OOO

Selasa, Mac 15, 2011

Email Dari Pelajar Di Jepun Selepas Gempa

Email ni dari seorang pelajar di Jepun yang melihat penderitaan mangsa gempa bumi di Jepun. Akak ambil dari blog http://beautifulnara.com

Assalamulaikum abg.nara,
Saya seorang pelajar di jepun yang kini sedang dalam keadaan berjaga-jaga atas segala macam kemungkinan buat mase sekarang. pertamanya, terima kasih yang tidak terhingga kepada abg.nara kerana membaca email ini. tujuan saye bagi abg.nara email ni adalah untuk abang nara dapat bantu sebarkan kepada umum akan hal ini. kerana saya tahu betapa berpengaruhnya beautifulnara ini ^ ^

Berkenaan kejadian di jepun, abg.nara banyak laporkan pada umum dan kami di sini ucapkan terima kasih sangat3. antara kronologi yang berlaku, gegaran sekuat magnitud 9.0 pada petang jumaat lalu di kawasan timur jepun, dengan tsunami setinggi 10meter, diikuti gegaran sekuat magnitud 6.6 berpusat di utara nagano pada awal pagi sabtu lalu.

Selepas itu diikuti dengan letupan reaktor pertama di nuclear power plant pertama di fukushima pada hari sabtu (jepun ade 2 nuclear power plant, di mane setiap power plant ade 6 unit reaktor) dan pada hari ini, baru sahaja tadi jam 11 jepun, reaktor ketiga pada nuclear power plant yang sama telah meletup. di kedua-dua letupan, radioaktif tersebar ke udara dan ianya merisaukan semua orang di sini walaupun kadar radioaktif yang tersebar tidak membunuh. sehingga kini, dalam 160 orang dianggarkan telah terkena kesan radioaktif tersebut.

Berkenaan gegaran, di kawasan timur jepun, gegaran yang agak kuat dan menakutkan beberapa kali terasa sehingga hari ini sejak jumaat lalu, dan di kawasan berhampiran, gegaran kecil masih berlaku sehingga saat ini. buat masa ini, ada pelajar di kawasan timur jepun yang masih berlindung di tempat perlindungan bagi tujuan keselamatan.

Dengan ancaman gempa bumi, tsunami, letupan nuklear, dan terbaru ancaman gunung berapi di kawasan selatan jepun, kami sangat berharap agar rakyat malaysia sama-sama mendoakan keselamatan kami di sini.

Di sebalik kerisauan yang kami rasakan, terselit rasa kecewa dalam diri kami terhadap sebahagian mereka di malaysia. seperti yang abg.nara laporkan, berita harian membuat lawak bangsat terhadap ape yang berlaku di sini, begitu juga fizz fairuz yang perangai hampeh gile dengan mempermainkan kejadian ini.

Mane pergi sensitiviti dan nilai kemanusiaan mereka? mereka tak tahukah betapa sedih kami di sini melihat saudara jepun kehilangan ahli keluarga, kehilangan rumah dan kenderaan, kehilangan kampung, kehilangan segalanya. cari mak tak jumpa, cari ayah, cari ahli keluarga.. tiada. dan mereka terpaksa menelan ketentuan bahawa ahli keluarga mereka telah dihanyutkan tsunami. tangisan yang tak berkesudahan :,(

Dan mereka yang bangsat ini boleh buat main lagi keadaan ini? kalau mereka gunekan alasan bahawa nak menunjukkan bahawa ultraman ape semua tiada kuasa, yang berkuasa hanya Allah, dakwah cara ape yang kau gunakan?? dakwah perlu beradab, bukan biadap macam kalian. nak bercakap tentang Islam konon.. saya boleh katakan saya jamin bahawa orang jepun yang tidak beragama ini, lebih banyak nilai Islam dari kebanyakan orang islam malaysia sendiri.

Lagi satu, mereka ini (berita harian & fizz fairuz) mungkin tiada ahli keluarga yang berada di jepun samada yang belajar atau bekerja. mereka takkan tahu betapa risau, betapa gusarnya perasaan ahli keluarga kami di malaysia. sewenang-wenang membuat lawak bodoh macam haram.. agak-agakla wei.. ade batas kot dalam apa jua yang kita lakukan.

Kami jugak kecewa dengan perangai sebahagian rakyat malaysia. ape yang ditulis ustaz hasrizal ini perlu sangat3 dijadikan titik tolak untuk rakyat malaysia berfikir, muhasabah diri, dan ubah mentaliti.. tolonglah.. baca, faham, dan bertindak untuk berubah. mentaliti rakyat malaysia telah sangat rosak. (saye tidak cakap semua, saya maksudkan sebahagian yang terlibat).
Bacalah yer

Lihatlah,. pemimpin malaysia asyik sibuk dengan kerisauan ekonomi bila jepun kena camni. mane pergi nilai kasih sayang sesama manusia?? orang jepun bukannya kafir harbi yang perlu diperangi. mane pergi sensitiviti kalian? kamonla, peka sikit wahai pemimpin sekalian. padanlah malaysia kita kini, pemimpin kencing berdiri, rakyat kencing berlari pun sikit kau tak ambil peduli…

Saya mohon, rakyat malaysia sekalian, sedarlah. di sebalik apa yang berlaku ini, terlalu banyak yang Allah nak ajar kita semua. beringatlah, masa yang dijanjikanNya telah semakin dekat. hiburan melampau yang disajikan di negara kita telah banyak merosakkan mentaliti masyarakat kita. telah tiba masenya kita semua sedar.. sebelum berlaku pada negara kita kejadian sebegini, berubahlah. beringatlah.. peliharalah diri, peliharalah ahli keluarga kalian daripada menjadi bahan bakar api neraka (66:6).

Maaf kerana email ini panjang abg.nara. saya rase saye perlu katekan perkara ini atas rase keprihatinan saye kepada semua warga malaysia yang saya kasihi.
Terima kasih selagi lagi abg.nara sebab bace email saye ini.

* saye tidak minta email ini disiarkan, saye biarkan ianya pada penilaian abg.nara utk siarkan atau tidak. saye tahu abg.nara seorang yang sangat sensitif dan peka dengan hal-hal sebegini. jika disiarkan, saye tidak minta sebarang kredit. ini adelah sekadar untuk membuka minda umum.

Semuga semua pihak tidak menjadikan bencana dari Allah swt ni sebagai gurauan.

12 ulasan:

  1. terima kasih share ni ye kak ina.. semalam x smpt baca kat bn..

    Jemput join GIVEAWAY : last day @ ALL IN ONE

    BalasPadam
  2. semoga semuanya selamat tak kira apa bangsa dan agama..semoga kita terpelihara ..senantiasa..

    benda2 gini nak buat main2..mmg tak lawak ..

    BalasPadam
  3. ntah la,nilai2 kemanusian itu semakin terhakis
    bak tsunami melanda


    material saja kah yg ade dlm kepala

    BalasPadam
  4. saya ada dua kenalan disana kak. yang satu tak tahu khabar beritanya. sms tidak berjawab. FB tidak berreply. yang satu lagi Alhamdulillah selamat sekeluarga dan mereka masih mengambil langkah berjaga-jaga utk sebarang kemungkinan...

    BalasPadam
  5. perkara sensitive ni pun org leh buat main2..bukan kehendak diorang ditimpa bencana..x paham la..kak..minta izin sebar2kan entry abg nara di blog Lisa..perkara mcm ni x perlu ada dlm masyarakat kita...

    BalasPadam
  6. haaaa.. hambek!! fizz fairuzz pulak skali... huhuhu
    Compliment untuk KiD | Crack Reveal WEP Key

    BalasPadam
  7. patut forward email ni kat 'pemimpian2' negara sekali..tol tak kak?

    BalasPadam
  8. tq` for sharing kak ina

    BalasPadam
  9. Assalam,

    Manusia skrg ni materialistik kejar kuasa, kejas femes, kejar hiburan semata2... semoga kaw. yg dilanda gempa itu dpt dipulihkan segera dan lebih banyak mesjid didirikan disitu. Who knows.... Allah swt hendak menggantikan sesuatu kaum itu dgn suatu kaum yg lebih baik. Amin. Ins'allah.

    BalasPadam
  10. kesal juga rasa nya bila tgk rakyat kita kat sini yg buat main2 pasal tsunami ni... bila kena btg hidung sendiri baru tahu.... semua tu bukan yg di pinta tapi Allah nak bagi petunjuk pada kita semua...

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum Kak Ina

    terima kasih info

    Wassalam

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers