OOO

Rabu, Oktober 12, 2011

Pilih Kasih Musim Ke 3

 Iqbal atau nama sebenarnya Muhammad Iqbal Mazlan, 20 (Iqbal Mazlan) dinobatkan sebagai juara ‘Pilih Kasih’ musim pertama
Livonia Ricky Guing   Juara Pilih Kasih Musim Kedua.
Pilih Kasih Musim K3 meneruskan kesinambungan mencari lebih ramai pelakon berwibawa yang di jangka lebih kompetitif bermula 22hb. Oktober 2011.

Hari Isnin  lepas telah berlangsung majlis Press Conference PK3 yang berlangsung di Holiday Villa Subang.  Ramai tau artis-artis Pilih Kasih  Musim 1 dan 2 yang turut hadir termasuk  geng2 blogger, wartawan, penaja utama TM dan penerbit bersama RTM.
 Dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Telekom Malaysia Berhad (TM) selaku penaja utama juga semakin menyinar ruang di persada seni apabila wajah mereka kerap menghiasi layar kaca.

Orang kuat merangkap Penerbitnya, Rosyam Nor mengakui bahawa kepercayaan pihak penaja utama, TM, yang menunjukkan sokongan padu untuk tiga musim Pilih Kasih berturut-turut merupakan sesuatu yang sangat mengharukan seluruh produksinya.

“Kepercayaan dua pihak, terutamanya RTM selaku penyiar rasmi dan tidak ketinggalan TM sebagai penaja utama, amat kami hargai kerana mereka membuka ruang dalam membantu melahirkan ramai bakat muda berpotensi yang secara tidak langsung menjadi pemangkin terhadap industri penyiaran dan perfileman negara untuk masa akan datang.

“Demi kelancaran program dan sejajar perkembangan semasa, TM dan Suhan bersetuju untuk berganding bahu bagi merealisasikan konsep Alam Digital untuk musim ini. Bermula sebelum sesi uji bakat, para calon dan orang ramai boleh mengetahui pelbagai maklumat tentang Pilih Kasih termasuk tarikh dan lokasi ujibakat, malah, boleh memuat turun skrip uji bakat sebagai persediaan awal di portal gaya hidup TM, EveryoneConnects di www.everyoneconnects.net

Selain daripada itu, lain-lain kandungan berkaitan PK3 yang terdapat di laman portal EveryoneConnects ialah profil dan biodata juri serta finalis PK3, klip-klip video dan gambar belakang tabir semasa sesi uji bakat dan pentas pemilihan, siaran ulangan episod-episod PK3 secara ekslusif di ruangan Sini Maa serta wallpaper yang boleh dimuat turun.  Sementara itu, peminat juga boleh menyertai peraduan untuk peluang memenangi pelbagai hadiah hebat.”
 Menandatangani perjanjian bersama RTM dan TM
 Wakil TM (penaja bersama), Rosyam Nor dan Wakil RTM (penerbit bersama)
Keterampilan 2 tunjang di sebalik program berkenaan iaitu sutradara tersohor, Erma Fatima yang dipertanggungjawabkan pada tahun ini sebagai pengarah drama dan juga teater muzikal manakala Hamzah Tahir bertindak sebagai pengarah monolog. Selain itu, juri tetap yang akan mengikuti dan mengkritik persembahan para peserta masih dikekalkan iaitu pelakon dan pengarah teater terkenal Fauziah Nawi dan Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah.
Press Conference PK3 bersama Erra Fazira, Umie Aida, Fauziah Nawi, Erma Fatima, Hamzah Tahir, TM (penaja utama) dan RTM (penerbit bersama).(kredit picture suhanmovies)

Bagi yang berminat untuk menyertai ujibakat PK3, ni adalah syarat-syaratnya:
1) Berumur 18tahun ke atas
2) Warganeragara Malaysia
3) Berbakat dalam bidang lakonan

Pada sesiapa yang berminat, bolehlah menghadirkan diri pada sesi ujibakat PK3 seperti yang telah dijadualkan di setiap lokasi berhampiran anda. Andakah pelakon yang kami cari???

Kepada sesiapa yang berbakat dan ingin mencuba, bolehlah rujuk tarikh dan lokasi untuk ujibakat musim terbaru ye..don't miss it!


UJIBAKAT 1
Tarikh: 22 & 23 Oktober 2011
Lokasi: Summit Mall, Batu Pahat Johor


UJIBAKAT 2
Tarikh: 29 & 30 Oktober 2011
Lokasi: AEON Bukit Tinggi, Klang


UJIBAKAT 3
Tarikh: 12 & 13 November 2011
Lokasi: Mesra Mall, Kerteh, Terengganu


UJIBAKAT 4
Tarikh: 19 & 20 November 2011
Lokasi: SP Central Square, Sungai Petani, Kedah


UJIBAKAT 5
Tarikh: 26 & 27 November 2011
Lokasi: Central Point Palm Square, Kota Kinabalu, Sabah


UJIBAKAT 6
Tarikh: 3 & 4 Disember 2011
Lokasi: Bintang Megamall, Miri, Sarawak


UJIBAKAT 7
Tarikh: 10 & 11 Disember 2011
Lokasi: KL Sentral, Kuala Lumpur



Datanglah beramai-ramai! =)

Seperti dua musim terdahulu, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang Negeri Sembilan sekali lagi menjadi medan tumpuan ramai apabila Pentas Mingguan Pilih Kasih berlangsung di lokasi ini sepanjang 11 minggu.

Bagi penonton setia yang ingin menyaksikan langkah serta gelagat peserta dalam Pilih Kasih 3, jangan ketinggalan mengikuti saluran TV2 pada setiap Ahad, jam 9 hingga 9.30 malam, bermula 20 November ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...