OOO

Isnin, Jun 27, 2011

Resepi Wantan Goreng

Dah makan tengahari ker belum? Tadi masa blog walking ada yang tunjukkan baby Jimmy Shanley tu, memang cute. Semuga papa dan mama mereka berdamai selepas ini.

Ambil resepi wantan goreng dari facebook chostick diner. Sedap di makan bila keluar dari kuali. Imran ngapp berulang kali.

Bahan-bahan
Kulit wantan secukupnya-beli kat pasaraya
500gm daging kisar
200gm udang -potong dadu/kecil
1 spring onion-hiris halus
1 biji telur putih-pukul sekejap
2 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil garam
minyak untuk menggoreng

Cara menyediakannya
1. Campurkan semua bahan kedalam mangkuk dan perap sebentar.
2. Ambil sekeping kulit wantan dan isikan dengan 1 sudu teh isi wantan dan gunakan air untuk melekatkan hujung kulit wantan. Atur diatas dulang. Buat lagi sehingga kesemua inti wantan habis digunakan.
3. Panaskan secukup minyak didalam kuali. Bila minyak telah panas, boleh masukkan wantan yang telah disediakan dan goring sehingga ia kekuningan. Angkat dan toskan. Hidang bersama sos cili. Akak hiriskan timun sekali.

6 ulasan:

  1. memang sedap wantan goreng..lama dah x buat..goreng garing2 sedap kan kak...

    BalasPadam
  2. wah menu yg sodap ..

    * tu le kak . hrp2 diorg bahagia ler lepas ni

    BalasPadam
  3. sedapnya kak wantan goreng
    layout blog yg baru ni ,sgt cantek kak!

    BalasPadam
  4. ermmm..sedapnya wantan ni..cantikla gambar ni kak..

    BalasPadam
  5. wantan is my feveretttt. nak sikit.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...