OOO

Khamis, Oktober 20, 2011

Kisah Imran

Muhammad Imran...setakat ni anak bongsu kami berdualah.  Kadang-kadang buat kami marah, kadang-kadang buat kami geram dan kadang-kadang jadi penghibur hati.
Masa suami akak duk hospital bulan lepas,  sibuklah dia nak temankan ayah dia..nak tidur kat situ.  Tapi mana boleh sebab hari persekolahan..tak kuasa akak nak berulangalik ke situ.  Jauhlah..dah jalan pepagi kat MRR tu selalu jem teruk.
mula-mula tidur pakai kain pelikat ayah dia
Kebetulan esoknya  hari Jumaat... tak belajar..pihak sekolah ada buat jamuan hari raya.  Puaslah dia pujuk akak nak ponteng sekolah sebab nak tidur gak kat hospital.

Akhirnya terpujuk gak hati akak. Selama ni tak taulah yang kerusi yang akak duk hari-hari  boleh jadikan katil walaupun hb pernah duk kat wad hospital ni sebanyak 3 kali.

Suka hati betul dia dapat tidur kat hospital.  Dengan tak bawak baju salin dan baju sejuk.  Nasib baik hb mintak selimut kat nurse jadi taklah Imran mengigil kesejukan.
Nak tau berapa hari Imran tidur kat sini?  Semalam ajer...sebab Imran kata 
tak boleh tidurlah mak...ashiklah nurse datang tenguk ayah.

Setiap 2 jam nurse akan datang buka lampu sebab nak check bp dan lain-lain.

Baru dia tau betapa tak selesanya tidur dalam wad kat hospital.

 Oklah tu kan..at least dia tunjukkan sikap perihatin kat ayah dia. Tak macam akak ni..sekali pun tak pernah teman hb tidur kat hospital. Teruk ek akak ni.

12 ulasan:

  1. Salam, eh, kenapa ngan suami akak? da OK lum sekarang?

    BalasPadam
  2. salam..sy pun penah gak tidur kat wad utk temankan mak sy yg sakit..ms tu sy tgah final exam, tp nak gak tidur kat situ..bila ingt2 balik time mak sy sakit tu, rasa sedih sgt plak..

    BalasPadam
  3. Baru dia tahu ye Kak? hehehe...

    anak ayah la katakan.

    Tapi jaga orang sakit ni, kalu silap jaga, kita yg menjaga plak yg jatuh sakit...

    BalasPadam
  4. ina..sekurang2nya dia dah tau macam mana rasanya tidur dihospital..

    BalasPadam
  5. pernah juga menjaga arwah abah saya masa dia duk dalam ward di HUSM kira2 17 tahun lepas. masa tuh saya nak exam spm. mama tak boleh nak tunggu di hospital sebab ada adik kecik yang tak sampai umur 2 tahun & masih menyusu. 2 bulan keluar ward, abah menghembuskan nafas terakhir di pangkuan mama. bila terbaca entri akak nie.... kenangan semasa menjaga arwah abah membuat mata saya berkaca.

    BalasPadam
  6. Selalu tidur kat wad kalau mak sakit. Tapi sekarang mak dah ok. lepas masuk wad kali terakhir 5,6 th lepas.

    BalasPadam
  7. kakIna...tak pe la, bukan teruk...tp anak2 kat rumah tak de yg nk tengok/uruskan nanti...hihi....ok kan alasan tu

    *hadiah dah sampai...tqvm :)

    BalasPadam
  8. saya pun rasa serba salah ..sy ingat nak letak sinopsis cara skema je .. tak mo komen pape.. semua org ade pendapat yg sama , lingkup ler movie tu kalau kondem betul2 .. huhuhu

    kak ina tk dpt kad.. huhu sayangnyeeeee

    BalasPadam
  9. kt spital kira tito2 ayam jer psl nk jaga yg sakit kan? tp now jarang bole tunggu kan? ini private bole ler kots...

    BalasPadam
  10. hee ijah pernah duduk dlm hospital and mmg sgt tak best tidur dkt hospital. ahahah. sbb sblm tidur nurse check , bila kita baru nk lena tidur pukul 4...5 pagi nurse dah dtg check balik. stress woo! eheheh.

    BalasPadam
  11. Ada juga pengalaman jaga ayah saya masa dia admit ICU Hospital Kajang...

    BalasPadam
  12. sekurang2 nya dia dah merasai pengalaman tidur kat spital..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers