NAK DUIT RAYA TAK?

Cabaran Duit Raya 2014

Shopping Time

Lazada Malaysia

Selasa, Februari 28, 2012

Sup Ekor Lembu yang menambah kolestrol dan lemak di badan

 
Salam sejahtera buat semua.  Tentu semua dah makan tengahari kan.  Jap lagi boleh ngeteh pulak.  Dah lama tak beli ekor  lembu @ buntut sapi, bukan tak nak beli selalu.  Orang kata lemak dia menambahkan kolestrol dan lemak di badan, tak boleh makan kerap kali.Sekali sekali bolehlah kan

Bahan-bahan
  • 1/2 kg ekor lembu
  • 4 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih* (*tumbuk halus)
  • 2 in halia diketuk
  • 1 sup bunjut tulang adabi
  • 1 1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk 
  • 3 biji ubi kentang
  • air secukupnya
  • garam secukupnya 
  • bawang goreng dan daun sup/daun bawang
      Bahan tumis

      • 3 biji bawang kecil di hiris halus
      • 1 biji bawang putih di hiris halus
      • 1 batang kayu manis
      • 3 biji bunga cengkih
      • 3 biji bunga lawang
      • 3 biji buah pelaga
      Cara-cara
      1. Basuh ekor lembu...masukkan air hingga 2x ganda dari tulang dan rebus. Bila mendidih..kecilkan api dan tutup dengan penutup.
      2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumisan
      3. Setelah berbau wangi masukkan bahan yang telah di kisar termasuk lada hitam.
      4. Masukkan juga sup bunjut adabi, tumis sehingga naik bau kemudian masukkan kedalam sup tadi.
      5. Akak kalau rebus selalunya 1/2-1 jam (sekarang ni akak guna pressure cooker..sekejap ajer merebusnya)
      6. Setelah ekor lembu  empuk baru dimasukkan ubi kentang.
      7. Biarkan ubi kentang empuk dan masukkan garam secukupnya.
      8. Taburlah dengan daun sup, bawang merah goreng dan daun bawang.

        7 ulasan:

        1. sekali sekala pekena sodap ni,hehe


          terima ksh tanya kabar kak,baru baik demam

          BalasPadam
        2. sedapnyer... :)

          Kak Ina kt x pernah jumpa.. Tapi nurul teriiiingin sangat2 nak jumpa kak ina.. ingatkan masa birthday nuffnang tu kak ina datang.. ;(

          BalasPadam
        3. memang byk lemak,tapi sedap.huhu

          BalasPadam
        4. zuan tak brapa minat sangat sup sup ni :)

          BalasPadam
        5. Slurpppp... terliur tengok gambar2 ni. Dah la tak makan lagi ni.

          BalasPadam
        6. Sedap sup ekor ni. Saya baru 2 kali makan seumur hidup :D

          BalasPadam
        7. sedapnya nampak tu...ohoiii kalaulah dpt hirup sup tu..huhu, pandai akak masak ..

          BalasPadam

        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...