OOO

Khamis, Ogos 04, 2011

Jejalan Di Hatyai Thailand (Last)

Sebelah petang kami menyelusuri sepanjang jalan berhampiran hotel.
Memang ramai pelancung dari Malaysia yang kami jumpa, cam biasa ramai orang pempuan.
Akak tak beli pulut mangga/durian, udang dan burung puyuh goreng ni, semua di belanja oleh kak R dan suami. Cuma beli gajus ajer masa nak balik kat pasar untuk di bawa balik.
Sambil jalan ada pekerja tukang urut sibuk promosi suruh masuk ke kedai. Tak berani nak masuklah, takuttttttttttt tenguk orang yang jaga kedai tu..
Lepas maghrib keluar lagi jejalan

Hotel kami tinggal ni macam hotel lama. Semalam baru RM70.00 sebilik. Kongsi 2 orang baru RM35.00 sahaja. Kata kak R..buat per ambil hotel mahal, bukan duk bilik pun, ashik menjengkit ajer, cuma balik untuk membersihkan diri dan tidur. Wah best sungguh kalau
Dek sebabkan pintu bilik air yang lama, terjadi satu peristiwa pada tengahmalam. Ashik makan-makan..akak terjaga pada tengahmalam sebab nak buang air kecil. Bila keluar dari bilik air akak tutup pintu bili air tersebut. Nak jadi cerita, selepas tu perut mula memulas, nak masuk bilik air pintu tak leh buka. Ah sudah...akak pun turun ke bawah dalam pukul 2.00 pagi kejutkan penyambut tetamu perempuan yang lena tidur, suruh panggilkan orang bukakan pintu.
Pekerja lelaki tak leh buka pintu sambil mengomel dalam bahasa english broken marahkan akak sebab lock pintu bilik air. Akak pun jawablah mana akak ada lock..memang terkunci sendiri..dah tentu pintu lama memanglah rosak. Perut makin meragam, pintu bilik air masih tak boleh buka walaupun dia guna macam-macam alat. Akhirnya dia give up tak boleh buka, terus keluar dari bilik.

Akak dah tak tahan tanya kat mana toilet kat dia, nasib baik ajer dgn bilik dan buang apa yang patut. Kawan sebilik memang tak sedar langsung pasal hal ni. Bila baring-baring teringat balik camner akak buka beg pakaian akak tu. Akak pun cari kad dan cuba leretkan kat pintu dan alhamdulliah terbuka juga akhirnya. Kiranya akak lagi terror dari pekerja tadi.
kalau ikut harga memang ok gak duk kat sini, sebab kat tengah bandar, nak gi memana pun senang.
Esok pagi pergi lagi ke pasar hatyai. Makan kat tempat yang sama. Ikutlah orang dah bawak. Sedap tul sup ni, entah apa yang dia letak..lupa nak tanya. Ada nasi goreng china, paprik dan maggi goreng.
tanya gak dgn kakak r..tak nak cuba kat tempat lain ker?
tak yah takut tak sedap, akak memang gi sini ajer.
Rakan sebilik..dalam tuk tuk
Sempat lagi membelek dan membeli handbag kat kedai penjual yang panggil diri dia mak ayam dara...tergelak besar kami bila dengar nama tu
Dompet kulit ikan pari ni memang rebutan mereka. Akak cuma tenguk ajer sebab Yana baru belikan dompet raya tahun lepas. Lepas beli ole-ole kami check out dan berjalan kaki ke tempat nak naik bas.
Mengantuk sungguh sebab peristiwa malam tadi, akak terlena sehingga sampai kat sempadan. Mak datuk ramai sungguh orang. Agak lama kena beratur, beli pulut dan ayam goreng buat makan tengahari . Sambil beratur nak hilangkan kebosanan agaknya ada budak muda lelaki tanya gi mana? Akak siap usik..korang gi sini buat per ek? Mereka tersenyum simpul sambil jawab..gi jejalan ajer.

Mereka belanja akak karipap/pie dan akhirnya selamat sampai semula ke Kuala Lumpur dalam pukul 9.00 malam terlambat dari jadul disebabkan ada lori minyak terbakar kat highway plus dekat Taiping.

Manager dah beli mee goreng, bila sampai rumah terus makan sebab lapar, sambil manager bising..
Beg mak masa pergi ringan sungguh..balik...berat cam batu...biasalah orang pempuan kannnnn

11 ulasan:

  1. hatyai best kak kan..makanan sedap. terasa nak pergi lagi nih... act thailand best esp bab makan n shopping n buah gajus murah.
    driving pi sana syok ni

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Ina

    bila agaknya saya nak sampai ke hatyai

    SELAMAT BERPUASA

    Wassalam

    BalasPadam
  3. seronoknya tgk..bese g stu beg balik bertambah beg

    BalasPadam
  4. nanti nak gi sana drive la..mesti best

    BalasPadam
  5. cita2 nak ke hatyai tak tercapai lagik=(

    BalasPadam
  6. mahal tak die jual dompet kulit ikan pari tu?

    BalasPadam
  7. Salam Ramadan K.Ina...baru tahu dompetpun ada dari kulit ikan pari..nampak cantik juga designnya.byk K.Ina borong tu...beg penuh muatan...

    BalasPadam
  8. wah kak inaaaaaaaa.... berjalan2 yeee.... bestnya kak!!!... selamat berpuasa kak.... :)

    BalasPadam
  9. Wah , syoknya Kak Ina asyik amkan angin.

    BalasPadam
  10. ini baru jalan2.. fuiyoooo.. hatyai!!

    BalasPadam
  11. hurmmm.... nape akak tak pegi urut kaki2 yang lenguh2 tue....hehehehehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers