OOO

Rabu, Mac 23, 2011

Ikan Kembung Percik Stail Kelantan Yang Marvellous


Buat ikan percik ni semalam.  Rasanya tak pernah cuba lagi resepi camni.  Mudah ajer nak membuatnya.  Pastu goreng sayur. Akak bakar pakai oven kalau pakai arang..lagi marvellous rasanya.

Ikut resepi asal guna gula tapi akak tukar ke gula buku yang akak beli kat kelantan. Akak ambil resepi ni dari Fotopages Rinnchan.

Bahan-bahan:
8 Ikan kembung
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai-akak tambah satu lagi
3 hiris lengkuas
1 mangkuk santan pekat
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar tepung beras-lupa nak letak
5 tangkai cili kering, direndam -akak letak 3 sudu makan cili kisar
1 asam keping
Garam & gula secukup rasa -tukar ke satu gelang kecil gula kelantan (panggil apa ek)
* Menurutnya org Kelantan suka manis, so should add extra sugar but I adjusted according to my tastebud.

Cara-cara
1. Ikan dibersihkan, dikelar-kelar dan dilumur dengan sedikit garam. (akak lumur sekali dengan lada hitam serbuk).   Ketepikan.
2. Kisar semua bawang, serai dan lengkuas.
3. Masukkan santan dalam periuk dan tenggekkan atas api. Masukkan kesemua bahan kisar dan yang lelainnya.
4. Masak dan perasakan dengan garam & gula.
5. Akhir sekali masukkan tepung beras yg sudah dibancuh dgn sedikit air. Masak hingga pekat.
6. Lapik dulang pembakar dengan foil/daun pisang dan susun ikan. Bakar separuh masak baru lumur ikan dengan kuah percik. Ulang melumur ikan dengan kuah sehingga masak sepenuhnya.

18 ulasan:

  1. Memang terbaik kak ike percik ni ;D

    BalasPadam
  2. nmpk menyelerakan ikan percik ni...teringin nak rasa masakkan akak ni...leh ke..

    BalasPadam
  3. sedappnya..
    terliur mas tengok...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Kak Ina

    kalau makan kat luar
    selalu pilih ikan percik

    Wassalam

    BalasPadam
  5. nmpk menyelerakan sguh la k.ina....huhuh...nk kena cuba la pasni

    BalasPadam
  6. kak ina nor mmg suka ikan percik versi kelate nih..slalu pi cari kat kg baru kalau nk make

    BalasPadam
  7. dah lama tak buat, versi Kelantan kaler putih kan?

    BalasPadam
  8. huhu tgh2 lapo ni kalau dapat pehhh

    Terkini : Panas!!!

    BalasPadam
  9. nyam2..bukan nak jemput ke rumah..kalau tak ble bawakan bapa/mak mertua sekali...hik3..

    BalasPadam
  10. very yummylicious nya..kak ..

    BalasPadam
  11. perghh...terliurlah kak...:)

    BalasPadam
  12. waa.. mmg sedap ikan percik ni.. nak pulak time bulan puasa.. wajib masak! hehe..

    p/s: kak ina.. saya dah pos resepi takoyaki & sosnya tu.. nanti bolehlah tengok yer.. TQ sudi jenguk blog saya kak..

    BalasPadam
  13. skang ni harga ayam dah naik,
    bagus akak buat resipi ikan plak,
    jom kita kurangkan mkn ayam,bru le harga ayam bole turun semula,..:)

    BalasPadam
  14. hii
    makcik cempaka ambil resepinya

    BalasPadam
  15. sedap ikan percik ni kak...
    p/s: adiah penaja lum sampai lagi laaa kak... :)

    Korang sempat jumpa Moyang?

    BalasPadam
  16. lain kali rasa kenikmatan pakai dapur arang lak... huhuhu, percik kelantan memang sedap la akak

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers