OOO

Selasa, Jun 14, 2011

Jejalan Ke Taman Negaralah pulak

Kisah jejalan kat UK tak habis lagi..dah nak cerita hal gi ke Taman Negaralah pulak..tak perlah akak selang seli ajer ek.
10hb. Jun 2011 (Jumaat)
Seumur hidup memang tak pernah menjejakkan kaki ke Taman Negara..bila suami bagitau kali ni nak gi ke Cherating ataupun ke Taman Negara..anak-anak sebut nak ke Taman Negara sebab dah banyak kali pergi ke Cherating.

Akak dah risau dah sebab orang kata, kat sini banyak aktiviti mencabar dan sesuai untuk orang muda sahaja. Tapi takkanlah akak nak duk umah sorang, mereka bergembira di sana. Nak tak nak ikut ajerlah.
Bertolak dari Kuala Lumpur dalam pukul 9.00 pagi, satu bas dengan 39 penumpang pastu berhenti sebentar di stesyen petronas dekat karak (mcm biasalah cari tandas) akhirnya sampai ke Jeti Kuala Tembeling dalam pukul 12.30 tengahari. Makan tengahari di kedai yang terdapat disini. Banyak gak pilihan tapi kami tertarik nak makan kat kedai makcik yang pandai cakap omputih dengan mat salleh. Hebat makcik ni tau..don't play play dengan dia.

Suami terliur tenguk ikan patin sungai. Pertamakali makan ikan patin masak asam rom daripada biji getah iaitu makanan kegemaran orang yang duk kat Jerantut, Pahang. Akak tak berani makan sebab perut akak ni sensitif sikit, kang tak pasal-pasal akak kena membuang kat tepi sungai. Sebelum ambil akak tanya dulu dengan penjual harga ikan ni, kang dah makan kena bayar RM2,000 pengsan baru tau.
Sementara menunggu suami dan anak lelaki solat Jumaat akak dan Ira lepak dan dera dia ambil gambar akak. Masa makan kami tinggalkan beg kat pondok menunggu, bila balik makan akak dan Ira jalan cepat-cepat sebab ternampak dari kedai makan ada 4 orang remaja baru sampai dan terjenguk-jenguk kat beg plastik.
Berderau darah akak..kelam kabut akak dan Ira gi ke situ. Dalam beg plastik ada 3 pasang kasut sukan berjenama. Bila kami sampai ajer, mereka boleh pulak bertanya..Ni beg mak cik ker? 

Akak tak tuduh tapi dari gaya mereka akak syak mereka nak ambil kasut tu. Dahlah tak gi solat Jumaat. Alhamdulliah tak jadi apa-apa. Kena beringat lain kali. Lepas kami sampai 2 dari mereka beredar.

Yang ramai pelancung asing datang masa kami sampai. Siaplah di tepek segala losyen takut kena gigit nyamuk. Kami relax ajer.
Oleh sebab orang yang bawa bot solat Jumaat kami kena tunggu dalam pukul 2.00 petang baru boleh memulakan perjalanan ke jeti Kuala Tahan. Sebelum tu buanglah apa-apa yang patut kat toilet kat situ yang bila masuk ajer kena bayar 0.50 sen.
Kami berdua yang excited ..al maklumlah kali pertama. Dekat 2 jam lebih gak naik bot ni..puas tenguk pemandangan kat tepi sungai.
antara yang ada sepanjang perjalanan mengharung sungai
Akak layan baca novel..Imran kebosanan sampai tertidur.
Budak muda cina kat belakang tu chong cheng..chong cheng.
bot yang terakhir sekali
Akhirnya sampai gak ke Jeti Kampung Kuala Tahan. Sukanya tenguk pemandangan kat sini. Bersimpang siur boat membawa penumpang ke sana ke mari.
Akak dan Imran naik bot yang ke tiga, suami, Firdaus dan Ira naik boat yang penghabisan sekali sebab setiap boat boleh naik seramai 13 orang ajer. Bila tenguk kat belakang dah nampak dah boat mereka..laju sungguh pemandu boat rempit.
Dari jeti Kuala Tahan dah ada pemandu dari Rainforest Resort Hotel Taman Negara menunggu, naik pickup 4 by 4 .wah thrill sungguh duk reramai kat belakang. Akak duk kat depan, tak daya nak naik dan turun nanti.
Akhirnya dapat gak merelaxkan diri selepas dapat kunci bilik dekat pukul 5.00 petang. Berdebar pulak menanti acara seterusnya.

20 ulasan:

  1. seronok ooo,ini lah destinasi nya

    BalasPadam
  2. wah bestnyer gi taman negara...saya yang duk kat phg pun tak penah pegi lg ingat biler anak2 dah besar boleh la pg kesini...bestkan makan ikan patin....

    BalasPadam
  3. kak Ina tak risaukan pacat ke? zana suka aktiviti mcm ni tp mslh paling besar takut dgn binatang yg 'merayap', Kuala Tembeling tu kampung ulu ke? tak penah pegi tu yg tertanya2 sb dulu2 ada kwn kat situ.

    BalasPadam
  4. xpenah pegi lagi..tp tgk member2 FB pegi,punyalaa best.siap pegi lepak dgn org asli lagi.teringin gak ni nk pegi.

    BalasPadam
  5. haaa baru tahu!dulu ada kawan kat pahang dia kata ada satu masakan ne populer tapi saya lupa.asam rom lah!

    BalasPadam
  6. sy taknah lg pegi taman negara. tapi rmai org ckp, landskap kat situ cantik2 dan rare..pehh..tringin nk pegi sana..

    BalasPadam
  7. ni tempat saya pegi juga-jugak dengan family nanti, dulu pegi dengan kawan-kawan kata kat u...

    masa muda, kami siap panjat gunung tu lagik, masuk gua.. eheheh stamina kuat...

    tunggu anak dara kecik saya besar sikit, baru nak pegi... harap panjang umur la...

    BalasPadam
  8. tak sabar nak tunggu entry sambungan...agak2nya org yg tak lasak mcm saya nie sesuai x pergi sana ekk..

    BalasPadam
  9. bestkan kak ina jenjelan ....rehatkan minda

    BalasPadam
  10. hehehe wah macam best je.. huhu

    BalasPadam
  11. kak Inaa!!!!! TN tu mmg best....E-na suka...tenang damai je kat sana...akak naik atas lg tak pegi jln2 ke kg pagi ke bantal ke...org kg sana baik2 sgt...

    BalasPadam
  12. Selalu bercuti dalam bandar , sekarang dapat bercuti dalam hutan. Best juga tu. pengalaman berbeza.

    BalasPadam
  13. Selalu bercuti dalam bandar , sekarang dapat bercuti dalam hutan. Best juga tu. pengalaman berbeza.

    BalasPadam
  14. - wahhh best nyer jenjalan...

    - AI x pernah pegi lg, tp asben dulu selalu pegi memancing, skang dia dah gantong joran.

    BalasPadam
  15. Wah Kak Ina,asyik berjalan aje.Tak lekat kat rumah!Tapi bestkan pergi holiday ni.Gambar akak kat post ni reminds me of Sarawak pulak.

    BalasPadam
  16. kalau saya dtg k.l tak pernahnya nak ke taman negara ke..atau tmpt2 sejarah kak ina..selalu pegi shopping mall jer..hahahahaaa :))

    nak idea kak ina bole... klik je---> : sini

    BalasPadam
  17. Salam K.ina..bestnya g taman negara.atie pon blm pernah sampai lagi..huuu

    BalasPadam
  18. salam,

    la kak.. spoil jer... tgh sedap2 baca, rupanya bersambung ek... hehehehe... tk sabar nak baca citer seterusnya... excited gak ni, sbb sy tk penah sampai sini... leh masuk dlm destinasi percutian ni...

    BalasPadam
  19. terbaik laa. byk bercuti...

    BalasPadam
  20. rasanya makcik yg pandai ckp omputih tu, maklong saya. Dia buka kedai mkn kt situ & ank dia pula buka kedai runcit

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers