OOO

Isnin, Ogos 29, 2011

Buffet Ramadhan Di Istana Budaya Cafe

Tahun lepas pun kami berbuka di Istana Budaya, kalau nak tenguk kat SINI.  Tahun ni pun gi kat sini juga , kakitangan office hb yang anjurkan.  Syoknya tak yah masak.
Suka makan kat sini sebab harga buffet Ramadhan murah sungguh.  Pilihan bermacam-macam makanan sampai tak tau nak makan yang mana.  Kami pilihan masakan yang  best ajer.  Ada gak ikan keli, ayam, talapia dan terubuk bakar.

Daging kambing bakar ni mereka mula bakar dalam pukul 8.45 malam, ramai yang dah pulang jadi tak yahlah beratur panjang.
Nasi beraini kambing ada, sup gulai kawah ada, sup tulang ada, tomyam pun ada.  Air pula teh tarik, air sirap bandung, coffee dan teh.
Parking pun senang pastu percuma pulak tu.   Tapi tak boleh terus terjah sebab masa akak gi hari Rabu lepas memang penuh semua meja.  Orang China pun ada gak yang makan kat sini.   Dah terlewat N3 ni tapi tak perlah tahun depan boleh cuba.
Istana Budaya Cafe terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur 03 – 4026 5535.  Harga kat sini cuma RM35 dewasa dan kanak-kanak cuma RM20 sahaja.  Murah bukan...mana nak dapat.  Harga sama macam tahun lepas juga.

Surau di sediakan jadi boleh lepak sampai kul 10.00 malam.
Mak...ada Ahmad Idham.
Ehhhh camner Im boleh kenal
Kan dia jadi juri Maharaja Lawak
Nak ambil gambar dengan dia ker?
Nak...jommm

Den Wahab (artis dan taukeh kedai baju melayu di Wisma Yakin)  pun ada gak bersama-sama Ahmad Idham.  Segan lak nak ambil gambar dengan dia.

1 ulasan:

  1. Kak Ina,
    I ni peminat Ahmad Idham.I suka tengok muka dia...lol!Anyway, Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Kak Ina sekeluarga..Maaf zahir dan batin.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers