OOO

Jumaat, September 30, 2011

Di Picit, Di Raba dan Dibelai Di Jemari Spa & Beauty House

Bila baca tajuk jangan otak kuning yer.  

Akak yang tak kerja ni pun nak gak berspa, sape kata jadi suri rumah duk lepak ajer.  Penat gak tau cam orang gi kerja.  Bila dapat peluang ke sini wah terasa gembira rasa dihati.

Terima kasih CikLily  yang ajak kami merelaxkan diri kat Jemari Spa and Beauty House di Danau Kota.  Tempat spa ni tak jauh dari umah akak jadi senanglah nak pergi. Kalau gi jejauh rasa tak berbaloi, minyak kan dah mahal terutama kalau bawa keta kuat makan minyak, dengan jalan jem lagi.
Selain dari Lily, Amy pun join gak , anak dia taklah , budak-budak mana boleh masuk kat tempat bilik rawatan kan.
Bila masuk ke bilik rawatan memang terasa tak sabar nak memulakannya rawatan di sini. Bunyi air yang mengalir amat menenangkan diri dengan cahaya yang samar-samar.  Memang boleh terlolap ni.
kredit picture : FB  JEMARI SPA
(malas nak translate) hydrating facial and eye treatment that helps lighten and even out your skin tone, making your face glow bright and natural. This facial includes:
1) Cleanse with cleansing milk
2) Double cleanse with radiant white foam
3) Whitening scrub mask
4) Extraction
5) Pressure point massage
6) Lymphatic drainage massage
7) Face massage
8) Eye Cucumber Treatment
9) Whitening mask
10) Shoulder massage
11) Chinese Tea (Longjing tea)
Brightening Hydro Facial Spa-seronok ooo bila muka dipicit, di raba dan di belai..agak lama juga treatment ni sampai nak terlelap dibuatnya.

Eye Treatment-rasa sejuk bila cebisan timun di letakkan di kedua belah mata

Volcano Stone Back Massage-ingatkan panas sangat sampai warning dulu takut kulit tercedera, rupanya taklah macam tu..baik untuk pengaliran darah

Manicure (Cuticle Treatment + Shaping + Filing; DOES NOT include coloring)-sementara tunggu mask kering, rasa seronok bila kuku tangan di belai.

 Setelah selesai kami di beri penerangan tentang pakej yang ditawarkan.
 Seriusnya muka akak kan...biasalah dah air muka macamni. 
Terpulang kepada diri sendiri..kalau tak nak tak per
Mereka ni memang berpengalaman..yang syoknya boleh bebas tak bertudung kat sini.  Tak orang lelaki kat dalam bilik rawatan. 
 
Rasa cam nak ambil pakej yang ni..boleh bayar 2 kali pulak tu.  Apa lagi jomlah kita merelaxkan diri kat sini setelah puas bertungkus lumus mencari rezeki.  Bagi pula reward kat diri sendiri.

Seronok tak bila baca kisah akak berspa di sini. Jomlah gi ke sini yer. 
Jemari Spa and Beauty House (sebelah Restoren Siti Zubaidah)

No. 4A, Jalan 7/23E, Taman Danau Kota, Setapak,
Kuala Lumpur 53300
Malaysia
Phone: +603 4024 0424

Oh yer kat   http://milkadeal.com/ ada tawaran hebat kalau nak berspa ke sini, cuma RM39.00 sahaja..hari ni last tau, cepat gi rebut tawaran tersebut.  

Nak masuk web ni kena register dulu tau. Kat sini macam-macam offer ada, rugi kalau tak tenguk. 

p/s ada 2 lagi voucher miladeal  tak guna lagi ni. 

7 ulasan:

  1. uiksss...sngt best deal ni...dah lama tak pegi spa/salon..nak curi masa yg payah sket ni...

    BalasPadam
  2. Kita panggil 'tido berbayar' kalau gi spa atau facial hihi.. best!

    BalasPadam
  3. best nya!!xpenah perasan pulak ade spa best kat situ hehe

    jeles2

    BalasPadam
  4. bestkan skali skala manjakan diri camni, rs ringan badan

    BalasPadam
  5. memang kalau ditengok pakej spa milkadeal memang murah giler....kena pandai cari masa jee...

    BalasPadam
  6. mmg kelakau tgk muka akak serius. bagi mesej body language,"x yahler promo. aku kata x nak, x nak lerr...!"...ehehehhe

    BalasPadam
  7. ish.. tak bleh jadi ni..tak sabarnya nak pergi spa yang mat tiger bagi tu!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers