Gerai Bahulu Sri Jawa telah diusahakan oleh arwah bapa pelakon Fizo Omar Wan Omar Wan Ishak . Setelah arwah meninggal dunia, perniagaannya di teruskan oleh keluarga.
Dah nama gerai baulu mestilah ada baulu cuma tak jumpa Fizo Omar ajer masa kami sampai. Ada bermacam jenis perisa baulu seperti original, pandan dan perasa manisan.
Oleh sebab dorang masak kat sini tentulah rasanya sedap kan al maklumlah masih panas dan memang fresh keluar dari dapur.
Ada gak jual kueh akok..akak yang tak suka makan kueh ni pun boleh terjatuh cinta. Harga memang murahlah kan..taulah kat Kelantan ni makanan memang murah dari Kuala Lumpur.
Kami singgah kat gerai ni masa nak balik dari KB, sebelum sampai ke Kota Bharu dah nampak dah gerai ni tapi tak singgah sebab masa tu fikir nak cepat sampai ke KB. Masing-masing dah nak rehat kat hotel dah...penat aa.. taulah nak ke KB ni ambil masa berjam-jam.
Imran ashik tanya..mak bila nak sampai..ayah bila nak sampai
Gerai ni dekat area Selising, kalau dari Pasir Puteh ke KB, korang jumpa dulu Stesen Timbang JPJ Selising, depan sikit sahaja akan jumpa gerai/papan tanda yang tertulis Bahulu Sri Jawa.
Selain dari baulu dan akok ada juga kek baulu, akok, ‘beko’ dan ‘piana’ (akok besar) dan kueh mueh kering kat sini. Kalau korang nak gi ni alamatnya
Gerai Baulu Sri Jawa,
KM23,
Selising,
Pasir Puteh,
Kelantan
Nanti korang singgahlah yer..mana tau leh jumpa Fizo Omar kalau ada rezekilah kan..pastu leh tangkap gambar dan sign autograph.
p/s rasa rugi pulak tak ada muka akak kat gerai ni..
13 comments
sedapnya... kuih akok ni time bulan puasa je boleh jumpa..
by Myvitrd on 26 Januari 2012 12:06 PTG. #
sUKA MAKAN akok kuih pantai timur
by Nieda on 26 Januari 2012 12:14 PTG. #
xpenah lg beli kat sini.. nanti balik kg, nak try la.. ^^
by farra8979 on 26 Januari 2012 12:22 PTG. #
byk kali gak dah singgah sini bli akok n baulu...
laaaa...fizo omar pnya ker...mmg the best akok...
by intan morsalin on 26 Januari 2012 12:42 PTG. #
tau baulu je...akok, beko dll yang kak ina cerita tak pernah jumpa lagi..kena melawat kelantan buat kali ke2 ni..heheh
by Mohd Sukur Ibrahim on 26 Januari 2012 1:21 PTG. #
akok sedap... feveret tuhh
by ::ienafazlyna:: on 26 Januari 2012 1:44 PTG. #
nak akok tu..suka sgt makan akok ni.
by KuNanGKuNanG on 26 Januari 2012 2:06 PTG. #
bauhu makan panas2 memang sedap!!...akok saya kureng sikit sebab manis....
by lieynanilaz on 26 Januari 2012 2:14 PTG. #
suka akok tp tak best betul kalau jumpa yg manis
by sW33tdARLiNG on 26 Januari 2012 3:41 PTG. #
Suka juga makan kuih akok nie.. manis tapi sedap..
by Rinna on 26 Januari 2012 3:41 PTG. #
suka la kueh akok ni...
by deena on 26 Januari 2012 11:19 PTG. #
Hurmmm....kan best kalau harga kuih kat kelantan sama dengan kat KL kan kak...
by hazman aka species1980 on 27 Januari 2012 9:05 PG. #
mesti sedap ni..tak sama dgn yg kt kl ni..
by fieda on 28 Januari 2012 2:02 PG. #
Catat Ulasan