OOO

Sabtu, April 02, 2011

Resepi Kueh Bronok Aka Kueh Sagu

 Bila periksa almari yang berkecah dengan bahan stok makanan..tenguk ada lagi satu plastik sagu biji mata ikan.  Kenalah habiskan stok yang lama baru beli yang baru.  Al maklumlah bila ajer cukup bulan mula lah tangan mula nak drive nak gi menghabiskan duit dalam dompet.  Payah betullah nak kawal nafsu kan.

Tapi kalau akak tak pergi beli stok makanan sape pulak yang nak pegi.  Akakkan menteri kawalan makanan dan kewangan.  Eh eh melalutlah pulak.  Akak kalau buat kueh ni pakai bantai ajer..agak-agak ajerlah.  Tapi nak bagi senang anak akak faham bila nak buat nanti akak tepeklah resepi dari Myresepi  oleh Mama Kastam Tioman. 

Jangan tanya akak kenapa nama dia camtu ek..pada firasat akak mungkin beliau seorang mama...bekerja di pejabat kastam dan tinggal di tioman.tu sebab puan tu gunakan nama ..gitewlah cerita..salah maaf yer.  Dia buat pakai warna merah..akak buat pakai esen perisa pandan jadilah warna hijau.
Bahan-bahan
  • 1 gelas sagu biji kecil
  • 3 gelas air
  • 3/4 gelas gula pasir
  • Sedikit pewarna merah
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja-akak kukus dalam 10 minit(tak nak cepat basi)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose-akak guna esen pandan warna hijau

Cara-cara

  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.(sagu akak rendam sekejap dan toskan baru masuk dalam air)
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukkan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 ".(akak alaskan dengan daun pisang).
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasany.
  5. Apabila sudah masak, sejukkan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.

11 ulasan:

  1. salam kak..heheh....sedap tu kuih sagu...

    nape nama mama tu kan...hmmm..semua ank2 & jiran2 & kwn2 alam maya dia panggil dia mama..friendly orgnya..dok kat Tioman, suami dia kerja sbgai org besar kat Kastam d Tioman tu..kira plg besor le kat situ..hihi..nak g sana cakap je nama dia sah2 org tunjuk umah dia..begitulah kisahnya..haha..mintak kuih pat ketul kak...

    BalasPadam
  2. dah lama tak makan kuih sagu :) kuih sagu ni mmg feberet ijah :D

    BalasPadam
  3. sedapnya kuih tu..
    mas suka tau...meh seketoi kak..

    BalasPadam
  4. Tak tau boleh kukus . Saya selalu kacau atas api aja. Saya pun selalu bantai juga . Kadang2 jadi elok . kdg2 terlebih air. Nasib baik kak ina masukkan resepi. tq kak ina.

    BalasPadam
  5. Udah follow...nice resipi HeHe

    http://awanibiru.com

    BalasPadam
  6. salam
    tak pernah buat tp suka makan..kaler merah..huhu menarik tekak utk merasa...

    BalasPadam
  7. salam ziarah..
    sedapnyer kuih, sedap pulak bile wane ijau, mak kite slalu wat wane merah jew..

    kak..entry kepochi tu..hehee sy tulis mcm la satu ari t sy tak jadik tua kan? urmmm..ampun lar kalau para senior-senior terase :)

    sy juge da terime kepochi untuk kebaikan..ngee :)

    BalasPadam
  8. kak entry orang tua kepochii tu sy minta maaf kat sini ----->>
    http://aida2aku.blogspot.com/2011/04/pabila-blogger-senior-terasa.html

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...