OOO

Jumaat, Oktober 14, 2011

Astro Tampilkan Barisan Chef Profesional Sebagai Juri MasterChef Malaysia

Joe Bastianich, Gordon Ramsaydan Graham Elliot Bowles Juri MasterChef US Musim Pertama dan Ke 2.
Gordon Ramsay memang terkenal kerana suka mengeluarkan kritikan yang pedas.  Kadang-kadang rasa cam nak cili mulut dia tapi kan dia adalah Chef yang fofolur di dunia masakan di seluruh dunia. Sape yang minat dengan rancangan masakan di Astro  mesti kenal dengan beliau ni kan.

Jo terkenal chef yang kuat maki hamun peserta..kadang-kadang akak geram bila tenguk dia buat camtu.

Chef yang banyak bagi pujian tapi jika marah dia kan diam sahaja.

Okey tu juri MasterChef US kan, sudah tentu lain dari segi budi bahasa dan perkataan yang di keluarkan.

Siapa pula ek juri-juri bagi Program MasterChef Malaysia akan di tayangkan di Astro Ria 104 bermula 22hb. Oktober ini?

 credit picture : google
Inilah dia  barisan chef profesional yang di lantik menjadi  Juri MasterChef Malaysia demi memastikan MasterChef Malaysia setara hebatnya dengan program francais sebelum ini.
Mereka adalah Mohd Nadzri Redzuawan (Chef Riz), 29, Moh Johari Edrus (Chef Jo), 55, Zubir Md. Zain (Chef Zubir), 45, Yahaya Hassan (Chef Yahaya), 49 dan Priya Menon (Chef Priya), 53.
Chef profesional sebagai juri yang bukan saja akan menilai keupayaan dan perkembangan peserta, malah bertindak mengemudi rancangan ini.
gambar kredit google
MasterChef Malaysia, rancangan yang bakal mencetuskan fenomena sebagaimana Akademi Fantasia, bakal bersiaran pada 22 Oktober ini di Astro Ria (saluran 104) dan MasterClass (Kuliah Master) di STAR World (saluran 711) bermula 27 Oktober.

Kita tenguk nanti,adakah ada di antara juri-juri  MasterChef Malaysia suka mengeluarkan kritikan pedas kepada peserta-peserta  sehingga ada yang mengeluarkan air mata? Agak-agaknya Chef yang mana ek?

Adakah juri-juri MasterChef Malaysia , sehebat juri MasterCafe USA dan Australia?  

Adakah Program MasterChef Malaysia akan menjadi satu fenomena di seluruh Malaysia?

Kita tunggu siarannya nanti yer
Sebelum lupa, jangan lupa saksikan rancangan realiti tv terbaru, MasterChef Malaysia yang akan bersiaran pada 22 Oktober 2011.

Saksikan MasterChef Malaysia setiap Sabtu-Rabu,9.00pm. Kelas Master setiap Jumaat,9.00pm di Astro Ria (Channel 104)


- Official Site URL – http://www.astro.com.my/portal/Master-Chef/

- Facebook Page Link- http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia

- Twitter Link– www.twitter.com/MasterChefMY

3 ulasan:

  1. Chef JO tu memang selalu kuar tv dan dia memang terkenal. Suka tengok dia ajar masak. Lupa apa nama program tu dulu.

    Tak sabar nak tengok MasterChef Msia ni. Sebab MasterChef US tu pun tak pernah miss!

    *Chef Priya yg pompuan tu kat tepi tu eh? Muda nyaa nampak tapi umor dah 53?

    BalasPadam
  2. rasanyer chef2 kebanggaan kiter tuhlaa x laaa sekurang ajo mcm omputih2 tuh kots. kiter kan ker kaya budi bahasa. chef priya dah biasa tgk kt AFC n mmg seorang yg sgt kreatif n pro...

    BalasPadam
  3. otai2 jugak juri masterchef ni...mesti mcm2 komen ada nnt..:)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...