OOO

Sabtu, November 26, 2011

Sape Makan Cili Dia Terasa Pedas


Salam Awal Muharram 1433 H buat semua muslim dan muslimat...
semuga tahun ini lebih baik dari tahun lepas

Hati akak bagai kaca terhempas ke batu  dan air diminum berasa duri, nasi dimakan rasa sekam bila tau ada orang yang tak suka dan menikam kumpulan kami dari belakang.

Bacalah N3 dari ahli GTBM ini.


Kenapa nak dengki dengan kumpulan kami  ibarat pepatah Janganlah Marahkan nyamuk, kelambu dibakar sebab tak akan mendapat manafat pun.
 

Jadi janganlah sebarkan benda yang tak betul sebab takut nanti Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Sekiranya air besar batu bersibak ini di biarkan bahaya yang akan menanti.

Tak sangka orang yang kenal mesra , selalu jumpa di event, bergambar sakan dengan beliau lembut gigi dari lidah rupanya, air muka pula sentiasa cool tapi tak sangkalah pulak seperti air yang tenang jangan sangka tiada buaya.

Ingatlah yer  Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung,  janganlah seperti kacang melupakan kulit

Sapekah gerangan beliau? Oh akak tak nak bagitaulah sebab akan mengaibkan beliau  tapi 
 Siapa makan cili
dia akan terasa pedas 
(Imran gi makan cili tu..ha kauuuu cari airlah jawabnya)

Ingatlah..berfikir sebelum berkata, berunding belum di dibuat tapi nak buat camner sebab banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.  

Kenalah terima hakikat dalam dunia bloggers ini rambut sama hitam tapi hati lain-lain

Insyallah GTBM akan sentiasa
  • Bagai Aur Dengan Tebing...
  • Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
  • Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
  • Bukit sama didaki, lurah sama dituruni

16 ulasan:

  1. saya baca juga entri di blog lain ttg isu ni. tapi tak berapa nak kenal siapa yg dimaksudkan.

    * moga kak Ina & GTB terus maju jaya..

    BalasPadam
  2. Huhu..sabar lah kak ina...manusia macam tu lah, bila tgk kita berbaik, berkerjasama dan bersatu..mulalah ada yang tak senang hati.tapi apa2 yang kita buat kerana Allah dan tidak menyakitkan hati orang lain, insya Allah akan diberkati...banyak2 bersabar yeaa....

    BalasPadam
  3. seb bek aku tak kenal dia sangat.. tapi agak menganggu kita.. ape laaa halnya dia nih?!!

    BalasPadam
  4. Kak INA,
    sedangkan dalam masyarakat keliling, jiran tetangga, rakan sekerja pun ramai yang bersikap camtuh, apa tah lagi komuniti siber yang hanya maya.

    Lebih teruk lagi.

    Bersabar saja. Jangan ingat sangat. Buat jer macam biasa. InsyaAllah. Happy dan pasni boleh makan nasik berpinggan-pinggan!

    BalasPadam
  5. sungguh pedas cili kak ina malam ni.. macam rasanya minum air seperigi pon tak hilang pedasnya.. nak g cari gula dekat dapur jab .. kurangkan pedas..

    BalasPadam
  6. dah mcm karam walia sing..byk giler pepatah2 yg dah lama x guna tu..kahkah

    BalasPadam
  7. Ermmm...panaslah cite nih nampaknya..tapi leh tau dak sape blogger yang dengki tu...nak tau gak..

    BalasPadam
  8. Tak pa la kak ina, saya redha saya dihina begini.. saya redho! muahahahahah!!!!

    BalasPadam
  9. KAK, jemputan khas buat Kak INA dan semua yang membaca dan mengomen di sini:

    Pertemuan Blogger 18 Dis: Jemputan Istimewa

    BalasPadam
  10. Dia tak joint geng akak ke?

    BalasPadam
  11. manusia yang berhati busuk ni memang ada di mana-mana. betul kata akak rambut sama hitam tapi hati tak siapa yang tahu!!...huhu.

    BalasPadam
  12. alamak nampak gaya saya yang paling tak sopan keluarkan entry haha

    BalasPadam
  13. kontrobersi lagik....harus baco....hihihihi

    BalasPadam
  14. hurmm..pakkal la saya tak tau sapa pendengki tu, kalo tak nak jugak p tanya..."awat burok laku benor?org p ambik PHD kat u ang p ambik tang lain...tu perangai tak seropa org"

    BalasPadam
  15. memang nak kene lepuk orang nie lah

    BalasPadam
  16. teruklah budak tu kak kak? tak sangka btol.. nasib baik saya tak termakan cili MERAH tu.. uhuk.. uhuk...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers