OOO

Sabtu, Februari 11, 2012

Kima Daging Dan Roti Capati

Aduhai ..kalau cuti-cuti ni kena fikir nak buat breakfast apa ek?
Check stok ada tepung capati...daging ada..buat breakfast ni dahlah.  Resepi asal dari Mat Gebu tapi akak ada tambah 2 bahan lagi..jangan marah yer Mat.  Dah pernah try dah dulu tapi dah lama sangat..jadi akak tepek resepi lagi sekali yer.
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji kentang, kupas, potong dadu sederhana besar, dan rendam

200 g daging kisar
1/2 batang lobak merah, kupas dan potong dadu sederhana besar-akak tak letak
2 biji tomato (sederhana besar), didadu kasar
2 biji bawang besar, didadu
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 camca besar rempah kari
1 biji cili merah, potong kasar2
1 biji cili hijau, potong kasar2-tak ada stok
2 camca besar tomato puree
Garam dan gula secukup rasa
2 camca besar minyak sapi-akak guna minyak sunflower ajerk
2 camca besar minyak masak
500 ml air (atau secukupnya)
2 biji cili hijau*
3 ulas bawang putih*
3 cm halia*
1 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)
 
*akak tambah-1 tin kecil kacang peas-kacang hijau dalam tin
sedikit tairu-susu cair ideal campur dengan sedikit jus limau nipis

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dan minyak sapi, tumis bawang besar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan bahan kisar, tomato puree bersama rempah kari. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak (gunakan api kecil).
  2. Masukkan daging, kentang dan lobak merah, kacau rata dan tuang air. Masak hingga mendidih dan kecilkan api. Terus memasak hingga kentang/lobak merah lembut (tambah sedikit air panas, jika masih belum empuk). Masukkan sekali kacang hijau dalam tin dan tairu.
  3. Tambah tomato, cili merah, cili hijau dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. Kacau rata dan masak hingga sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama roti arab, atau roti putih biasa....

Bahan-bahan
3 cawan tepung capathi/tepung atta
2 sudu makan mentega/marjerin lembut
1 sudu teh garam
air suam secukupnya.
Akibat malas nak mengguli akak belasah guna  Food Processor ajer aaa
Cara-cara
1. Masukkan mentega/marjerin ke dalam tepung dan campurkan rata.
2. Masukkan garam ke dalam air suam dan tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
3. Tutup doh dengan kain lembab dan biarkan dalam 1/2 sehingga 1 jam. Setelahitu bahagikan doh kepada doh yang kecil.
4. Canai doh (jika melekat taburkan sedikit tepung atta/capati) dan masak dalam non stick pan dengan api sederhana sehingga keluar gelembung kecil.
5. Tunggu sebentar baru di balikkan dan gunakan paper/towel lembab dan tekan diatas permukaan capati sehingga timbul gelembung.
6. Angkat dari pan dan letakkan sedikit minyak sapi/marjerin/mentega atas capati yang telah di masak dan ulangi proses sehingga habis.
Imran makan stail tortilla...suka hatilah nak makan camner kannn

7 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    baru pagi tadi makan capati di surau
    2 keping lagi...he he

    BalasPadam
  2. Lama tak makan capati,jadi terliur pulak tengok gambar tortilla tu..

    BalasPadam
  3. memang seronok masak bila anak2 da pandai makan.. ila pun cuba2 jugak buat yg senang2

    BalasPadam
  4. Dulu masa keje kat komtar selalu beli kat mutiara tapi sekarang ni tak tau mana nak cari.

    BalasPadam
  5. capati mmg sedap...teringat dulu masa mak mentua kazen sy dr melaka dtg ranau dia wat capati..fuyoooooh....

    BalasPadam
  6. ni yg trasa nak brekpes ngan capati gk nih..hehehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers