OOO

Sabtu, Oktober 01, 2011

Bengkel Di Janda Baik Pahang

Pagi Sabtu lepas dengan gigihnya akak bersama anak dalam pukul 7.00 pagi ke Petaling Jaya dan dek sebab semangat berkobar-kobar  akaklah peserta pertama yang sampai kat sini sebab takut tersesat.  

Ambil hb kat hospital terus ke PJ..Tau ajerlah jalan kat pj tu camner..nasib baiklah ada geng yang bagi tau camner nak gi ke situ. Hb, Firdaus dan Imran tak tunggu pun terus zoommm ke Shah Alam.  Tak lama kemudian sorang demi sorang peserta sampai.
Kami semua ni nak gi ke Janda Baik, ramai tau ada 2 bas yang disediakan.  Janda Baik bukannya jauh ..dekat ajer lebih kurang 1 perjalanan dari PJ.  

Akak duk dengan si madam ni.  Konon nak tidur dalam bas sampai ke sudah ashiklah pot pet pot pet akhirnya sampai ke destinasi tak gak tidur.
 Alam Rimba memang secantik tempatnya.  Dari jalan besar bas tak leh masuk terpaksalah naik 2 keta yang di angkut bergilir-gilir.  Ada gak yang jalan kaki ke sini.  Akak tak larat dan akaklah peserta pertama naik keta bersama madam dan 2 orang yang lain.
Aduhai tak leh tahan tenguk sungai depan Alam Rimba ni.  Rasa nak terjun ajer kat dalam.  Ingatkan bolehlah mandi manda sampai ke akhir bengkel kami tak merasa kesejukkan air sungai kat sini sebab jadual padat sungguh.


Nanti kalau ada umur dan rezeki nak bawa family mandi manda kat sini.
Tak ada orang lagi..apa lagi posing jangan tak posing
Dari dalam bus lagi akak dan madam dah sibuk kata perut lapar..harap-harap adalah makanan berat.  Alhamdulliah kenyang perut makan nasi lemak dan lontong berserta kueh lompang yang sedap sungguh dan kueh koci.
Oh yer kami ke sini sebab menghadiri bengkel satu hari dari pagi hingga petang yang dianjurkan oleh Her World Magazine from Blue Inc Media.  

Workshop ni sebenarnya nak bagi penerangan tentang Program Vaksinasi HPV untuk Remaja yang di namakan Create Memories With Mum yang telah disokong oleh MMA (Persatuan Perubatan Malaysia) HPV untuk .

Tujuan bengkel ini adalah untuk menyampaikan ilmu dan kesedaran kepada ibu-ibu dan anak-anak perempuan mereka kepada risiko Kanser Pangkal Rahim dan bagaimana ia boleh dicegah.  Seramai 30 pasangan ibu dan anak perempuan menghadiri bengkel sehari suntuk ini.

Lepas makan minum kami di beri penerangan tentang acara Treasure Hunt.  Dibahagikan kepada 5 kumpulan.
Akak, ceeramoon dan viruspadu dalam satu kumpulan iaitu kumpulan biru. Akak rasa excited sebab tak pernah join treasure hunt.
Cantik sungguh pemandangan kat Alam Rimba Janda Baik ni tapi sayang tempat ni cuma untuk seminar sahaja..nak bercuti tak leh.  Ingatkan pancit tak leh join Treasure Hunt , alhamdulliah sampai habis masa yang di berikan akak berjaya dalam kumpulan.
Masing-masing sibuk cari clue menerusi hp masing.  Ada lebih kurang 10 kot tugasan yang perlu di selesaikan.
Salah satu tugasan...agak lama kumpulan kami memikirkan camnr nak buat.
Mencari clue sampai kat tepi sungai..nasib baik tak tercebur
Salah seorang peserta terkena gigitan sampai bengkak tangan..tak taulah kena  gigit dek apa..nasib baik ada first aid box.
Lepas lepak kejap kami berkumpul nak dengar penerangan tentang Kanser Pangkal Rahim oleh Dr. Yap.  Selepas tu kami makan tengahari dan berehat dalam 1 jam.

Sempatlah akak bertukar baju sebab berpeluh masa games treasure hunt.
Pastu dah lepak kitaorang berkumpul lagi nak tenguk  demo dan pengenalan produk Origins. Best betul dapat di raba-raba dan di belai kan terutama di waktu petang selepas baru makan. Tentu rasa nak terlolop

Orang pempuan dan make up tak dapat di pisahkan, salah seorang anak peserta telah dipilih menjadi model untuk solekan siang dan malam..fuhh lama gak nak bermake up rupanya..banyak sangat step..nasib baiklah akak jarang ber make up
Macam biasalahkah kalau gi kursus ataupun bengkel memang banyak makanan yang di sediakan. Makan lagi..laksa dan bubur pulut hitam yang sodap..puas hati dengan makanan yang dihidangkan.  Semua sodap-sodap bobonar.
Pastu kami di beri peluang menggunakan produk origin dengan tunjuk ajar dari orang origin sendiri....ashiklah tergelak-gelak.  Rasa happy sebab boleh guna macam-macam.  Beli...idaklah kot..mahal weiii..tak mampulah.
Nadia, tengah di solek..akak tak minatlah nak bersolek hari tu..tak ada mood
Kita orang ashiklah snap sana snap sini...tak sempat beraksi dan di snap dek madam..  kredit picture madamandoq
 Antara bloggers yang hadir..semua cun melecun..akak idaklah
eh ceh cehhhh cam modellah pulak
Akhirnya kumpulan kuning (madamondoq dalam kumpulan ni) berjaya memenangi tempat pertama.  Syoklah madam sebab dia menang suka dapat alat solek bernilai RM250 dari Victora Jackson
Kumpulan akak dapat tempat terakhir...sedih uuu tapi tak per..sebab kami 
dapat ilmu dan pengalaman yang berguna di sini

Sebelum pulang bloggers dan Yuen (staff Nuffnang) bergambar bersama.  Macam-macam gaya ada kan mak-mak vogue ni. 

Nuffnang dan majallah Her World ....terima kasih sudi invite kami.  Kami memang happy walaupun seharian di sini.

Akak jumpa balik si FoxyFarra yang dah lama tak jumpa, Ladynoe. dan ShilaShower yang tinggi tu.  Puas hati dapat join bengkel ni walaupun sehari suntuk.

Akak turun lepas tol Karak sebab rasa tak berbaloi nak ke Petaling Jaya semula.  Balik umah lepas makan, sempat tgk blog dan terus pengsan.

Oh yer..ada special N3 pasal event ni tapi gambar lain yer..tu berbayar punya tau pasal vaksin HPV.  Korang rajinlah komen nanti yer.

p/s nak duit tak..joinlah milo can next games (klik kat sini)

14 ulasan:

  1. bestnya dapat join bengkel macam nih. rasa macam katak bawah tempurung lak saya. takde pun join benda2 macam ni

    BalasPadam
  2. meriahnya

    building dia cantik.. mcm kat bali la pulak :)

    BalasPadam
  3. sejuk nyaman je rasa
    tgk air sungai
    baru ari sabtu lepas plan ngan kwn2 nak g sini

    BalasPadam
  4. Waaa, sudah up entry dr otai blogger yg sorang ni. Best!

    tetiba rasa malu tgk gamba sendiri yg over tu *tutup muka* hehehe. BTW,
    nice knowing u kak Ina! would love to meet u again :)

    BalasPadam
  5. Salam kenal Kak Ina.

    sukanya tengok gmabar-gambar yang besar dan sharp macam ni...

    BalasPadam
  6. bestnyer..... mesti sejuk air sungai tu....

    BalasPadam
  7. A'a kn,walaupun penat tp enjoy sgt specially dpt hang out with all blogger mommies,:)
    Semoga dpt join activity mcm ni lg.

    *over plak sy posing,malu aiii*

    BalasPadam
  8. Salam Kak Ina...
    Wah, bestnya join even bersama blogger gojes... ;)

    BalasPadam
  9. wahhh kak ina, makin vouge akak sekarang.... i likeeeee

    BalasPadam
  10. whoaaa.... sume2x HOT MAMA termasuk la akak....

    BalasPadam
  11. mananyer akak x cun. cun bkn psl pakai mekap jer, kak. hati yg baik, tulus n telus tuh yg pntng. btuiler kalo mekap tuh kan ker byk step. eden pon x kuaser nk tempek menempek. kalo org minat lainlah. lg 1 yg penting time wshop; mknn yg shedap! br ader mood nk berbengkel kan3?

    BalasPadam
  12. wah.. kuar pun entry yg i tunggu2 ni.. hehe..

    BalasPadam
  13. wahh....bestnya kak..grooming abis la nih..patut la semua cun...akak pun apa kurangnya..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers