OOO

Sabtu, Oktober 01, 2011

Semuga Berjaya Anakku

Khas untuk Ira (dia ada kat umah..biar dia baca)

Ira memang anak yang cengeng.  Senang sangat air mata nak mengalir.  Cam mak dia gak aaa.  Ira memang manja sebab gap dengan Yana 7 tahun pastu bila akak kerja mak yang jaga.  Taulah ajerlah bila nenek jaga camner loratnya dia.  

Russhdi, Firdaus dan Yana termasuk hb akak punyalah gembira ada baby kat umah.  Semua ashiklah melayan dia sampai akak dalam pantang kat umah sendiri pun rasa senang hati sebab banyak sangat pengasuh.
Bila siang dia ashiklah tidur, bila malam dia berjaga..tension gak dibuatnya sebab masa tu mana ada Astro kat umah akak, cuma ada siaran RTM dan TV3.  Habis siaran pukul 12.00 tengahmalam, masa tulah dia celik biji mata.  Sabar ajerlah dengan kerenah dia masa tu.  Alhamdulliah bila habis pantang tak ada lagi problem camtu lagi.

Hari Selasa  ni bermulalah peperiksaan PMR 2011.  Tentu bagi ibubapa yang anak mereka ambil periksa besar camni merasa jantung berdegup degap.  Padahal anak-anak relazzz ajer.  Akak pun  camtu gak...kalau tenguk dia balik bercuti tak baca/ulangkaji mulut akak mulalah pot pet pot pet.  

Ashik sangatlah layan lagu/drama korea.  Kadang-kadang kesian gak bila kat sekolah dia dah penat ulang kaji, bila balik umah mak dia ashik volume tinggi ajer.  Apa nak buat akak memang garang dengan anak.

Dah lama rasanya akak tak rasai pengalaman anak gi ambil result periksa, mak kat umah tak senang duduk.  Ashiklah call ..sampai anak tension.
Last sekali masa Ira ambil result UPSR..ada akak tulis kat N3 tahun 2008.  Kalau nak baca boleh ke SINI  
 muka masam dan baru lepas nangis
Bila ingat balik rasa sedih pun ada, nak gelak pun ada.  Ira memang kecewa habis dengan keputusan UPSR sebab dia target nak 5A tapi dapat 4A 1B.  Bila call dia melalak..terus akak ambil kunci keta dan zass ke sekolah dia.

Sampai kat pintu pagar dia dah tunggu dengan deraian air mata.  Ada gak kawan-kawan dia yang tengah pujuk.  Alahai..akak kata akak tak marah, dia dah buat yang terbaik tapi dah memang tak ada rezeki .  Redha ajerlah.  Akak belanja dia  makan lepas tu, barulah dia boleh tersenyum. Hb kasi RM40.00 sebab dapat 4A.  Oklah tu kan.



Kalau pelajar yang periksa besar camni, selalunya tiap-tiap bulan ada periksa.  Walaupun result Ira kejap ok, kejap tak ok..akak tak marah-marah dia.  Akak tak nak Ira tension.  Nak buat apa marah kalau tahap dia dah macam tu.  Memanglah setiap ibubapa mengharapkan anak mereka selalu dapat semua A tapi tak bolehlah salahkan anak bila tak dapat.  Kan setiap anak tak sama pencapaian mereka.
 buat kek sendiri harijadi Ira 13 tahun..di bantu oleh Yana
Bila akak dengar cerita dari Ira ada member dia sampai takut nak balik rumah sebab ibubapa marah tak dapat semua A, akak cuma geleng kepala.  Kenapa nak bagi anak serabut otak sampai takut sampai macam tu.  Alahai kecian dengan anak itu.

Anak akak ada yang result so so, ada yang terbaik, ada yang terbaik sangat tapi akak tak bambu bila dia orang kurang berjaya.  Tak nak beza-bezakan anak.  Nanti anak rasa kecil hati dan simpan perasaaan tu sampai bila.  Memanglah rasa bangga bila anak berjaya dengan cemerlang tapi kalau anak dah macam tu nak buat camner.  

Takkan nak bebel setiap masa sampai anak ambil keputusan duk rumah tak best, baik duk kat luar dengan kawan-kawan.  Kalau bercampur dengan budak baik tak per..takut tercampur dengan geng yang tak betul.  Kan haru dibuatnya.  Alahai..panjangnya pot pet pot pet kali ni.

Buat Ira, 
buatlah sebaik mungkin..mak dan ayah mendoakan agar Ira berjaya dengan cemerlang.  Jika terjadi sebaliknya insyallah mak dan ayah redha..jangan takut mak dan ayah tak marah sebab cikgu pun kata Ira memang berusaha untuk berjaya.
Untuk ibubapa yang anak-anak mereka bakal menghadapi peperiksaan, persediaan peperiksaan adalah sangat penting untuk memudahkan anak-anak serta para pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan yang disediakan, salah satu persediaannya ialah sentiasa mengamalkan doa peperiksaaan.  

  1. Al-Fatihah 7 kali
  2. Selawat 7 kali
  3. Subhanallah 44 kali
  4. Alhamdulillah 44 kali
  5. Allah hu Akbar 44 kali
  6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
  7. Teruskan dengan bacaan doa..
” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”

Mudah-mudahan Allah s.w.t. permudahkan ketika Ira menjawab semua soalan-soalan peperiksaan itu nanti dengan tenang dan baik....aminnn....

Semoga segala doa dan harapan dimakbulkan yang Maha Esa mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR aminnn.... 

Selamat menduduki peperiksaan PMR buat semua anak-anak, adik dan kaum kerabat pembaca blog akak.  Semuga mereka semua  berjaya dengan cemerlang.

22 ulasan:

  1. semoga berjaya buat ira!:)
    cnfrm kalau die baca,die nangis2 g peluk kak ina.hehe

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak Ina

    amin amin amin
    saya aminkan doa2 tu

    moga berjaya di dunia dan cemerlang di Akhirat

    Wassalam

    BalasPadam
  3. salam kak ina.
    amin ya Rabb Al Amin. kita doakan kejayaan dan keberkatan untuk semua.

    BalasPadam
  4. good luck Ira.... boleh la saya amalkan cara kak ina ni untuk anak2 saya nanti.

    BalasPadam
  5. semoga dia dipermudahkan untuk jawap soalan dan hadapi peperiksaan...

    BalasPadam
  6. Good luck Ira..! Insyaallah Ira boleh!

    BalasPadam
  7. Assalammualaikum K.Ina

    Good luck buat Ira.moga dilapangkan dada utk exam nanti...

    BalasPadam
  8. cikgu Laili & suami (cikgu juga) mendoakan semoga Ira akan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti. amin

    kak ina : doa ibu bapa sentiasa dimakbulkan Tuhan. teruskan berdoa & bertawakkal kepada-Nya :)

    BalasPadam
  9. Good luck Ira.. Buat yg terbaik utk masa depanmu..

    BalasPadam
  10. salam kak ina..anak kita pun bakal amik pmr gak nextweek..moga mereka tenang & dipermudahkan semasa menjwb soalan..amin!

    BalasPadam
  11. Ina..hero bongsu saya pun sama.PMR jugak..hati mak nya yang dah berdegup kencang ni ha

    BalasPadam
  12. Good luck ira, wish you all the best!

    BalasPadam
  13. Thanks Ina sbb sharing the doa. Bolehlah diamalkan. Anak kita pun ada nak ambil SPM tahun ni. Memang kita yang berdebar-debar, nampak dia yang relaks. Cara belajar anak perempuan berbeza dengan anak lelaki. Anak lelaki kita relaks sahaja. Tetapi kakak dia dulu siang malam bersengkang mata pabila nak dekat periksa.

    BalasPadam
  14. sama lah kita kak Ina. Anak saya pun sorang tu target 5A dapat 4A1B. Meraunglah jawabnya.

    BalasPadam
  15. semoga berjaya buat adik ira....k

    BalasPadam
  16. good luck buat adik ira.. bestnya dpt nukilan kata2 semangat dr sorang ibu dlm blog ni..

    BalasPadam
  17. Salam kak ina, Alhamdulillah, tak ramai ibu bapa cam kak ina skrg...mak ngan ayah saya dulu mmg tak penah kesah saya dapat result bape. tapi kat umah punyalah bising suh belaja (keje saya kalo kat rumah dulu men game dalam bilik je). Tapi tak penah harapkan straight A ke apa. Yg penting, anak dia belajar jadi manusia yang baik.

    Ini kata2 untuk anak2 Kak Ina...

    Dari kecik sampai ke besar mak ayah tanggung kita hidup dan belajar, adilkah kita kepada keduanya jika kita belajar memain?Setiap kali kita nak enjoy...teringat kah yang kita masih ditanggung mak ayah kita. Camne nak bayar balik? Tak terbayar dah walau hidup selamanya berbakti untuk kedua ibu bapa...tapi jika berusaha mendapatkan result terbaik, belajar menjadi manusia yg berguna, mampu untuk memberi seukir senyuman untuk keduanya. Akan kita usahakan sehabis baik.InsyaAllah, keduanya pun akan gembira.

    Belajar hingga dapat straight A atau 4flat memang pandai dan pintar. tapi tak semestinya kita orang yang bijaksana. Jika pandai kita hanya kerana apa yg diajar dan ditulis dalam buku. maka pandai kita adalah pandai palsu. kita takkan capai apa2 dalam hidup dengan kepandaian palsu. Berbeza dengan bijaksana, tak semestinya yang pandai itu bijaksana dan tak semestinya orang yang takda result straight a itu bukan org yang bijaksana. maka, pilihlah untuk jadi pandai dan bijaksana.

    Berapa ramai yg pandai2 jadi org jahat?ramai...sebab mereka tak bijak. Org yang bijak adalah orang yang berfikir. Berfikir dan memilih yg baik dari yg buruk. Berfikir tentang hakikat kejadian diri kita, kenapa kita hidup di dunia. Senantiasa berfikir dan berusaha menjadi muslim yang baik...kerana ada 3 amalan je yg di bawa mati...sedekah, ilmu yg bermanfaat dan anak yg soleh-solehah.

    Kenapa kita sibuk belajar dan menuntut ilmu? Adakah ilmu itu hanya untuk diletak atas kertas masa exam? pepatah arab, ilmu itu dalam hati sanubari dan bukan dalam buku. Kita menuntut ilmu kerana untuk dapat kerja sahaja?Hakikatnya kita menuntut ilmu agar kita makin dekat dengan empunya ilmu, Allah.

    Jika kita nak menuntut ilmu, kita mulakan dengan meminta dari Empunya ilmu itu sendiri, Allah. InsyaAllah ilmu yg kita pelajari akan terus kekal dalam diri :)

    BalasPadam
  18. good luck, dik Ira. buatlah yg terbaik supaya boleh menggembirakan hati ibu bapamu. insyaallah, kamu akan bahagia juga..amin3!

    BalasPadam
  19. kak ina, sekarang ibu bapa dah boleh check keputusan peperiksaan (di sekolah) secara online. akak cubalah ye..

    Semakan Keputusan Peperiksaan Oleh Ibu Bapa Melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...