OOO

Rabu, Disember 14, 2011

Review : Restoren Sekinchan Ikan Bakar Setiawangsa

Sepatutnya N3 ni keluar dah lama dah, disebabkan Streamix tak berfungsi selama satu minggu, banyaklah N3 yang tertangguh.  Bila dah jadi macam ni memang geram dan macam-macam perasaan yang timbul.  

Firdaus dah report kes ini  kat SKKM dan nak minta rebet dari TM sebab kalau lambat bayar mesti dapat surat pemotongan.  Alhamdulliah setakat ni akak tak pernah fail buat bayaran kat TM ini.

Sebagai pengguna akak rasa kita berhak menuntut kerugian bagi pihak kita bukan.  Mungkin sebab akak duduk kat area Kampung dan cuma orang biasa dorang boleh buat camni.  Kalau akak duk kawasan high class dan bertaraf Datin dah tentu dorang kelam kabut buat kerja.

Nasib baiklah tak ada sponsored post kalau idak memang kena keluar cari tempat nak buat N3. 

Dah apply Unifi tapi malangnya masih tak ada coverage kat tempat akak.

Alamak pot pet pot pet lah pulak. Jomlah baca N3 akak pulak ek
Dato’ Jamal bin Yunos, pengasas Restoran Sekinchan Ikan Bakar memberi penerangan tentang bagaimana bermulanya  Restoran Sekinchan Ikan Bakar.

Restoran Sekinchan Ikan Bakar, yang terletak hanya 10 minit perjalanan dari pusat bandaraya Kuala Lumpur. Terletak di aras G, Kompleks Centrum Setiawangsa, ia boleh memuatkan lebih kurang 400 pelanggan dan beroperasi setiap hari dari jam 12 tengahari hingga 1 pagi

Bagi memastikan kesegaran setiap makanan laut yang dihidangkan di restoran ini, setiap hari, pembekal dari Kuala Selangor akan datang untuk menyediakan bekalan.

Pn. Lila pula merupakan  pengurus di Centrum Setiawangsa
ramuan yang digunakan dalam adalah merupakan resepi yang di warisi resepinya diwarisi sejak turun temurun.

Terima kasih buat Shakiddo yang telah bersusah payah menganjurkan majlis makan-makan di sini.  Sambil makan kami buat review tentang makanan kat sini.
Ikan bakar di sini bukan di bakar atas arang macam tempat kat lain tapi di stim dan di alas dengan daun pisang sebab nak kekalkan jus ikan tersebut.  Akak suka Sos Original tapi tak suka sos pedas berapi .  Ala ikut tekak masing-masing kan.
geng tali barut sedang menikmati hidangan yang di sajikan
Nasi Lemak ini sedap bagi tekak akak..ada orang komen sebab harganya mahal sungguh.  Sekarang ni dah ada menu nasi goreng dan yang fofolur ialah nasi goreng udang
Baguslah sekarang ni dah ada menu kari ayam yang sedap
Ikan Pari Bakar ni pun sedap
Tak suka makan kerang bakar camni sebab kering sangat pastu sos tuang atas kerang. Akak lebih suka sos di letakkan dalam bekas berasingan.
Selalunya kalau pergi ke restoren yang menghidangkan ikan bakar orang lebih suka order sotong goreng tepung betul tak?  Akak dan anak-anak pun tak suka makan sotong masak macam ini.
Sayur campur memang tak sesuai di bakar dan di letak sos Sos 
Sekinchan Berapi macam ni. Lebih sesuai  di goreng sahaja
Ikan siakap sos macam ni kena dengan selera akak
Walaupun dapat 2 buku voucher (satu lagi anak akak dapat)  akak tak boleh habiskan semua sebab kalau nak tukar voucher berharga RM10.00 tu kami kena makan dalam harga RM50.00 ke atas.  Hai nak bagi kat bloggers lain pun macam tak best ajerlah
Akak tunjuk isyarat bagus sebab tengah rasa kari ayam dan ikan pari bakar.  Ikut tekak akalah kan tapi mungkin bagi yang tak suka kata tak sedap.  Tepuk dada tanya selera masing-masing.

Bila baca blog rakan bloggers  dan adik akak yang pernah datang makan ke Restoren Sekinchan Ikan Bakar mereka mengatakan harga ikan bakar dan sewaktu dengannya  memang mahal sungguh dan perkhidmatan pun kadang kala memang menyakitkan hati sebab lambat.  Kenalah ambil kira pandangan dari orang ramai jika ingin terus berjaya.  Jika orang makan pastu ashiklah kata tak sedap dah tentu orang tak nak datang lagi.
Jika harga dapat di selaraskan semula dan harganya berpatutan akak rasa ramai yang akan pergi lagi ke sini.  Dah tentu mereka akan menyokong restoren bumiputra kan yang dah tentu halal.
Selepas makan kami di bawa melawat dan bergambar di depan
Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia antaranya 

Kalau korang nak pegi ni alamatnya ataupun korang boleh ke cawangan yang lain

Restoran Sekinchan Ikan Bakar
T1, T2 dan T3 Centrum Setiawangsa
Jalan Setiawangsa 8, Taman Setiawangsa
54200 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: 603 4251 5766
 
Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang menu di sini korang terjalah kat Website: www.sekinchanikanbakar.com

17 ulasan:

  1. mmg sakit hati kalau internet buat hal,sape la kite

    penah makan kat sini sekali,sekarang ni ramai org komplen mahal n xsedap

    BalasPadam
  2. Ella tak suka. mahal dan tak sedap.

    BalasPadam
  3. kwn me kata tak sedap so me tak teringin nak try pun heheh

    BalasPadam
  4. Ina... pernah dpt komen dari kawan yg pernah makan kat sini... dia kata mahal... makanan biasa2 je... dia kata kalau nak makan ikan bakar...puas hati makan kat Umbai...ehehe

    BalasPadam
  5. tapi..pape pon sy sangat sukakan layanan diorg pd malam tu..terbaik la..siap nasi pon disendukkannya..hehehe

    BalasPadam
  6. saya pun belum buat lagi kak entry ni... aritu kan tak sihat, now byk entry tertangguh.. hehehe

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Kak Ina

    saya dgn kawan pernah makan disini
    ikut taraf saya...mahal sikit..

    Wassalam

    BalasPadam
  8. wah sedapnye tgk kak ina makan.. tetiba lapar ikan bakar plak.. :-)

    BalasPadam
  9. pelik juga voucher tu takkan boleh guna RM10 setiap masa pas tu kena beli RM50 minimum

    BalasPadam
  10. pehh..semuanya ada sambal. hehe..

    BalasPadam
  11. Ok je...idakla mahal bebenor...

    BalasPadam
  12. Ok je...idakla mahal bebenor...

    BalasPadam
  13. Tak lah sedao sgt.. Biasa2 saje.. Tp harga mmg mahal 5 star.. Overall i give 1 1/2 out of 5.

    BalasPadam
  14. kdai bersepah tapi gaji staf xbyar ap crita!!!

    BalasPadam
  15. sos dia ntah ape2

    BalasPadam
  16. sy pernah mkn cawangan yg dkt danga bay jb. 3 org mkn rm70++ . ikan x fresh , rasa cam ptuiihhh. pertama dan terakhir aku mkn kt situ

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers