OOO

Rabu, Mac 16, 2011

Hari Terakhir di Banglaroe

Janganlah bosan membaca N3 akak lagi yer mengenai cerita kat India.
Pagi kami breakfast di cafe berhampiran hotel . Kat sini dah surelah belasah nasi lemak, roti canai ataupun lontong. First time pepagi pekena makanan camni. Nak buat camner tempat orang. Makan ajerlah apa yang ada. Nak ambil gambar kat dalam Cafe ni mereka tak kasi. Jadi ambil gambar makanan ajerlah.
Hb kata sedap somosa sayur ni. Besar gedabak. Kalau kat sini sinonim samosa di perbuat dari kulit popis tapi kat India semuanya di perbuat dari tepung gandum. Ada gak di jual di tepi-tepi jalan tapi kami tak berani nak mencuba. Perut kena jaga kang kena cirit birit memang payah kalau kat tempat orang. Akak makan puff kentang..sedap sungguh sampai bertambah dan Yana dan Imran kongsi makan penne dan roti.
Akak malas nak ikut hb, Yana dan Imran gi tenguk showroom motor Royal Enfield. Hb suka sangat nak tenguk motor yang di perbuat dan fofolur di India.
Dah tentulah di jalanraya di penuhi dengan motor ni ajer.
Kalau nak tau harga googlelah yer.
Akak lepak ajer kat bilik. Kat Davengere lagi hb akak ajak Yana tenguk showroom motor ni tapi kat situ cuma ada 1 biji. Penjual kat situ kata kat Bangalore banyak showroom dan bagi alamat kat sana.
Showroom ni agak jauh dari hotel, sebelum pergi hb dah tanya kat pekerja hotel berapa km dan berapa kena bayar kat auto tu, supaya tak yahlah bertekak dengan driver. Bila balik hb kata memang jauh dan kena dalam Rp80.00 sehala.
Niat di hati cuma nak jejalan ajer kat area hotel , bila terjumpa dengan 3 orang pelajar perubatan dari Malaysia dan pot pet dengan mereka sambil minum jus buah-buahan sebuah kedai tepi jalan.

Lupa pulak nama mereka,seorang dari Perak, Kelantan dan Selangor. Lepas minum jus mereka nak gi ke Commercial Street. Yana pun ada cerita tentang hal ini semalam tapi masa tu taklah tertarik nak gi sana. Bila mereka cerita kat sini barang murah terus nak join mereka.
Kami pun follow mereka naik auto dan kami letak harga Rp20 sebab budak dah bagitau, Sampai kat sana kami jalan lain-lain. Kat sini lebih kurang macam Jalan Petaling Street. Barangan yang di jual harga tetap tak boleh tawar menawar tapi memang murah.
Lawa-lawa baju punjabi tapi kebanyakkannya lengan pendek. Masa jejalan ternampak pelajar tadi, akak pun follow sebab nak tau kat mana dia orang nak beli kain sari. Mereka nak balik bercuti lagi 2 minggu pastu nak beli kain sari nak bawak jual kat sini.

Akak sempat lagi beli 4 pasang kain sari jenis crepe. Harga lebih kurang dari kat Davengere tapi sajer nak beli design lain.Penjualnya orang india muslim jadi tak takutlah kena tipu.
Kat Commercial Street ni ada 3-4 masjid kerana majoriti penjual adalah orang india muslim. Nak solat memang senang kalau gi shopping kat sini.
Masa beli kain sari hb dah tanya mana tempat makan yang sedap. Penjual bagi arahan camner nak pergi dan kami akhirnya sampai di Taj Hotel. Taklah jauh manapun.

Yang buat seronok sebab tempat ni tempat makan orang islam. Kami order ayam panggang yang memang sedap sungguh. Mula-mula beli sebelah dulu, sekejapan licin dan minta lagi sebelah, nasi beraini (yang boleh makan 2 orang..siap bawak balik sebab tak habis) dan roti canai.
Imran sajer nak cuba 7Up buatan India
Bila sampai bil...terkejut di buatnya ...RM20 lebih ajer untuk semua makanan ni....fuhhh memang murah sungguh.

Kalau kat sini baik beli ajer air mineral ataupun air dalam botol..untuk jaminan perut tak sakit....akak tak berani nak minum pun air yang ada dalam bilik.
Lepas makan kami jejalan lagi. Kat sini ada lorong orang jual kasut ajer, lorong jual jubah, lorong jual kurta dan macam-macam lagi. Tak sempat nak jejalah semua tempat sebab dah petang.
Kami berdua peminat barang lama, bila nampak kedai ni terus masuk. Wah banyaknya barang lama kat sini. Macam-macam ada.

Tapi tempat ni agak sempit bagi akak yang badan besar ni, takut wei..kang kalau terlanggar teruk pulak nak susun balik. Beli gak 2 benda lama kat sini untuk kenangan. Yang best sebab benda lama tu masih boleh di gunakan, harga pulak memang murah sungguh tak macam kat sini.
Akhirnya jumpa juga sandal abang ipar kat sini tu pun dah masuk kedai yang ke 3 baru jumpa saiz yang di ingini. Budak ni akak ambil gambar sibuk dia nak interframe.

17 ulasan:

  1. kenapa hubby kak ina tak beli motor tu sebijik bawak balik? hehe

    uii.. murahnya makan kat sana kak.. macam tu pun tak sampai rm20? murah..murah..

    BalasPadam
  2. Kalau macam tu, tiap2 ari makan pon tak kesah sebab murah. Kalau kat Msia, peliks bin ajaib la kalau jumpa yang murah macam tu. hehe :p

    BalasPadam
  3. Seronoknya ka Ina dpt jenjalan kat India...

    BalasPadam
  4. 7up rm20 sebotol..gilo apo..kahkah

    BalasPadam
  5. huii kalau bee mesti borong semua yg ado hee

    BalasPadam
  6. berapa cost semua jalan2 kesana..

    BalasPadam
  7. wahh! auntie dtg india? intan dekat salem.. 3jam ke bangalore. huhu commercial street memang semua murah2 auntie. hmm sgt murah. belilah kain cotton. pon boleh thn murah. hmm kalau nak beli sari dekat chipet! hee. saje jln2 ke auntie ina?

    BalasPadam
  8. Kak Ina,
    Shopping lagi?...hahaha.I simply love your India jalan-jalan entry.I sungguh bersemangat nak holiday kat India ni after reading Kak Ina's pengalaman.Dulu seram-seram jugak nak pergi although my hubby almost every week pergi India.Orang kata bau busuk la,kotor la and the most feared is the Delhi belly.Tapi Kak Ina very neutral when Kak Ina bercerita.Thank you kak Ina for sharing Kak Ina's wonderful holidays.

    BalasPadam
  9. fuh.. murah nya.. klu mcm tu, blh la 2 3 round tmbh :-p

    <a herf= "http://suliana-mylittlesunshine.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. waaaahhh.. sedapnyaaa makan2 tu.. imran sampai gogok air botol tu yea.. hehehee
    Telefon bimbit punca lelaki mati pucuk

    p/s: akak, adiah lum sampai lagi.. :)

    BalasPadam
  11. sana makan senang nk carik ker kak, tgok kak ina pi sana mcm best jer..

    BalasPadam
  12. motor tu klu dlm citer tamil sokmo ada mmg fofular ... murahnya makan ayam panggang baru rm20 je...

    BalasPadam
  13. saya suka baca entry akak jalan2 kat india nie besh..

    lagi pasal makan...murah ye kak sana.

    BalasPadam
  14. isskk...murah sungguh2 ni..sini nasi beriyani satu pun dah dokek RM20..silap2 hb lebih lagi..
    imran,sedap ker air 7up tu?
    gambar lepas gmbr imran tu..gelang yer kak ina?

    BalasPadam
  15. tang makan murah tu memang saya berkenan sungguh.....sedap lak tu

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers