OOO

Selasa, Mac 22, 2011

Bye Bye India- Part 1

Pada 14hb. Febuari 2011 tibalah masa nak balik semula ke Kuala Lumpur. Kereta sewa sampai dalam pukul 7.30 pagi walaupun naik kapalterbang pukul 5.00 lebih. Biar cepat sampai ke Bangalore Airport daripada terlepas pesawat.

Takut kepanasan dalam kereta sebab kalau pakai air cond kena charge lain harga. Walaupun cuma naik untuk ke Airport tapi kena bayar 2 kali. Dekat Rp3,0000 (+-RM210.00) termasuk minyak dan tol.
Bila jalan waktu siang barulah nampak pemandangan yang sebenarnya. Baru perasan kat Davengere ada gak orang tanam padi. Pasal tak habis merayau kat sini taklah jumpa tempat ni. Cuma jalan kat bandar ajer.
Barulah nampak rumah orang susah. Keadaan rumah orang susah memang menyedihkan lebih kurang macam rumah orang tak mampu di Malaysia juga. Mestilah di setiap negara ada yang kaya dan miskin iyer tak..kalau semua kaya..memang bagus kan negara tersebut yang menjaga kebajikan rakyatnya.
Nak tidur pun tak boleh..ashik hon ajerlah..kat belakang bas atau lori memang tulis sound horn. Memang budaya di sana kalau bawak kereta ker..lori ker..motor tak habis-habis dengan horn.

Masa hb bawa akak jejalan naik motor kat tempat Yana pun dia pulak yang lebih-lebih hon..sikit-sikit hon..sikit-sikit hon.....sampai akak pulak kata..
eh abang ni..terlebih hon pulak dari orang kat sini..
jaga keselamatanlah ina oiiii
Alhamdulliah driver berhenti isi minyak kat stesyen ni. Dapatlah membuang apa yang patut. Dulu masa nak gi ke Davengere dari Airport punyalah senak perut menahan sebab takut nak berhenti membuang. Yana dah pesan sebelum naik kereta sewa buang habis-habisan dulu kat tandas kat airport.

Sampaikan hb akak tak bagi beli air langsung. 5 jam weiii tak minum sampai kering tekak di buatnya. Telan air liur mana cukup. Memang ada tandas tapi Yana kata,
tandas tu tak mengikut piawaian akak..sebab akak ni lorat sikit pasal tandas..kalau kotor memang akak geli nak masuk.
Tapi kan.... kalau dah terpaksa pejam mata ajerlah terutama bila tak dapat menahan nak buang isi perut..lepas lega barulah terbeluwek dibuatnya.

Harga minyak diesel kat India memang mahal sungguh RM2.50 seliter, petrol pulak RM4.50..Patutlah Samy Vellu selalu kata dulu

Harga minyak di Malaysia masih rendah..di negara lagi mahal..pasal dia selalu gi India jadi dia tau kat sini harga minyak mahal...(gurau ajer ek)
driver yang berbaju putih kat belah kanan tengah tunggu Imran buang air
Nasib akak baik sebab tandas kat sini kira bersihlah jugak dari tandas awam kat Chow Kit Road tu. Lega sebab boleh minum air balik lepas tu. Masa isi minyak orang kat sini hairan tenguk kami dalam kereta sampai tanya dengan driver ni. Akak cuma faham Malaysia...Banglaroe Airport.
Suka tenguk kincir angin ni..cantik sungguh..
Jalanraya bertol kat sini ada 2 lane ajer..kebetulan pagi tu tak banyak kereta. Dari Davengere ke Airport lebih kurang 300km tapi dek sebab had laju cuma 80km/jam, maka perjalanan terasa teramatlah jauh.

Ada gak kereta mewah pecut laju, kereta sewa akak ni jenama biasa ajer , taklah pecut laju sangat. Kalau kat Malaysia tentu tak sampai pun 3-4 jam kan..kalau pecut , kalau bawa kereta ferari dan jalan tak jem mungkin 2 jam dah sampai ek.
Teringat adegan dalam cerita tamil bila tenguk orang naik lori ni. Kat highway kita jarang ada orang nak lintas jalan kan, tapi kat sini bila ada perkampungan/pekan sebelah menyebelah, kena hati-hati sebab ada ajer motor, auto ataupun orang melintas. Sebelum tu ada ban...dia punya ban pulak bukan satu macam kita tapi ada 4-5 berturutan tapi kecik-kecik ajer.
Kalau ada kat Malaysia kan bagus benda ni...jimat tenaga
Yang bagusnya tol yang di kenakan taklah semahal di Malaysia. Baru dalam RM7.00 untuk sepanjang 200km lebih untuk satu hala.

Tempat bayar tol..kalau malam banyak bas dan lori besar. Teringat masa kami sampai kat jalan ni dah malam. Seram tenguk cara driver bas, kereta dan lori bawa..ada sampai satu peringkat akak mengucap tau. Nak lelapkan mata pun rasa takut.
Tandas di tepi jalan sebelum tempat bayar tol. Sepanjang jalan ni ada gak orang buka warung makan tapi sesuai untuk orang yang tak geli dan perut tahan makan apa saja. Warung jual air dan pre paid pun banyak di setiap kali plaza tol.Rupa warung tu ehrmmm teruk sungguh.

Hotel pun ada tapi jangan mimpi nak tenguk hotel lawa..yang akak tenguk dari luar macam rumah ajer. Agaknya cuma ada katil dan tandas untuk pemandu berehat kalau perjalanan jauh.
Driver berhenti kat tepi jalan ni nak beli pre paid..bau hancing sungguh sebab orang sini suka kencing merata. Sabar ajerlah

Nanti sambung lagi yer..

14 ulasan:

  1. kena lorat kak pasal tandas,mcm2 org guna tandas awam ...berjaga2 je

    Alhamdulillah akak dah slmt sampai M'sia pon :)

    BalasPadam
  2. fuh....mcm terbayang2 plak keadaan kat sana kak...tp bayangan tu selalu keluar dlm citer tamil ler..citer hindustan kan sumer cantik2 belaka tempatnya...

    BalasPadam
  3. terkejut bila kak ina kata kereta sewa sampai 200++.. tapi rupa2nya 5 jam perjalanan... jauh jugak ye

    BalasPadam
  4. mahal harga minyak diaorg kat sana ye kak ina..

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Kak Ina

    macam kat Makkah juga,
    kalau horn tak berfungsi, tak sah nak memandu..he he

    Wassalam

    BalasPadam
  6. Kak Ina,
    Very nice entry..saya dah tak payah dah nak pergi India as kak Ina's entry very informative and rasa macam saya pun ada 'berjalan' sma dengan Kak Ina...and bab tandas tu yang membuatkan saya 100% kena fikir balik untuk berholiday kat India tu...hahahha.

    BalasPadam
  7. bestnyer kak g india..
    best tuh tol murah2 ajer

    BalasPadam
  8. part tandas +hancing tu memang me tak leh tolerate--so tak de nya me wish nak gi india ni hehhehe

    BalasPadam
  9. kak, bab tandas ni mmng lomah lutut den ni..ish ish..kalo dpt yg ngeri2 mmng sah2 kompem teringat2 sampai 4-5 tahun..hua hua hua

    BalasPadam
  10. Kalau tandas yang tak dijaga dah tentu terbantut hajat tu.. hehe

    p/s: Kak Ina, dapat tak emel, Nur dah balas emel dari akak.

    BalasPadam
  11. whoaaa.... kadar TOL tu MURAH GILER....

    BalasPadam
  12. mestii dalam hati kak ina....winduuu nak balik mesia kann...hehehehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers