OOO

Jumaat, November 11, 2011

Makan Nasi Ayam Gemas di Senawang


Adik ipar yang duk kat Nilai dan Felda Pasoh N9 selalu cerita pasal nasi ayam Gemas ni.  Nak balik kampung hb memang lalu Pekan Gemas tapi tak teringat nak makan kat situ sebab perut kenyang makan bila hb suka singgah kat R & R Plus Highway.
 
Masa nak balik ke Segamat sempena Hari Raya Aidil Adha  pagi Sabtu tu kena bawa hb check up mata kat hospital dulu.  Fuhhh lama sungguh kena tunggu dah macam kat hospital kerajaan lah pulak.  Kami dah puas gi jejalan kat area tempat shopping tapi hb akak  tak gak siap lagi.  Lelama lepak ajerlah kat lobby hospital sambil anak-anak layan laptop.

Dalam pukul 1.00 lebih baru gerak ...fuhhhh yooooo jem teruk kat highway plus menghala ke selatan.  Dari Bangi lagi dah tak leh jalan..akak syorkan hb keluar simpang Bukit Mahkota pastu ikut highway LEKAS.  

Akak bukan tau jalan nak ke LEKAS tapi berpandukan kata hati ikut jalan ke Semenyih dan bila berhenti solat kat sebuah kampung, kami tanya camner nak gi ke situ.  Alhamdulliah rupanya tak jauh lagi cuma 2km nak ke situ.  Perut dah lapar, gi kat R & R banyak yang tutup terus keluar kat Senawang dan ternampak tempat makan ni.
 Dah nak dekat pukul 3.00 petang pun masih ramai orang yang masuk ke tempat ni.  Wah cam best ajer..bila dapat tempat duduk terus order.  Oleh sebab orang ramai maka makanan agak lambat sampai.
 Air jagung cincau..sedap aaa rasanya. Harga dalam RM2.00
suami kata nasi ayam ni makan camni pun sedap..]
macam biasa adalah sos, sup, timun dan salad
boleh pilih nak ayam rasa apa..kami pilih ayam goreng madu yang sedap 
ayam goreng lada hitam..rasa biasa ajer..
kami order juga tauhu kukus dan samosa..
kena bayar dalam RM50 lebih  sahaja
yang syok anak-anak sebab  wifi laju gilerrrr..boleh layannn youtube lagiii..
lepas ni kena terjah kat kedai nasi ayam di Gemas..nak rasa sama ker idak macam kat sini.
 kat Sri Gombak pun ada cawangan ni...lehlah terjah nanti
Nasi Ayam Gemas
JALAN TAMAN KOMERSIAL SENAWANG
70400 Seremban, Malaysia

8 ulasan:

  1. tempat tu tak jauh dari rumah saya. saya juga pernah makan kat situ.

    BalasPadam
  2. pernah makan kat ns ayam gemas nie,.. tapi lagi sedap nasi ayam pak ya kat langkawi kot,.. nyum3, dh terbayang & terliuq.

    BalasPadam
  3. Waaaaaaaaaaaahh..k.ina, sonok jalan aje dia...makan2 lgk...jelesss tgk.. :))

    BalasPadam
  4. pernah cuba sekali dua..ok..not bad..

    BalasPadam
  5. selama ni saya lalu je~belum sampai seru pun nak singgah~tapi kalau makcik da cakap sedap~maka terpaksalah singgah nanti keh keh~~

    *saya lalu yang dekat cawangan puncak alam~

    BalasPadam
  6. kat rumah saya Prima Sri Gombak pun ada satu kedai Nasi Ayam Gemas, tapi tak pernah makan lagi sebab tengok harganya boleh tahan gak mahal nya

    BalasPadam
  7. woww.... dasat gak kedai makan nie.... siap ada banyak cawangan tue...

    BalasPadam
  8. kalo dah nasi biasa2 ajer, mahal tang ada wifi tu kot..hahaa

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...