OOO

Rabu, Jun 15, 2011

Night Jungle Walk (Taman Negara)


Lepas maghrib, kami keluar makan malam. Sebab lambat lauk banyak yang dah habis. Nasib baik lauk daging dan ayam ada lagi.
Ikut jadual kul 8.00 malam semua dah berkumpul, cam biasalah kalau reramai tu ada yang terlambat.
Bermulalah perjalanan di malam hari menjelajah hutan di Taman Negara. Cuma 1-2 minit ajer menyeberang ke seberang sungai. Memang seronok reramai camni.
Nak ambil gambar kena ada permit, cuma bayar RM5.00 dan masuk ke dalam hutan kena bayar RM1.00.
Setelah di bahagikan kepada 4 kumpulan, kami dalam kumpulan terakhir dan setiap kumpulan ada penunjuk arah. Mula-mula akak tak nak gi tapi tak best pulak tinggal sorang dalam bilik. Dalam hati berdegup kencang gak bila nak jalan dalam hutan memalam ni. Macam-macam yang difikirkan.
Kami di tunjukkan serangga yang ada di dalam hutan di sini. Imran seronoklah tenguk, al maklumlah kali pertama.
 
Kena bawak lampu picit sebab gelap. Anai-anai hutan..Kami di tunjukkan serangga yang ada di dalam hutan di sini. Imran seronoklah tenguk, al maklumlah kali pertama.di busut anai-anai ni ada juga kala jengking yang agak besar.
Ular yang berlingkar kat ranting pokok..kelam kabut ambil gambar sebab takut ular jatuh atas akak. Kecik ajer ular tu..kat bawah sekali, sekali tenguk tak perasan sebab warna lebih kurang cam ranting pokok.
Cuma kumpulan kami yang ternampak kucing hutan dalam posisi hendak menyerang yang berlingkar atas busut anai-anai.
kucing hutan dengan mata memancar dalam kegelapan malam..nasib baik ramai..taklah takut bebeno

ada jumpa species spider yang se besar tarantula.(ambik kat google).akak ada ambil gambar tapi gelaplah pulak sebab ambil dari jauh.Tak berani nak dekat sebab takut...
 Penunjuk arah yang best, lupa nak ambil no..
Kami ke pondok Tahan Hide iaitu tempat binatang menjilat garam. Masa nak panjat tangga ni Imran menangis nak balik sebab takut kot bila tenguk ada rumah dalam hutan. Puaslah akak pujuk dia, ayah dia ashiklah menyakat kata ni rumah mambang tanah, lagilah dia takut.

Dari kejauhan ternampak 2 pasang biji mata yang bersinar dalam kegelapan, dan apabila di suluh kami nampak 2 ekor rusa sedang menjilat air garam. Ada ambil gambar tapi tak clear sebab guna camera murah ajer.
Lega bila dalam perjalanan balik kami melalui jalan Mutiara Hotel Taman Negara. Pengalaman yang membuatkan akak teruja dan penat sampai berpeluh-peluh dibuatnya. Bila sampai balik ke bilik akak suruh semua mandi sebab takut jadi apa-apa.

INFO Taman Negara

* Mula ditubuhkan pada 1939.

* Taman hutan terbesar di Semenanjung dengan keluasan 4,343 kilometer persegi.

* Satu daripada hutan hujan tertua dunia, dengan sebahagian besarnya belum pernah diusik dan masih sama seperti 130 juta tahun lalu.

* Meliputi tiga negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.

* Ada kira-kira 10,000 spesies tumbuhan; 150,000 jenis serangga; 25,000 spesies invertebrata, 675 spesies burung, 250 spesies air tawar dan 200 spesies mamalia di Taman Negara.

Taman negara itu berkeluasan 2,477 kilometer (km), diikuti Taman Negara Kelantan (1,043 km) dan Taman Negara Terengganu (853 km).

15 ulasan:

  1. Salam k ina,

    jom singgah blog baru saya ni , blog lama saya tu dah x leh diguna huhuhuh sedih la tapi saya teruskan juga minat saya berblog dgn yang baru , jom la singgah ya

    BalasPadam
  2. salam kak ..

    wah besh nye jaaln2 ke tmn negara..

    BalasPadam
  3. hurmmm.... post entry nie boleh masuk national geo untuk edisi malaysia....

    BalasPadam
  4. perghhhh.....serius ssaya amat suka pengalaman cam gini. bila la nak ada geng nak joint sekali adventure nih

    BalasPadam
  5. waa...agak menarik juga nie kan...

    BalasPadam
  6. dah lama teringin nak ke Taman Negara ni..nak naik canopy walk!
    tsk!

    BalasPadam
  7. Walaupun saya asal Pahang, tapi tak pernah plak jejak kaki ke Taman Negara. Hahaha. Bakal pergi, hopefully, hujung tahun ni. :P

    BalasPadam
  8. Kak Ina,
    Lepas baca entry ni,saya confirmed takkan jejakkan kaki saya ke Taman Negara ni...sebab saya takut sangat(phobia)dengan ular.Saya tak boleh tengok ular walaupun hanya gambar or ular mainan.At least now,not so bad as Saya dah boleh sebut perkataan 'ular'.Dulu nak sebut namanya pun dah buat saya mengigil.Payah saya nak terangkan perasaan saya akan hal ni and ada setengah orang menganggap saya ni mengada-gada.Even now kan Kak, saya nak jalan kat tempat berumput in NZ pun saya takut walaupun NZ memang takda seekor ular langsung..not even in the zoo.Anyway,dulu saya panggil ular as orang panjang..hehehe.
    Kak Ina bila senang kasi la email Kak Ina pada saya and saya akan invite ke blog yang lagi satu tu.Tapi saya belum buat entry lagi untuk nasi mentega and kari biri-biri tu...malas Kak sebab kat sini dah sejuk.Saya asyik berselubung saja and tengok TV!

    BalasPadam
  9. Akak, tumpang tanya. Berapa bujet ke Tanman Negara ni? Nampak best aje.

    BalasPadam
  10. - wahhh...xmo pegi la...masuk utan, ade ular...

    BalasPadam
  11. seronoknyer nyer akak...tapi seram gak macam2 bntg ader

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum Kak Ina

    saya belum sampai lagi kesana

    Wassalam

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers