OOO

Sabtu, Oktober 15, 2011

Pemenang GA MasterChef Malaysia

Terima kasih kepada yang memberi komen mengenai MasterChef Malaysia yang akan di tayangkan di Astro Ria 104 mulai 22hb. Oktober ini.

Seperti mana yang di janjikan 3 pengomen yang terbaik akak menerima RM10.00 setiap orang.  Mereka ialah

saya memang teruja dan tak sabar menunggu siaran MasterChef Malaysia nie sebab nak tengok kebolehan dan kehandalan peserta dari pelbagai latar belakang mempamerkan bakat memasak masing2.

dan rasa teruja tue lagi berganda sebab ini merupakan program julung kali diadakan di Malaysia. selalunya kalau program realiti masakan yang ditayangkan di tv datang dari luar negara. dan kali ini orang Malaysia sendiri berpeluang terlibat dalam program seumpama itu. 

Saya memang teruja kerana MasterChef Malaysia merupakan sebuah program realiti masakan yang memberikan inspirasi dan peluang kepada chef baru mencungkil bakat mereka dalam bidang masakan dan dilatih oleh mereka yang berpengalaman dalam dunia masakan. Selain daripada itu dengan menontonnya memberi saya sedikit sebanyak ilmu kulnari dan penyediaan resepi2 yang enak untuk disediakan buat hidangan keluarga tersayang. 

MasterChef Malaysia akan menjadi satu lagi rancangan realiti yang bakal memberikan suatu tontonan kepada semua lapisan masyarakat walaupun ianya ditiru dari rancangan realiti dari Barat.

Secara tidak langsung, bidang memasak sudah masuk ke satu tahap lagi di mana orang akan melihat berada di dapur bukan lagi bidang yang leceh atau low class dengan menggunakan perkataan “ceruk dapur” sebaliknya menjadi bidang yang sangat profesional dan menjana ekonomi.

Sudah tentu juga, hal sampingan seperti karenah juri dan drama belakang tabir antara peserta samada sengaja atau tidak disengajakan, akan turut disajikan nanti bagi menarik perhatian penonton. 

Tahniah buat pemenang dan bagi yang tidak berjaya jangan putus asa yer..insyallah jika ada rezeki dan umur akak buat contest lagi yer.

Pemenang bolehlah hantar butir-butir diri bersama no telipon di roslana_06@yahoo.com.my

7 ulasan:

  1. tak perasan ada GA..hihihi

    tahniah pada pemenang2!

    BalasPadam
  2. Tahniah kepada semua pemenang... Teruskan perjuangan Kak ina untuk hadiah BUzz tu..

    BalasPadam
  3. Tahniah pada yang menang....

    BalasPadam
  4. tahniah buat semua pemenang, tak sempat saya nak join xD

    BalasPadam
  5. baru sempat email kak ina...maaf terlambat yea

    BalasPadam
  6. syukran.....thanks akak sebab inform kat blog...suke suke

    BalasPadam
  7. Syukur!

    Terimakasih Kak INA!!!!! Thanks.

    Tak sangka lak saya menang salah satu hadiah.

    Saya dah komen, pastu terlupa. Mujur Akak ada bagitau di blog saya.

    Thanks!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers