OOO

Khamis, Oktober 20, 2011

Resepi Penang Char Kuey Teow

Sejak dah tau rahsia keenakkan penang char kuey teow akak jarang dah beli kat luar.  Buat sendiri lagi berbaloi...lagipun tak sukalah beli sebab kerang tu tak fresh..macam dah lama.  Hilang kenikmatan makan kuey teow kalau kerang tak sedap.

Pes tu boleh buat banyak dan simpan dalam peti sejuk..akak selalu buat camtu sebab tiap minggu memang buat sebab hb bawak bekal.  Kalau buat pes tu janganlah pekat sangat.  Kadang-kadang akak buh gak pes ni dalam mee goreng. Akak tak letak udang kali ni.

Dah pernah tepek dah tapi akak tepek lagi sekali.  Resepi dari member myresepi che'iza yang duk kat utara.


Bahan-bahan
Untuk Paste
  • 200 gm udang
  • 250ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil  kicap pekat
  • 3 sudu besar  kicap manis
  • 1 sudu kecil petis
  • 2 sudu besar pati ikan bilis / pati udang
  • 2  sudu kecil  garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sudu kecil)
  • 1 sudu kecil gula
Untuk Mee
  • 300 gm kuey teow
  • 1 sudu besar cili boh
  • kerang
  • sedikit kucai & taugeh
  • 2 biji telur
Cara-cara
  1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jangan buang....
  2. Campurkan semua bahan unutk paste dengan air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat.(akak tak buat pekat..cair sikit)  Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
  3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4 sudu besar paste tadi. Masukkan udang yang telah direbus tadi dan  kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
  4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min jer, pastikan api kuat semasa memasak.
  5. **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yang direbus memang depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tapi petis kena tambah lagi, jadi 1 sudu besar. Paste ini juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tapi kalau rasa cam tawar leh adjust eh..

16 ulasan:

  1. Waaaa resepi char kuey tiaw penang, bestnyeeeeeeeeeeeee

    BalasPadam
  2. kuey tiaw my feveret. dah kenyang makan benda lain pun kalau di sua dnegan kuey tiaw tak tolak dah..
    wah ada kerang lg besttt

    BalasPadam
  3. terbaikkkk,thanks akak share resipi simple tapi mabeles ni :)

    BalasPadam
  4. Sukerrr!

    Sukerrr!

    Sukerrr!

    Sukerrr Kuey Teow :)

    BalasPadam
  5. lapo pulak tengok char kueh teow kak ina nie..

    BalasPadam
  6. sedapnya.. char kuey teow penang memang best.

    BalasPadam
  7. waduh..dapnyer kakina..bak sepiring!!

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Kak Ina

    saya suka kuey teow lagi drp mee

    Wassalam

    BalasPadam
  9. sedapnyaaa.. tunggu review dr kak ina hehe

    BalasPadam
  10. assalamualaikum kak,

    sedapnyer tengok kuey tiaw goreng ni...rasa2 nak cuba la juga kat umah nanti. tapi kan..tapi kan..hish malu la pula nak tanya..petis tu apa yer kak?al maklumla saya ni tak pandai masak n pertama kali saya dengar petis...hehehehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. mummysarah..petis orang guna buat kuah rojak buah dan juga masukkan dalam laksa..beli kat kedai biasa ada jual

      Padam
  11. Assalaimualaikum,

    Nak tanye...pati ikan bilis / udang tu boleh pakai kiub maggi ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf baru perasan
      yerp akak guna pati maggi tanpa nama

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers