OOO

Ahad, April 17, 2011

Resepi Pizza Maggi


Pizza ni anak akak Ira yang buat, jadi abaikanlah kecomotan pizza ni ek.  Hairanlah ek budak-budak ni apa pasal suka sangat makan maggi.  Imran pun sama...kalau tak di control mana boleh..tapi dek sebab dia balik 2 minggu sekali dari asrama..kasi canlah dia makan.  Janji jangan menyusahkah omak dio yang nak berblog ni iyo.
 
Bahan-bahan
1 bungkus maggi
2 biji telur gred A
Sosej (ikut suka)
Carrot (dimayang halus)
Cendawan butang (hiris nipis)
Daun sup (dimayang halus)-tak letak
Bawang besar (dihiris nipis)-tak letak

Cara:
  1. Celur maggi, ketepikan. Pukul telur sehingga agak kembang.
  2. Masukkan perencah maggi, sosej yang dipotong kecil-kecil, carot, daun sup, cendawan butang dan bawang besar serta mee maggi yang telah dicelur tadi. 
  3. Gaul hingga sebati.Goreng didalam kuali dengan menggunakan sedikit minyak (seperti menggoreng telur dadar) sehigga masak. Gunakan kuali yang bertangkai.
Cadangan Hidangan:
Makan semasa panas dan boleh dicicah dengan sos dan mayonis.

19 ulasan:

  1. pnh buattt
    sdp
    huhu :)
    mknan stok bujang je
    huhu

    BalasPadam
  2. sekali-sekala blh la kak ek,hehe

    BalasPadam
  3. lapar..oke nk p dapur buat megi hehehe

    BalasPadam
  4. huhu auntie, tringat pula zaman intan sekolah dulu.hehe. memang suka makan pizza megi ni..

    megi ni kalau dah duk oversea memanglah sampai muak2 makan.haha

    BalasPadam
  5. ina..boleh bagi anak2 cuba buat ni..tak pernah buat lagi..mintak izin ambik resepi ye.terima kasih.

    BalasPadam
  6. haaaa... sedap!! sedap!! ada idea nih..
    Selamat Hari Jadi Ayah!

    BalasPadam
  7. salam akak, nampak cam sedap jer. huhuhu, tadi say gi cari kedai sany char keow teow kat belakang istana budaya tuh. tak jumpa la pulak....sedih2

    BalasPadam
  8. pernah tengok je..tak pernah makan..boleh try ni..

    BalasPadam
  9. Tak pernah le cuba, nak sini sekeping

    BalasPadam
  10. saya pun suka gak makan maggi ni

    BalasPadam
  11. Dah lama cari resipi pizza maggi, terima kasih.

    BalasPadam
  12. pagi nie sarap murtabak maggi..mak mertua kasi...aduhhh masin la plak...hehhehe

    BalasPadam
  13. akak anak akak kat asrama tak makan meggi ke? balik rumah baru cari, mcm terbalik pulak.

    saya dulu hantu meggi gak, tapi sbb dah belajar pun food tech tersedar betapa buruknya meggi tu teros jarang makan. sebulan sekali je kot sekarang. hehe.

    BalasPadam
  14. Kak Ina, semua sibuk melahap.mana ada yg ingat kat saya.huhuhu...murah takla, tp sbb da banyak n beso2...tegda gak ar.pastu kalo beli nak convert duit malaysia dulu...mmg tak merasa la kami.
    kat area umah mmg ada kedai2 antik, kalo saya berkesempatan saya pg n amibil gambar bg akak tgk. kalo berminat bole bincang.camne? ok?

    lama btol saya tak makan maggi. hehehe

    BalasPadam
  15. thanks kak ina kasi resepi piza maggi ni..nanti free leh cuba buat.

    BalasPadam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers