OOO

Ahad, Oktober 09, 2011

Apakah Dia Rempah Cajun ?(Mesti Tonton MasterChef Malaysia di Astro Ria 104)

Alahai rasa cam chef masakanlah pulak.  Ada yang bertanya camner rupanya rempah cajun.  Walaupun akak ni bukannya terror pasal rempah ratus ni tapi akak taulah serba sedikit tentang cajun ni.  

Brand Mc Cormick ni omputih punya..kat GIANT ataupun C4 ada brand lain.  Harga kat sini memang agak mahal sikit.  Kalau tau kedai bakeri boleh beli kat situ lagi murah tapi mereka masukkan dalam peket kecik.  Akak selalu beli kat Bagus ataupun kedai bakeri di Seri Gombak.

 
Rempah cajun ni kita boleh beli di pasaraya besar di bahagian rempah yang jual rempah kari,rempah kurma, kiub ayam maggi dan sewaktu dengannya.  Kegunaanya untuk perap daging, ayam, sotong, udang ataupun tahu selalunya buat masakan cara bakar ala-ala bbq.  

Senang sikit guna rempah ni, semua dah lengkap cuma tambah gula/madu, sos tiram sikit, pastu perap dalam peti ais dalam 2-3 (semalaman lagi best) pastu bolehlah di bakar.

 Kalau rajin bolehlah buat sendiri yer. Resepi ni akak ambil di http://allrecipes.com.

Ingredients

  • 2 teaspoons salt
  • 2 teaspoons garlic powder
  • 2 1/2 teaspoons paprika
  • 1 teaspoon ground black pepper
  • 1 teaspoon onion powder
  • 1 teaspoon cayenne pepper
  • 1 1/4 teaspoons dried oregano
  • 1 1/4 teaspoons dried thyme
  • 1/2 teaspoon red pepper flakes (optional)

Directions

  1. Stir together salt, garlic powder, paprika, black pepper, onion powder, cayenne pepper, oregano, thyme, and red pepper flakes until evenly blended. Store in an airtight container. 
p/s Akak tak rajin buat aaaa..baik beli sebab bahan tu semua mahal lah kat sini. 


Okeylah..akak nak war-warkan tentang MasterChef Malaysia pulak.


Dikenali sebagai MasterChef Malaysia, ia merupakan sebuah rancangan realiti TV yang berbentuk masakan dan bertujuan untuk mencari jurumasak atau lebih sinonim dengan panggilan chef yang diterbitkan oleh Astro.


Ia merupakan sebuah rancangan yang telah bermula di Australia pada tahun 2009 dan telah mengukir sejarah yang tersendiri apabila mencatatkan jumlah penonton tertinggi di negara tersebut untuk rancangan bukan sukan dengan jumlah empat juta penonton.


Melihat kepada sambutan penonton yang diraih di negara berkenaan, fenomena hebat tersebut diteruskan lagi MasterChef UK yang telah disiarkan di 145 buah negara. Turut menjadi perhatian adalah MasterChef US dan MasterChef France.


Astro Ria Saluran 104  bakal menayangkan sebuah rancangan yang sememangnya sangat dinantikan oleh rakyat Malaysia dan ianya akan menjadi fenomena hebat di seluruh Malaysia.

Sebanyak enam program ditayangkan selama seminggu iaitu Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa (Sabtu), Ujian Sajian Pantas dan Penyingkiran (Ahad), Cabaran Chef Selebriti (Isnin), Cabaran Sajian Luar (Selasa), Penyingkiran (Rabu) dan Kuliah Master (Jumaat).
Program title – MasterChef Malaysia

  • MasterChef Program Information - MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
  • Program Channel – Astro Ria (Channel 104)
 
Jangan lupa tarikh MasterChef Malaysia yang akan bermula 22hb. Oktober 2011 yer.

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    baru tahu rempah ni....
    sebelum ni tak perasan pun

    Wassalam

    BalasPadam
  2. eh.. untuk perap ayam yek? boleh try lah nanti.. nak pi carik..

    BalasPadam
  3. selama ni buat manual jer kak.. hihi

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...