OOO

Selasa, Mei 17, 2011

Resepi Bingka Ubi

Balik kampung kat segamat, bapa mertua ada tanam ubi kayu.  Bila bawa balik ashik-ashik goreng dan rebus, kali ni terajinlah pulak nak buat bingka ubi, sumber dari Dapur Yatie .

Bahan-Bahan
  • 4 cawan ubi parut(anggaran 2 kg ubi-blend pun boleh)
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 telur
  • 1/2 sudu garam
  • 1 1/2 cawan santan
  • 2 sudu besar minyak- untuk campur dlm adunan
  • 2 sudu besar minyak- untuk sapu pada loyang
  • sedikit butter- utk tabur atas kuih sebelum di bakar
  • beberapa titik pewarna kuning
Cara-Cara
1. Blend ubi bersama air dan tapiskan, air tapisan boleh di gunakan utk mengisar ubi yg lain. Air tapisan di buang dan ambil sagu liat ubi.( Kalau ubi dah parut terus sukat 4 cwn ubi)
2. Campurkan sagu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk.
3. Masukkan telur, gula, garam, dan beberapa titik pewarna kuning.
4. Kacau…dan tuang santan sedikit2…sampai adunan menjadi sebati.
5. Sapukan loyang dengan minyak dan panaskan oven ke suhu 200 darjah api atas & bawah
6. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci.
7. Sudukan beberapa sudu butter & ditaburkan di atas adunan.
8. Bakar selama 1 jam hingga 1 1/2 jam…bergantung pada tahap kerak yang anda suka.
9. Bila dah sejuk….baru cantik dipotong….

4 ulasan:

  1. Assalamulaikum kak ina

    macam ini lah yang sedap kak. ct ni dah tak ada kebun nak gali2 ubi segala. kalau ada lebih2 tu campak2 lah kat rumah... hahaha

    seronoknya tgk berhoneymoon tu..jelesss.. hahaha

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak,
    sedapnyaaa.my faveret.kuih2 classic ni memang sedap kan kak.

    BalasPadam
  3. Dah lama bebenor tak pekena bingka ubi..tengok gambar pun dan terliur..kat mana la nak cari ubi kat Denmark ni..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers