OOO

Isnin, Mac 14, 2011

Review Merong Mahawangsa-Tajaan Beautifulnara.Com

Terima kasih kepada http://beautifulnara.com/ yang sudi mengajak akak dan blogger lain menyaksikan filem yang menjadi sebutan ramai sekarang ini iaitu Merong Mahawangsa.

Satu panggung tau bn booked untuk pembaca setia blog beliau..kira cam menghargailah ni. Semuga murah lagi rezeki kamu yer.
Tunang Beautifulnara dan Framestone menjadi orang penting pada petang tersebut. Oleh sebab datang lambat, dapatlah tiket barisan ke 2 dari hadapan.aduhai..
Ermmm tak tau motif Framestone suruh ambil gambar camni.
Sempat lagi bergossip dengan Jamar, Cik Nunu dan Framestone.
Apalah agaknya gossip tu ek?
Nilah wajah kesayangan Jejai ..chewah macam dah kenal lama ek..
padahal baru jumpa beberapa kali
Jejai menjadi pendorong Imran bermain games ni. Setelah mencuba sebanyak 2 kali akhirnya Imran dapat gak gula-gula fisherman
Mehlah kita cerita pasal kisah Merong Mahawangsa ni. Agak pelik gak bila generasi muda tidak tau akan kewujudan buku epik ni. Akak masa sekolah menengah lagi dah baca dah buku ni.

Mungkin generasi sekarang tak berminat nak baca buku camni. Yang mereka minat ialah baca buku komik mangga, novel bertema percintaan dan majalah hiburan. Dan sekarang ni mereka lebih suka berblog.

Putera dari Rome (Putera Marcus)yang akan berkawin dengan Puteri dari negara China
Macam juga anak akak tak minat nak tenguk cerita ni. Ada ajer yang tak kena pasal filem ni. Ishhh tak tenguk pandai nak komen.

Nasib baiklah Imran nak ikut. Memanglah kalau nak di ikutkan filem ni tak boleh nak lawan dengan cerita omputih tu kan
.
Ummi Nazeera yang memegang watak Embuk yang menonjolkan imej gadis kampung zaman purba dan lakonan beliau memang best. Embuk tidak menyukai Merong Mahawangsa (Stephen) kerana ibu bapanya pernah dibunuh orang Geruda.

Tergelak tenguk Tok Penghulu Kesum (lakonan Datuk Rahim Razali) pakai rambut palsu.

Tapi kita patut berbangga di atas percubaan berani anak Malaysia menerbitkan filem yang memakan belanja yang ke dua tertinggi di Malaysia selepas Puteri Gunung Ledang.
Taklah bosan ashik tenguk cerita hantu baik di tv ataupun di pawagam. Best tenguk dia orang bergaduh macam real ajer. Akak tak reti pasal teknik CGI..tak pandai nak komen.

Lakunan Khir Rahman sebagai Kamawas memang menjadi, geram tenguk muka dia yang tak handsome pastu jahat pulak.
Walaupun begitu akak tak puas hati kenapalah omputih ni jadi Merong Mahawangsa..kenapa tak pilih orang tempatan. Kalau orang kita yang berlakon lagi best ek. Apa-apa pun tahniah kepada KRU kerana berani mengeluarkan filem epik ini.

Aduhai lagu OST Hikayat Merong Mahawangsa berjudul Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain yang menjadi filem pertama yang menggunakan menggunakan lagu-lagu skor di dalamnya dengan kerjasama MPO (Malaysia Philharmonic Orchestra) dengan hampir 100 pemuzik.

Sinopsis
Apabila seorang nakhoda dan pahlawan bernama Merong Mahawangsa lakonan Stephen Rahman Hudges menjadi pengawal peribadi kepada Putera Marcus (Gavin Rees StenHouse) ke Langkasuka untuk berkahwin dengan Puteri Meng Li Hua (Jing Lu) dari Dinasti Han.

Malangnya, kehadiran rombongan tersebut dihidu oleh puak lanun Geruda iaitu Taji (Wan Hanafi Su) dan Kamawas (Khir Rahman) yang kemudiannya bertindak menculik Tuan Puteri bersama inangnya, Ying Ying (Nell Ng).

Pertempuran itu menyaksikan kekalahan dan Merong Mahawangsa kemudiannya diselamatkan oleh Kesum ( Rahim Razali) yang punya kaitan dengan ibu Merong iaitu Lang (Umie Aida).

Menerusi pantun empat kerat yang sering meniti di bibir Merong berbunyi, “Sampai masa tibanya waktu, Redup hati kaum berdua, Bila dua jasad menjadi satu, Hidup mati jadi bersama”, akhirnya menyelesaikan teka teki yang sering bermain di minda Merong di akhir jalan cerita.

Filem yang banyak menggunakan teknologi imej janaan komputer (CGI) ini menghasilkan set, busana dan props kurun kedua ini juga berjaya menzahirkan gambaran untuk perkampungan Melayu, pelabuhan kapal, istana di Rom, China dan pelabuhan Goa di India.

Sumber : Utusan Malaysia

p/s Orang yang berjiwa sentimental cam akak pun kata best..tentulah orang yang suka tenguk aksi lawan-lawan pun kata best. Imran pun kata best ..siap promosi kat ayah dan abang dia.

Sape lagi nak sokong filem melayu kan..kalau bukan kita sendiri.

11 ulasan:

  1. me sgt2 teringin nak tgk..nak kena cari dvd lah nanti bila me balik msia :)

    BalasPadam
  2. Ina...thanks for the review... memang teringin nak tengok...tapi tak tau bila lagik...

    BalasPadam
  3. sy xsbar nk tgok cerita nie..ramai yg dh ckp best.. =)

    BalasPadam
  4. bc ni lagi melonjak2 nk tgk hmm!

    BalasPadam
  5. wah bestnya ramai2 tgk wayang dgn bloggers. kasawari maybe hjg minggu ni gi tengok kot.. kena booking awal2.. so dpt seat tgh2 dan blkag2.. hehe

    BalasPadam
  6. mula2, sy pon rasa, kenapalah tak amik org melayu bwk watak merong....tapi kan..rasanye ada sebab kenapa stephen terpilih jadi watak merong tu kak ina..sebab merong mahawangsa asalnye beragama hindu dan setelah memeluk Islam barulah dia guna nama Sultan Mudzafar Syah ...pastu asaskan negeri Kedah kan? itu yang sy baca lah..

    (masa darjah 6, sy dah baca Sejarah melayu-sulalatus salatin) tu..baca buku teks kakak hehehehe..tapi ingat2 lupe laa..

    bila lah nak gi tgk nih..huhu

    BalasPadam
  7. Sy dh tgk. Memang cerita Malaysian-made yg terbaik tp bagi sy msh ada yg x syok here and there(kalau nk compare dgn filem international lah)

    Yg kamawas tu mmg menyakitkan hati. Jgn le di luar org pi campak telor sebab terlalu geram tgk dia jahat dalam movie!

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. bestnya tajaan..
    Sejarah baca buku teks je..
    Jemput join GIVEAWAY : last day @ ALL IN ONE

    BalasPadam
  10. ok, kak...tqvm 4 the review...

    BalasPadam
  11. kak....

    saya bukan orang kuat..just tumpang duduk je he..23x

    xde la.. saya tolong ape2 yang patut je...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers