OOO

Jumaat, Mac 09, 2012

Jus Buah Naga-Nyamannya Bila Minum Waktu Panas

Bila akak buat puding buah naga yang ada yang komen tak leh telan sebab geli.  Biasalah manusia ni kan, tekak masing-masing bermacam ragam.  Macam akak gak ada ikan macam belut atau pun daging seperti rusa, arnab dan landak yang akak tak boleh telan.  

Tapi anak-anak dan suami tak kisah makan tu semua.  Resepi lebih kurang macam jus lobak merah cuma di tukar bahan utama ajer. 

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji buah naga warna merah
300 ml air-ikut kepekatan yang di kehendaki
2 camca besar gula pasir-akak tukar madu
1/3 cawan susu sejat "IDEAL"
Ais kiub secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kisar buah naga tadi dengan 300 ml air, hingga halus.
  2. Kemudian  blender bersama-sama madu, susu cair dan ais kiub. Kisar lagi hingga halus.
  3. Tuang dalam bekas sesuai dan tambah ais kiub lagi jika suka.

7 ulasan:

  1. sedapnya kak ina.. :) jus buah naga :)

    BalasPadam
  2. Salam.

    Sedapla jus buah naga. Tadi baru makan jugak. Sedap...

    BalasPadam
  3. lama tak minum jus buah naga nih huh mesti sedap :)

    BalasPadam
  4. lama tak minum jus buah naga nih huh mesti sedap :)

    BalasPadam
  5. homemade jus buah naga mesti lagi sedap kan

    BalasPadam
  6. memang sesuai tahun ni... tahun naga.. hehehe.. sedap lah jus buah naga nih.. fresh!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers