OOO

Selasa, Ogos 09, 2011

Resepi Sup Tulang Jalan Doraisamy

Kalau buntu nak masak akak suka jejalan kat blog mak-mak yang suka masak.  Cadang nak masak sup tulang.  Terjumpa resepi sup tulang Jalan Doraisamy yang terkenal bagi penggemar sup terutama bagi orang lelaki.  Suami pernah bawa akak makan sekali kat situ tu pun dah lama dah.
Bila jumpa resepi ni terus buat..resepinya akak ambil dari blog Raihan dan beliau jumpa kat blog Otai Chef.  Yang lain akak ikut cuma part akhir akak tak ikut sebab tak nak sup tu jadi pekat sebab anak nak makan dengan bihun.

Bahan-bahan: (anggaran hidangan untuk 5 orang)
  • 1 kg tulang yang ada daging- boleh juga guna tulang rusuk/rawan
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 6 biji buah keras ditumbuk halus-tak letak
  • 8 biji bawang merah dikisar
  • 1/2 inci halia diketuk
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 1 batang kulit kayu manis*
  • 6 kuntum bunga cengkih* rempah tumis
  • 3 kuntum bunga lawang*
  • 4 biji kentang dibuang kulit-dipotong 6
  • 2 batang seleri dipotong anggaran 1 ini panjang
  • garam dan lada hitam secukup rasa
  • ***Ikut Aan tambah sebji tomato dibelah 8
Cara membuatnya:
1. Rebus tulang dan daging sehingga empuk. Jika menggunakan periuk tekanan, tulang direneh anggaran 1 jam. Jika menggunakan periuk biasa, reneh(didihkan daging dengan api perlahan dan periuk bertutup) selama 2-3 jam.
 
2. Masukkan kentang dan seleri ke dalam periuk rebusan dan biar empuk. (tak buat part yang ini..akak biarkan ajer kentang dan saderi macam tu ajer)Setelah kentang lembut, keluarkan kentang dan seleri dan kisar halus bersama sedikit air rebusan. Masukkan semula ke dalam periuk rebusan.

3. Di dalam kuali lain, tumis bawang merah, putih, halia dan rempah ratus hingga wangi... (kalau nak tahu, baunya memang wangi dan membuka selera). Kemudian masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi hingga terbit minyak. Masukkan buah keras dan kacau seketika. Masukkan tumisan rempah tadi ke dalam periuk sup. 

4. Masukkan garam, tomato dan lada hitam kisar secukupnya. Biar mereneh hingga sup agak pekat.(tak tunggu pekat) Taburkan daun sup dan bawang dan sedia dihidang bersam nasi putih atau roti sandwic...

10 ulasan:

  1. oooo...diaorg guna rempah kurma jer, xcampur ngan rempah sup yer...nnt Liza nk try laa..sup ni mmg pemes kan kak...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum akak...
    suka nya ngan sup tulang... resipi nie sedikit lain kan.. menarik.. boleh masuk list dulu

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Kak Ina

    masih ada lagi kedai sop di doraisamy tu....

    SELAMAT BERPUASA

    Wassalam

    BalasPadam
  4. mmg sedap..feveret saya...
    saya lak baru je publish n3 pasal sup gearbox...hehe..

    salam kenal kak..

    BalasPadam
  5. Salam kak ina, sabtu lepas gi rumah pegawai malaysia kat sini, buka kat umah dia. ada bubur sup tulang tapi ada bihun. taktau apa nama resipi dia. Kak, ada resipi nasi arab tak?hehehe

    BalasPadam
  6. salam singgah... wahh da lama tak gi dorai pekena sup kambeng. ermmmmphhh *sambil terbayang hangat menghirup sup - eh pose laaa*

    saya pun suke buat sup dorai. mmg taruk rempah kurma. sedap. makan dgn roti. plan nak jamu tetamu malam raya yg datang takbir kat rumah. sempoii kan... tak la tetamu muak, 20 buah rumah pegi sure makan sama je -nasik impit dgn rendang. so kita buat lain dr yg lain.....hehehhe

    BalasPadam
  7. ooooo,gini ye resipinya terima ksh kak

    mesti meletops ;)

    BalasPadam
  8. mak ngan ayah deqlis laa hantu makan sup tulang nie... deqlis makan kuah jer..sebb tak suka daging aka tulang pun hehe..

    BalasPadam
  9. menarik sungguh gambar sup tu. ini kalau org ade drh tinggi tkleh makan byk2 ni.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers