OOO

Jumaat, Julai 29, 2011

MAGGI GORENG ALA MAMAK

 Sekali sekala belasah makan maggi tak per ek.  Resepi ni akak ambil dari blog Ah Mat Gebu yang banyak idea nak masak memasak mengalahkan orang pempuan.  Bahan akak guna yang mana ada ajer.  Akak masak 3 peket sebab suami dan Imran nak bawa bekallah pulak masa akak buat resepi ni.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket mi maggi perisa ayam, asingkan dari perencahnya-akak guna perencah kari
1 biji kentang saiz kecil, dadu, rebus empuk dan goreng, toskan-tak buat
8 pokok kuchai, kerat-tukar ke sayur sawi kontot
1 biji telur, pukul sedikit
2 kelopak kobis, potong kecil
4 - 5 ekor udang, dibersihkan-tukar ke ayam
1/4 cawan isi kerang-tak letak
2 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 biji tomato kecil, potong 4
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tomato
1/2 camca besar kicap pekat (erkk habis lahh..tak letak)
Secubit gula-tak letak
*akak letak 1 peket serbuk kari maggi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Celur mi maggi hingga lembut, toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan cili dan tumis hingga garing. Kecilkan api, masukkan sos tiram, perencah kari dan sos tomato, kacau kata.
  2. Tambah kentang, tauhu, udang dan kerang, (ayam) kacau rata dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur, masak sekejap dan hancurkan, gaul rata. Masukkan kicap pekat, perencah maggi, kobis dan gula, kacau rata dan tambah mi maggi tadi. Gaul rata.
  3. Masukkan tomato, dan hirisan kuchai, gaul. Rasa dan jika kurang masin anda boleh renjiskan sedikit kicap cair. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan panas.

8 ulasan:

  1. - anak2 mmg suke makan megi goreng ni...x makan nasi pon xpe..huhu

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum akak...
    maggi mcm nie ler yg sedap nie kan akak... kekdg makan maggi gini mmg licin nie..

    BalasPadam
  3. mi megi senang dimasak sedap dimakan!

    BalasPadam
  4. sedapnya akak..i like...dtg sini singgah jenguk akak

    BalasPadam
  5. maggi goreng mmg sepanjang zaman. sekali sekali boleh je makan.

    BalasPadam
  6. bg student mcm saia..mkn megi ni mmg da jd wajib kak..XD

    BalasPadam
  7. wahhh.. looks yummy yaw. hehee.. =)

    BalasPadam
  8. sedap kelihatannya!
    kak ina, saya punya mee goreng selalu pucat jer sbb sos ajer, tak leh letak cili boo sbb anak2 tak makan pedas..kak ina ada cara lain tak?hehee

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers