OOO

Rabu, Oktober 26, 2011

RADO STAR PRIZE MALAYSIA 2911 CATAT SEJARAH

Rado Star Prize Malaysia 2011 telah berlangsung di Ruang Legar KLCC Kuala Lumpur pada  24 Oktober 2011 yang lalu,

Terima kasih kepada Encik Choon Pengarah C Creative Communication yang sudi menjemput akak ke event yang menarik ini.
‘Five shining gems, one true star! Mungkin pepatah ini harus ditukar menjadi ‘Five shining gems, two winning stars’! Rado Star Prize Malaysia 2011, pertandingan rekaan yang menyanjung karya seni inovatif oleh pereka muda kreatif di Malaysia, telah berkesudahan ke  peringkat  akhir di mana dua pemenang telah diumumkan di khalayak ramai di Ruang Legar Suria KLCC.

Nak tau sape pemenang tu..baca sampai habis yer
Semua tetamu jemputan telah di beri peluang untuk memenangi 2 utas jam RADO dalam acara lucky draw.  Kenalah isi nama kat dalam kad ni dulu. (tak dak rezeki aaaa)
Lepas tu letakkan kad di sini sambil  mengundi  hasil kerja lapan corak tali leher yang telah di senarai pendek dalam satu pertandingan untuk orang awam bertajuk 'Colour My Tie' di sepanjang pameran 5 hari bermula 20 hingga 24 Oktober 2011. 
Sebelum pengumuman pemenang, ada fashion show jam Rado. Koleksi jam terbaru Rado iaitu Rado True Thinline dan Rado Star.
Aduhai..geram tenguk jam ek..bukan tenguk modellah.

 Lawa betullah jam Rado Switzerland
 Selepas itu kami di hiburkan dengan persembahan artistik oleh kumpulan START Society di bawah pimpinan Mr. Philip Wong yang berkongsi Unlimited Spirit beliau dengan mengajar kana-kanak kurang upaya bagaimana memulih dan membina semula keyakinan diri melalui seni dan persembahan.
Penyampaian hadiah kepada kumpulan START Society dan Mr Philip Wong. 
Inilah Top 5 Finalist bagi pertandingan yang menyatukan Dua Rekaan, Kecermelangan dan Inovasi Daripada Pereka Kreatif Malaysia

   INTERACT SERIES
By              : Farina Abdul Ghaffar, 23
Category    : Painting
Materials    : Mixed media, acrylics and oil
Description : “My inspiration comes from my own experiment on dematerialization of form in another medium. The painting depicts the relation that exists between human and nature through visualising artistic beauty to express movement, combined elements and to provide a sense of space.”

 MY JOURNEY
By              : Madiawati Binti Musa, 26
Category    : Illustration
Materials    : Mixed media, Photoshop and acrylics
Description : “Photo manipulation is one way to project your extraordinary idea with unlimited space. Elements of reflection evident in this illustration represent my personal journey. The combination of various iconic objects and places basically forms a story of my own self. For instance, the baby in the boat represents me being born in a boat in Sibu, Sarawak whilst the wandering clouds depict my average lifestyle that has its ups and downs.”

   GO UNLIMITED
By              : Lim Hong Ann, 23
Category    : Sculpture
Materials    : Recycled can rings, glue and hardboard
Description : ‘What you see is what you see’ - Frank Stella. “The concept creates a direct expression from the spontaneity of the free motive movement. Technique wise, I used glue to fix the recycled cans lids together and paste on the hardboard in order to create a pattern that symbolizes the unlimited moment of essence that penetrates the mind and can be shared with others.”

  EMOTIONS
By              : Pavell Tan Wei Teng, 22
Category    : Painting
Materials    : Poster colours, wax and Artline pens
Description : “The relation between Unlimited Spirit and Emotions? Spirit can be mind, consciousness, thoughts, ideology or doctrines but the human brain generates ideas, intellectual achievements and the formation of emotions. It is infinite. I use joy, sadness and shock to show the Unlimited Spirit in my paintings. 
    YOUR AXISMUNDI?
By              : Haris Abadi, 29
Category    : Digital
Materials    : Video mapping on actual objects
Description : “This is a video from the actual 3D mapping projected on a sculptural installation. What is really the 'Centre of the World' now? What is your Axis Mundi? The Internet? Well I'm just questioning the faith of the people today. Do you live in the real world?”

Dengan sebulat suara, Haris Abadi dan Lim Hong Ann telah dipilih sebagai pemenang utama Rado Star Prize Malaysia 2011 bagi karya seni  bertajuk Your AxisMundi? dan Go Unlimited

Hadiah tersebut telah disampaikan oleh En. Bernard Yong, Naib Presiden, Rado Malaysia dan En. Patric Zingg, Naib Presiden Pemasaran, Rado Switzerland.

Pendekatan baru  berinovasi tinggi yang digabungkan dengan kaedah kreatif berserta aplikasi medium baru memberi kelebihan kepada dua pemenang berwawasan ini, sekali  gus mengatasi peserta lain dan muncul sebagai juara bersama dengan merangkul hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 dan seutas jam tangan Rado setiap seorang. 

Hadiah tersebut telah disampaikan oleh En. Bernard Yong, Naib Presiden, Rado Malaysia dan En. Patric Zingg, Naib Presiden Pemasaran, Rado Switzerland. 
 Your AxisMundi? menggunakan teknik video mapping yang ditayangkan pada objek nyata bersama simbol-simbol dunia siber di mana karya ini menyoal perilaku manusia yang terlalu bergantung kepada terhadap penggunaan Internet. 

Manakala, Go Unlimited menggunakan bahan-bahan kitar semula seperti penutup tin kosong untuk membentuk arca yang menyampaikan detik penentuan tidak terbatas. Karya seni mereka ketara berbeza tapi sama bernas dan mempunyai daya tarikan yang cukup menambat hati, hebat sekali. Para juri dan saya tidak ada pilihan lain melainkan memilih kedua-duanya sebagai pemenang,” komen En. Yong. 

Ekoran kemenangan serentak ini, hadiah tempat kedua telah digugurkan dan hadiah ketiga jatuh kepada Pavell Tan untuk karya seninya yang bertajuk Emotions. Beliau  membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000, termasuk seutas jam tangan Rado. 
 Kitaorang yang happy dapat gi event ini.  Jom Zurie dan Cik Lily Putih kita join pertandingan ni yer..jelous dorang dapat duit banyak.
Terima kasih kepada Shahirah dan Sarah Rostam yang send email invitation pada akak..lain kali jemput lagi yer.
 

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    tak pa
    Insyaallah
    lain kali akak pula yg menang..

    Wassalam

    BalasPadam
  2. tuela kena fikir dari sekarang nak wat pe nak masuk tahun depan nya..hehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers