Restoran Sate Emas Kajang

by kak ina kl on Sabtu, Mei 28, 2011

 Sape yang tak suka makan sate, sila angkat tangan.  Tipulah kan, rasanya baik budak kecil, remaja, ibubapa dan orang tua memang suka makan satay.
Satay selalunya di nikmati pada waktu petang ataupun malam tapi akak gi beli satay waktu tengahari, tu sebab tempat ni tak ramai orang.  Selalunya akak beli satay yang agak popolur di Kajang tapi kali ni akak nak cuba satay buatan orang lain pulak.  Apa salahnya mencuba yang lain pulak kalau dah selalu makan yang sama pun rasa jemu gak kan.
Sampai ajer kat sini, ada pelayan yang dah sedia menunggu dan segera menghulurkan menu apa yang ada di sini.

Ada macam-macam jenis satay di sini, antaranya satay ayam, satay daging kambing, satay daging lembu, satay perut.  Akak order satay perut lembu dan satay ayam.  Perut dah lapar, tak sabar nak makan.
Amboi merahnya mak ngah, perghhh tentu pedas giler ni.  Takkanlah nak makan sambal ni macamtu ajer kan.
Mestilah di campur dengan kuah kacang, baru best.  Kacau dulu sampai bercampur baru boleh di cicah.
Akak order gak nasi impit yang perlu di bayar, timun tu percuma ajer.  Apa lagi jomlah makan.  Bila makan satay ni, terasa cukup rempah ratus, kuah kacangnya pun sedap gaklah.
Eh..eh..tak sedar dah habis.  Tak puas makan akak order lagi, kali ni nak bawa balik ke rumah nak bagi suami dan anak-anak rasa pulak.


Restoran Satay Emas Kajang
No. 1, Medan Satay Kajang
Jalan Stadium
Kajang, 43000 Selangor 

5 comments

petang mcm ni kan tengah lapar, pulak tu tgk entri satay, uishhh perut nyanyi lagu ase re he dah. ni tak same ke dgn satay samuri?

by Fara on 31 Mei 2011 5:34 PTG. #

Kak Ina,

Saya dan keluarga memang selalu ke Satay Emas ni jika teringin nak makan satay. Lagipun, dekat jea dgn rumah kami. Kalau ada kawan2 dr KL atau sedara-mara yang datang dari jauh dan nak makan satay Kajang, memang kami akan ke sini. Biasa jugak order awal untuk take - away bawak balik ke kampung!

by Myza Pesona on 31 Mei 2011 7:13 PTG. #

buat masa ni, satay hut tg karang sedap... satay kajang dah 15 tahun makan..hehehe
Cek Nuffnang Pertama!! | Masyuk Berganda di hari G...

by KiD on 1 Jun 2011 6:44 PG. #

hahahhaha! sedapnyeww!!!!
nak gak!
sate kajang bsar2 x? nak pergi kelak t

by HazHand on 1 Jun 2011 10:05 PG. #

wahhh...sate...nak nak nak...

by AI on 1 Jun 2011 12:20 PTG. #

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate