang di rogol oleh bomoh yang kononnya boleh mengubati dirinya yang dikatakan di kuasai oleh roh jahat di badannya.
bravo kepada mereka
Menitik air mata mendengar kisah mereka ini tapi berat mata memandang lagi berat bahu yang memikul. Berdoalah agar kita, anak-anak , kaum kerabat dan orang sekeliling tak merasai pengalaman di dera seperti mereka ini.
Jangan berdiam diri jika di dera samada secara fizikal ataupun batin, luahkan segalanya kerana jika di pendam akan merosakkan diri sendiri. Lawati http://manifesto.my/, ataupun di Women 100 FB ataupun di twitter
Selepas tu jumpa geng, makan lagi, ambil gambar, borak dan sign ..

Selepas tu jumpa geng, makan dan borak..antara yang hadir

Tak tunggu pun lucky draw sebab driver aka manager aka anak akak dah tunggu kat bawah.

6 ulasan:

  1. salam ina. lama tak merempit di sini.
    sibuk nampak...

    BalasPadam
  2. ala best nya.. tingin sangat nak tgk pementasan mcm nie...

    BalasPadam
  3. secara fizikal tak pernah..tapi secara batin dan emosi..tsk!

    BalasPadam
  4. tak pandai nak berlakon.. tapi mcm best je kan?

    BalasPadam
  5. sedih kite k ina bila time pompuan pregnant tuh, rasa nak menitis airmata tapi ku tahan jua.

    BalasPadam
  6. Seronok ye k ina jumpe ramai2..
    Jemput ke:ALL IN ONE

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers