OOO

Rabu, Julai 06, 2011

Bamboo Lala aka Pepahat Goreng Bercili

Ada yang panggil bamboo lala sebab bentuk macam buluh kan. Ada gak yang panggil pepahat.
Kali ni akak gunakan resepi dari http://arena184.blogspot.com. Tapi belacan akak tak letak aaaaaa, sebab hb tak suka ada belacan. Tu sebab kat umah ni akak malas nak buat sambal belacan. Penat ajer menumbuk, sampai mata pedih termasuk cili tapi tak ada orang nak menjamahnya.

Yang makan cuma akak dan hb, Daus dan Imran kata....eiiiii geli lah macam ulat..

Bahan-bahan:
  • 1kg pepahat - cuci bersih
  • 2-3 batang serai - diketuk
  • 5 biji bawang merah kecik - tumbuk
  • 2-3 biji bawang putih - tumbuk
  • 3-4 sudu besar cili boh
  • Belacan sebesar ibu jari - tumbuk-tak letak
  • Beberapa sudu sos tiram
  • Beberapa sudu sos cili
  • 6-7 helai daun limau purut - hiris-tak letak
  • Garam dan gula-akak tak letak gula
akak tambah-1 biji bawang besar di potong bulat
dan sedikit halia di tumbuk


Cara-cara:
  1. Panaskan 3 sudu makan minyak masak dan tumis serai serta bahan tumbuk hingga wangi dan masukkan cili boh. Masak lagi hingga naik minyak.
  2. Masukkan sos tiram dan sos cili, garam dan gula secukup rasa. Tak perlu masuk air sebab pepahat akan mengeluarkan air nanti.
  3. Masukkan pepahat dan gaul rata. Bila pepahat masak, masukkan hirisan daun limau purut (tukar ke bawang besar) dan tutup api. Hidangkan.

8 ulasan:

  1. kat mana akak beli pepahat ni ya???

    BalasPadam
  2. akak goreng pahat pun sedap tengok kak..hehe..bile kak ina nk open table ni..

    BalasPadam
  3. nmpk sodap,rase mcm kupang/siput juge ke kak?

    BalasPadam
  4. Sedapnya!!!! my fav nie!!
    akak buat sy terliur... ;p

    BalasPadam
  5. kak ina..bui follow blog akak yer..^_^

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Kak Ina

    selalu tenguk mentah ajer
    belum pernah makan lagi

    Wassalam

    BalasPadam
  7. me tak reti/tak pernah mkn benda ni..

    BalasPadam
  8. hmmm...sedooopppnye...boleh poskan kat sy tak?

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers