OOO

Jumaat, Oktober 28, 2011

Merajuklah Pulak

Balik dari sekolah semalam, Imran begitu teruja bagi surat nak gi ke kem cuti sekolah ini.  Akak buat tak derk ajer bila dia pot pet pot pet cerita betapa bestnya jika dapat pegi ke sini.  

Siap bagi no tel ustaz kalau nak tanya apa-apa. Wah mesti ustaz dia cerita macam-macam sampai dia beria-ia nak gi situ. Siap kata kalau main paint ball lawan dengan budak sekolah lainlah..bla..bla..bla..

Bila ayah dia balik dia cepat-cepat bagi borang ni dengan harapan ayah dia benarkan.  Dia pot pet pot pet bercerita tentang hal ni lagi.  Akak kata..
Imran tak yah gilah..risau mak gi tempat camni.

Akak memang tak nak bagi dia pegi sebab rasanya Imran masih kecik lagi dan tak  sesuai nak sertai kem ini. Kem cuti sekolah ni bukan buat kat sekolah tapi kat salah satu tempat  tempat motivasi.

Macam-macam ada di fikiran akak walaupun pernah sekali Imran join perkhemahan  duk sehari semalam dalam khemah di perkarangan sekolah.  Tu tak apalah... sebab ada guru dan ibubapa yang jadi ajk kawal anak murid.

Suami akak suruh Imran pujuk akak agar benarkan dia pergi sebab kata beliau..

Imran kena minta restu dengan mak..tanpa restu mak nanti takut jadi apa-apa kalau mak tak restu.
Terus Imran merajuk sampai tak makan malam.  Terasa kecian pulak bila dia buat perangai camtu..tapi malas nak layan.  Bila bangun pagi tadi dah ok dah.

Kalau adik atau anak anda baru berumur 10 tahun nak gi ke kem ni 3 hari 2 malam kat tempat camtu..korang kasi tak?

8 ulasan:

  1. saya pernah sekali tapi kem sekolah masa die darjah 3. Risau jugak saya tapi ramai kawan sekolah dan anjuran sekolah sendiri. Saya pun OK jer

    BalasPadam
  2. x.cikgu zaman skg nak duit jek.buat ala kadar.

    BalasPadam
  3. mungkin kasi...tapi saya dengan hubby akan ikut sekali menempel kat situ kot...hehehhehe

    BalasPadam
  4. Saya? Oh! No! No! No! Lagilah saya ada tulah tunggal sorang Kak Ina.. Takut soalan 'ex' tak terjawab erkkk!
    Boleh.. tapi bukan sekarang :)


    *Imran sebaya anak saya :)

    BalasPadam
  5. ehhe , Imran tgh nk membesar ni mestilah rasa seronok klu dpt pergi kem mcm ni. hehehe. klu Ijah fikir baik buruk dia semua dulu. ngee.

    BalasPadam
  6. skali pk rasa mcm nk bg tp biler akak post pertanyaan neh, pk 2 kali plaks so x der jwpan ah. risau tuh yg lebey...huhuuhhu

    BalasPadam
  7. Aslmkum Ina

    Sy pun kalau anak nak camping hanya bagi yg sek saja....yg anjuran luar tak beranilah.kalau dah sek men.dah besar ,bolehlah...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...