OOO

Khamis, Januari 12, 2012

Enak Kuala Lumpur Starhill-Restoran 5 Bintang

Restoran Enak KL terletak di Starhill Gallery, Kuala Lumpur menyajikan juadah masakan Melayu Asli yang di hidang dengan gaya mewah setaraf hotel 5 bintang demi untuk memertabatkan masakan melayu ke peringkat antarabangsa.

 kredit pic : Hazman.Com (pakai baju kuning)
Menurut Sherena Razaly, restoran ini mula beroperasi sejak pertengahan 2005 dimiliki oleh keluarga usahawan dan arkitek, Datuk Razaly Wahi (bapa beliau) dan semua resepi adalah hasil resipi warisan turun temurun keluarga mereka. 



Barangan tembaga juga boleh di temui di sini yang menurut Sherena adalah koleki ibu beliau Datin Fawzia Abd. Ghani yang amat gemar mengumpul barangan hiasan tembaga.

Dengan menampilan hiasan warisan ini, secara tidak langsung dapat memperkenalkan budaya masyarakat Melayu kepada lebih 60 peratus pelanggannya yang terdiri daripada pelancong asing.

Mensajikan hidangan Melayu dengan resipi warisan keluarga, Enak KL adalah untuk memartabatkan masakan tempatan di peringkat antarabangsa.  Restoran ini juga di hiasi dengan dekorasi eksklusif hasil gabungn tradisional dan kontemporari.
 Ayam Lemak Cili Padi
Ada juga Ayam Goreng Lengkuas, Ayam Kalio, Ayam Masak Bunga Kantan, Ayam Percik dan Gulai Kari Ayam
Yang paling sedap ikan asam pedas butterfish.  Menang enak sungguh sampai akak dan geng tambah berkali-kali. (tengah fikir mana nak cari butterfish ni kat sini ek...nak cuba buat gak aaa)

Terdapat juga hidangan Botok-Botok, Kari Ikan Bendi, Ikan Terutup dan Kukusan Gunung Ledang
  Daging Kurma, Daging Hitam dan Rendang Padang
Selain itu terdapat juga Daging Bakar Asam Jawa (grilled NZ striploin), Kambing Masak Merah.
Akak tambah berkali-kali Pucuk Paku Cendawan Sisik. 
Pemanis mulut yang di panggil Manisan Kelapa Muda Enak di buat daripada kelapa muda  dan diatasnya di hiasi dengan meringue hasil air tangan ibu beliau.
Dan akhir sekali Ketayap Mangga..boleh telan airliur bila tenguk gambar ni meleleh ai bila tenguk gambar ni..yummmm yummm
Dulu akak pernah buat N3 pasal Restoran Enak ni.  Kalau nak baca boleh ke SINI

Memang menarik sungguh kan hiasan makanan kat sini...bila tenguk makanan dihias macam ni memang rasa tak sabar nak menikmatinya...memang terbaik aaaa..
 Akak datang bersama ciklilyputih dan Hazman
 Terima kasih kepada blogger azmanisma , Restoran EnakKL Puan  Sherena (Pengurus Restoran) Encik Hamidon  Ramli dan  Jejai yang sudi menjemput kami ke ini

LG2, Feast Floor
Starhill Gallery
181, Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Tel : 603-21418973/21489549

12 ulasan:

  1. tuu dia, hih class punya restoran pon review. power ketua gtb

    BalasPadam
  2. Sama2...Suka butter fish yer,boleh beli kat kedai jual ikan frozen.

    BalasPadam
  3. tgok gmbar pun menarik.... aduhai... lapar

    BalasPadam
  4. Salam KakainaKL

    Teringintlah nak masuk, tapi bgtaulah anggaran harganya...nanti tak cukup duit nak bayar buat malu je...

    BalasPadam
  5. menarik betul cara dia hidang makanan kan..

    BalasPadam
  6. amboi serononya makan di restaurant mewah.. saya harap dapat juga peluang macam kak ina..

    BalasPadam
  7. memang style la tngk makanan dia

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...