OOO

Ad

Selasa, Oktober 11, 2011

Poco-Poco Eggs (Poached Egg) Blogger MasterChef@MasterChef Malaysia Astro Ria 104

Akak sajer ajer panggil poached egg ni poco-poco egg sebab salah satu yang menunjukkan pouched egg tu jadi, bila  di usik tang kuning telur ia akan bergegar dan bila kuning telur bila di pecahkah ianya masih lagi mengalir. 
Bangun pagi makan kueh cara
Minum pula dengan teh cina
Blogger yang hadir merasa gembira
Sempat bergambar bersama-sama
Jumpa hantu pontianak di pagi buta
terkencing-kencing sambil mengigil
tengah berborak kami di panggil

Nak kena buat Skill Test pula

Pergi ke pasaraya nak beli dadih
Dahih dibeli bersama gula
Panaskan air hingga mendidih
lepas mendidih masukkan cuka
 Siapkan telur di dalam bekas rata
Campurkan  juga sedikit cuka
Kacau air laju-laju sehingga merata
Masukkan telur kedalam air dengan segera
 Tibalah pula giliran peserta
Bila dah buat baru rasa pelik
Sampai 2 biji telur di cuba
Ashiklah pecah kuning bila dibalik
 Ashik-ashik makan apam balik
Apam di beli di pasar malam
 Lemah lembut kena di balik
Kalau tidak pecahlah isi di dalam
 Macam-macam teknik telah di cuba
Akhirnya jadi juga bila telur ke tiga
Barulah hati merasa lega
Bila tak jadi rasa kecewa
 Bila dah masak kenalah hias
Nanti tak menarik di mata juri
posing-posing tak habis-habis
Sebelum pergi mengadap juri
 Hari-hari makan nasi beriani
 Nasi di makan bersama ayam tandori
Walaupun satu sahaja yang menjadi
Akak dapat 8/10 markah di beri

Mungkinkah  peserta-peserta MasterCafe Malaysia kena juga buat skill test macam yang kami buat ni?  
Kalau nak tau kenalah tenguk MasterChef Malaysia yang akan bersiaran pada
 Program title – MasterChef Malaysia
  • MasterChef Program Information - MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
  • Program Channel – Astro Ria (Channel 104)


Kredit picture : CikLily Putih 


10 ulasan:

  1. wahhh...
    planning nk buat scramble egg..tapi buat poco2 egg ni bagus gak ni..hehe
    ops,rumah ni takdo cuka ):

    kak ina, kiranya, letak cuka sikit, jangan kacau eh adunan tu?? then terus masuk dalam air mendidih ke macam mana tu??

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Ina

    buat telor mata shj yg saya tahu...he he

    Wassalam

    BalasPadam
  3. bila nampak poached egg nie sure ingat masterchef kan....

    BalasPadam
  4. wah,. kak ina tunjuk skill berpantun lah pulaaak..

    BalasPadam
  5. amboi akak tambah glemer la ye lepas nih.....

    BalasPadam
  6. ooo kena tambah cuka dalam air tu erk? kiranya ni telur rebus la kan, bukan telur goreng?

    BalasPadam
  7. tak berani masuk masterchef..huhuhuhu

    BalasPadam
  8. telur mata kerbau je tau. suka makan yg kuningnya yg cair tuh, mesti sedapkan kak.

    BalasPadam
  9. mmg nama dia poco2 egg eh?
    selalunya telur camni org panggil egg benedict. tp egg benedict slalu diserve dgn hollaindaise sauce. tp saya kalau buat egg benedict xserve ngan sauce tu sbb sauce tu dibuat drpd telur mentah yg dikucai. huhu. slalunya serve toppingnya dgn cheese je plus grinded pepper

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers