OOO

Khamis, Mac 31, 2011

Kenangan Lalu

Sebelum baca pot pet akak ni minta tolong LIKE yer bagi yang belum,
sebab tarikh akhir 15 hb. April ni
(haritu check 1hb. April..ni dah tukr ke 15 pulak)
http://mastraveller.com/WhatsNew/IMASTravel/Blogs/India/2011/03/25/The-Journey-in-Bangalore-current-name-Bengaluru-India/186/
kursus pertama di Port Dickson selama 2 minggu..
sedih sebab berpisah dengan anak dan suami

Bila tenguk gambar ni..teringat balik kenangan masa jadi guru tabika perpaduan. Masa tu akak sajer ajer apply bila ada jiran bagitau ada kekosongan di Jabatan Perpaduan Negara sebagai Guru Tabika. Terima kasihlah pada Cikgu Saripah sebab sudi hantarkan borang kat pejabat. Akak ambil borang SPA kat bangunan kerajaan bertentangan dengan Dayabumi..lupa lak nama bangunan tu.

Akak boring duk rumah sebenarnya sebab Russhdi dah sekolah, Firdaus sekolah tadika islam dan Yana dah berumur 4 tahun. Duk pulak kat flat sri langkawi...tu sebabnya akak apply. Alhamdulliah akak telah di panggil untuk temuduga di Wisma Mirama.
baru kerja dekat 2 tahun anak murid menang menang
tarian perpaduan bagi Zon Sentul
Yang menemuduga pulak Pengarah sendiri dan 2 orang pegawai. Akak masa tu apply untuk Guru dan Pembantu Guru. Bila mereka tanya..
akak nak jadi guru ataupun pembantu..
tentulah akak nak jadi Guru. Bukan macam interview pun cuma tanya pengalaman masa akak bekerja dulu..
Kerja di mana? Jadi apa? Kenapa berhenti?
Ira tengah nak ambil hadiah pertandingan mewarna bendera malaysia..no 2

Last-last kena lukis gambar ayam jantan..pastu terangkan kat ner paruh, kepak dan sebagainya..sabar ajerlah ...
pastu kena menyanyi lagu kanak-kanak..nasib baik lah akak tau sebab masa anak-anak kecik akak suka beli cd lagu dan buku cerita buat mereka bertiga.

Mula bertugas di Tabika Perpaduan Taman Ibukota sebab kebetulan ada kekosongan..taklah jauh dari rumah...tapi dah tak ada dah tabika ni sebab telah di robohkan sebab nak besarkan jalan..tapak tu sekarang ni ada bangunan idaman..ala dekat OTK Gombak.

Akak gi kerja naik motor, bawa sekali Firdaus (6 tahun) dan Yana (5 tahun) walaupun tak ada lesen. Ira pun bersekolah kat situ juga.
Yana tengah berlatih tarian kat depan untuk persembahan di Stadium Negara..masa ni akak tengah mengandungkan Ira
Rupanya jadi guru tabika ni kena tau segalanya..kena tau menari, melukis, menyanyi, ambil minit mesyuarat, jadi bendahari dan macam-macam lagi. Pastu kena menghadiri mesyuarat dan aktiviti bersama Rukun Tetangga sebab di bawah satu kementerian. Apa pun aktiviti Rukun Tetangga kami kena datang gak..tension gak dibuatnya sebab aktiviti selalu diadakan pada hari Sabtu atau Ahad. Nak rehat pun tak boleh.
masa ni kursus di Pulau Pinang selama 2 minggu
Kursus pun kena attend jugak..selalunya 2 minggu dan pernah kena kursus selama 1 bulan di Kepala Batas di Pulau Pinang..Masa tu tengah mengandungkan Imran..seksa jiwa dan raga di buatnya..tak tahan rindu dengan anak, akak balik minggu ke 2 naik bas. Sampai malam Sabtu dan kena balik semula ke Pulau Pinang pada pagi Ahad. Dah kerja jadi guru tabika ni kadang-kadang hari Sabtu ada gak seminar dan lawatan. Mula-mula suami akak tak boleh terima..lama kelamaan dia faham dah.
Yana umur 5 tahun nak ambil sijil..acara wajib setiap tahun
Bila tiba akhir tahun kena fikirkan apa program nak buat ...samada kena buat tarian, gerakrama, dikir barat, ataupun boria. Nasib baiklah ada 3 kelas ..jadi boleh bincang nak buat apa.
Pastu kena bawak gi melawat ke mana-mana...pilihan kami selalunya Zoo Negara ataupun Petrosains. Kalau gi ke situ tentulah anak-anak akak 3 orang tu menyibuk nak ikut sampai ponteng sekolah. Tapi lelama mereka boring..ashik setiap tahun pergi tempat yang sama.
Tanyalah guru-guru ...apa makna buku ni..(ambil gambar kat google)
Inilah buku ringkasan/rekod pengajaran dan pembelajaran yang kena di buat setiap hari. Kena rancang apa yang perlu di ajar kepada anak murid. Kalau Pegawai Perpaduan datang dan check buku ni tak tertulis apa-apa..siaplah kena bagi tunjuk sebab. Nasib baik tak pernah kena ..sebab selalu buat ...tapi ada gak masa tak buat..sebab malas.

Pastu kena lukis gambar tema yang perlu kita ajar setiap minggu dan setiap bulan kena hantar ke pejabat di Sri Rampai. Pegawai nak check dan nak sign.

Akhirnya setelah mengajar selama 13 tahun akak berhenti kerna nak ikut suami walaupun rasa sayang sebab gaji dah banyak. Tapi tak apalah dah tak ada rezeki kan.

Memang seronok jadi guru tabika ni sebab apa yang kita ajar boleh di praktikkan kepada anak-anak kita. Seronok sebab mengajar separuh hari dan bila cuti sekolah ada kat rumah. Seronok bila ada ibubapa yang masih mengenali akak dan memanggil akak Cikgu..wah bangganya....ada gak anak murid yang masih mengenali akak. Ada juga bekas anak murid yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

Yang tak seronoknya kena gi kursus, bengkel ataupun menghadiri mesyuarat bila cuti sekolah. Lagi satu yang tak best sebab kontrak 2 tahun...kena renew lepas tu tak ada kemudahan nak buat pinjaman perumahan.

Sekarang ni akak masih lagi pergi ke kelas tabika perpaduan..jumpa member lama. Tapi tak leh tahan tenguk perangai anak-anak sekarang..boleh sakit jantung di buatnya. Dah tua agaknya.

17 ulasan:

  1. KakIna,seronokkan ..sesekali ingat pengalaman masa lalu ..saya tak ada pengalaman mengajar anak-anak kecil..tentu cute bebudak tu dan manja dgn cikgu semuanya kan..

    Pengalaman saya mengajar anak remaja,cabarannya berbeza..silap gaya kalau tak pandai tacle,cikgu pun dijadikan musuhnya..huhuhu..

    BalasPadam
  2. mmg teringat kenangna lama..=)

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum

    13 thn K.Ina pengalaman mengajar budak2..tentu mcm2 kerenahkan.jadi cikgu tadikapun sibuk...kursus mcm lagi.nengok sepupu saya yg jadi cikgu tadika hari sabtupun biasa ke sek.

    BalasPadam
  4. re; lupa pula nak jawap pertanyaan K.Ina. sy skrg menetap di Melaka.sebelum ke Bruneipun mmg menetap di Melaka.

    BalasPadam
  5. seronok bc pengalaman kak ina kerja ni..

    BalasPadam
  6. ohh..cikgu rupanya! seronok dengar pengalaman kak ina sbg cikgu..sket sebanyak br tau apa perasaan & kesukaran seorang cikgu kepada kanak2 dr kacamata seorang cikgu. skrg anak2 saya pun masih @ tadika/taska..

    cikgu yg baik mmg smp bila2 anak murid ingat..hai,teringat cikgu tadika saya, cikgu hasni.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Kak Ina

    nanti pengalaman 13 tahun tu boleh diajar kepada cucu pulak... he he
    sebab untuk anak, dah berjaya namapaknya ..Alhamdulillah

    Wassalam

    BalasPadam
  8. kak, mas traveler tu due date 15 april kan? cuba akak tgk balik kat website contest tu.

    BalasPadam
  9. last last jadi blogger. Kalau Kak Ina jadi jadi blogger dari dulu lagi, mesti dah femes gila-gila skarang. hahaha


    Terbaru >Kecoh Fenomena Simbol Pelik >KFC Famous Bowl >Review : Samsung Galaxy S

    BalasPadam
  10. salam kak ina

    seronok tgk balik gambar2 lama kan..sy pun pernah jd cikgu sementara dan cikgu ganti.merasalah juga menulis kat buku catatan pembelajaran tu:)saya pun ada anak2 murid yg dah masuk u dan beranak pinak hari ni..kalau jumpa dah x kenal diorang

    BalasPadam
  11. my mom bekas guru tadika...dia memang pandai menyanyi n melukis....


    saya pun teringin nak jadi guru tadika tapi tak reti nak menyanyi n melukis...huhuhuhu


    out: blog tu memang untuk simpan gambar je kak....story kat blog satu lagi...hehehe


    New Entry: PIKOM PC Fair 2011

    BalasPadam
  12. waaaa kak ina dulu cikgu laaaa..... patut yana pandai....

    BalasPadam
  13. kak ina dah like la..hehehe.....memang seronok kalau mengimbas kenangan lalu kan kak...kalau la boleh masa diputarkan semula...hmmm

    BalasPadam
  14. nak panggil kak ina cikgu la pasni :D

    BalasPadam
  15. salam kak..muke x banyak beza la ngan sekarang..
    masih nampak amoi d wajahmu.. aww..
    ^^

    BalasPadam
  16. wah....hebatnya....
    ayu kagum gila pada cikgu tabika...
    kak ina.....
    peweet!!!!!!!!!!!1

    BalasPadam
  17. 0ooo..
    akak dulu chekgu ea?

    patut lar semua ayat-ayat kat dlm blog sedap+best je bace..
    hihihi
    :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers