OOO

Jumaat, Mac 18, 2011

Macarons Jadi Mamaherot

Kelakarnya tenguk macarons akak ni. Ada yang bertanduk dan ada yang pecah. Ada pula yang elok...takkan nak tayang yang elok ajer ek. Pasal tak tau taktik sebenar pakai buat ajer.

Member masak memasak sibuk buat , jadi akak pun merajinkan diri membuatnya semalam. Memang betul kata mereka, tak cuba tak tau, tak buat tak dapat rasa. Nak beli memang mahal. Anak akak makan bukan cukup satu.


Kalau minta resepi sebenar kat orang yang jual garenti tak kan bagi punya. Sebab mereka kena keluarkan wang yang bukan sedikit nak belajar. Janganlah kita nak marah mereka.

Alahai memang tangan ni tak leh buatlah. Jadi macam ni. Tapi rasa memang sedap dan manis. Orang yang buat bisnes kata kena gi kelas dan laburkan RM dulu baru tau taktik sebenar cara nak buat macaron yang sedap dan cantik.

Tapi hb akak pulak kata.
..

Buat kudapan manis sungguh..macam kedekut ajer nak bagi abang makan...

La...sabar ajerlah. Memang tak sesuai buat orang yang ada penyakit kencing manis dan penyakit lain. Nak jamah bolehlah. Ambil resepi dari
http://myinahar67.blogspot.com

MACARONS
(Sumber : Yani Deco Choco)
Bahan-bahan(+-24 set,48 keping):
  • 2 biji (80gm) telur putih L size
  • 60gm gula kastor
  • 80gm almond powder
  • 120gm gula aising
  • sedikit esen vanila
inti :- akak guna blueberry jem dan peanut butter-anak akak bubuh sebelah jem dan sebelah lagi peanut butter..sedaplah

Cara-cara:
  1. Ayak almond powder dengan gula aising.
  2. Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. ( Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh..kira oklah tu)
  3. Masukkan sikit demi sedikit bhn yg diayak td ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan macam buat kek. (masukkan pewarna yang diingini)
  4. Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag . Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan baking paper. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm. Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons- untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar)
  5. Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. ( Bergantung pada cuaca juga ni. Saya letak bawah kipas bagi dia cepat kering. Sebelum bakar tu, test dulu dengan jari, kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar).
  6. Bakar dlm oven pd suhu 150 degree selama 20 minit. ( Rasa mcm x terlebih bakarlah pulak haritu.. nak kena kurangkan suhu ataupun time tu lain kali ). Pastu sejukkan sebelum letak inti.
** utk rujukkan sendiri lain kali:
  • kisar serbuk almond bg lebih halus sebelum diayak.
  • kurangkan suhu atau masa bakar..
p/s Tak mungkin nak buat bisnes ..sebab cam leceh ajer. Kalau akak jual kecian pulak member yang lain. Kalau nak tenguk hasil lagi cun gi ajer ke blog member akak tu yer.

Nanti nak cuba buat lagi lah.

30 ulasan:

  1. good try k.ina, kalau ada lebih boleh laa huluq2 skit dekat saya kt JRC ni

    BalasPadam
  2. janji cube,xsemua org first time buat menjadi

    BalasPadam
  3. rajinlah kak ina nih...sdpnyer kak

    BalasPadam
  4. Salam Kak Ina...
    Buruk rupa asal sedap dikunyah..
    Dah ramai yang buat ni, tak tau saya bila lagi nak cuba bereksperimen..(Ha ha ha saya punya camne pula rupanya nanti yaaa...?)

    BalasPadam
  5. akak, sy adela order macaroon tu dr org. manis gile rupenye macaroon tu. xpnh mkn b4 this just tnampak kt blog2 org lain ckp sdp


    Jom tengok Coklat Praline Saya

    BalasPadam
  6. maz ilhamdapur18 Mac 2011 9:26 PG

    tul tu kak..klu tkut nkk cba xmrasa ler jwbnyee..hehee..tkpe kak nti wak lgi..kita pun lum puas ati lgi tu..kempissss..huhuuu...nk bolat2 pun dh 1 keje yg mncabar ksabaran ni..heheee..

    BalasPadam
  7. wahhh kak ina pun dh berjinak2 dgn macarons ek ehehe..

    BalasPadam
  8. ye la kak ina... tak cuba tak tau....dah cuba baru ketahuan....

    BalasPadam
  9. Kak.. saya pon buat macaroon hari tu tapi jadi mamahanguskempis..menyampaaaaaaaah...

    BalasPadam
  10. Bleh try test tengok lagi...takpek.Ade gak rupa macaroon.Kalo saye buat entohhhler..ekekekeke ^_^

    BalasPadam
  11. Wahh sana sini kisa pasal macaronnn
    Natang apa pun saya tak pernah tau..
    Warna meriah seram pulak nak makan tapi katanya sedap..
    harus cuba :)

    PojiePooh; Hanya Satu...

    BalasPadam
  12. rupa dah tak penting gitu kak. yang penting..SODAPPPP.

    i like the color
    ;))

    BalasPadam
  13. takpe kak ina, pasni boleh cuba byk kali lagi..heh

    BalasPadam
  14. wah akak dah try buat macarons, lya bila lagi nak rajin2 ni

    BalasPadam
  15. whoaa..kak ina pun buat macaroon gak nih..menambah semangat kita nak buat juga! :)

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum Kak Ina

    kesian hubby
    tak dapat makan banyak..he he

    Wassalam

    BalasPadam
  17. hehehe..
    janji boleh makan kak ina
    kalau saya buat, lagi la takde rupa macaroon agaknya.. jadi cam lempeng jer.. hahaha

    BalasPadam
  18. herot2 pun janji sedap! hehe

    kak ina, thx hadiah dah sampai kejap td :)

    BalasPadam
  19. wah akak dah cuba...aishah duk tangguh 2 lagi nih...tunggu mood dulu...

    BalasPadam
  20. oh gitu je ker wat nye, leceh jgk ye..
    tp mmg fames macaron ni skang ni ..

    ** kak , puas baca cite akak ke india...

    BalasPadam
  21. Kak Ina,
    Macarons ni memang leceh buatnya.Even orang yang terror buat pun sometimes kecundang juga.Yang Kak Ina buat ni French method.Cubalah pulak buat swiss method atau Italian method sebab merigue dia lebih stabil and so peratus macarons untuk berjaya dan nampak cantik lebih tinggi.Anyway,not badlah first try kak Ina.

    BalasPadam
  22. akk arini saya ada baca satu eptua
    klw nak buat macaron ada pantang larang katanya
    xleh buat time ari ujan
    akk try bli paper kosmo arini
    ada petua2 & pantang larang wat macaroon ni

    BalasPadam
  23. sekurang2nya.. kak ina dah pun mencuba.. yg saya ni baru je terhegeh2 nak mencuba.. entah apalah hasilnya nanti... tgklah esok/lusa itupun kalau takde lain2 acaralah.. heehehe....

    BalasPadam
  24. serius teringin nak makan benda ni..

    BalasPadam
  25. Kak gi jengah blog saya. resepi tu saya buat 1st time tanpa gagal saya bole ajarkan free je

    BalasPadam
  26. xper kak cuba dl baru tau..
    pasnie klu buat kasik sikit saya erkk..:))

    BalasPadam
  27. rupa x kesah, janji rasanya sama / lebih sedap drp yg beli kat luar tuhhh!!!!

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers