OOO

Selasa, April 17, 2012

Ala Kalah Pun Tak Apa Ira

Perlawanan Taekwondo Moo Duk Kwan ni berlangsung pada hari Sabtu lepas di Sekolah Integrasi Bandar Tasik Putri Rawang.  Firdaus hantar Ira pukul 6.30 pagi lagi ke situ dari rumah.
Akak call petang...dia kata tak habis lagi..mak ramailah ada 300 lebih peserta dari seluruh negeri Selangor...mak datuk ramainya.  Bila kami sampai dalam pukul 9.00 tak habis lagi.  Imran sibuklah ikut kakak dia ke sana dan ke sini.  Penyokong kuatlah katakan.  
Akak berborak dengan pelajar kat sekolah ini...biasalah akak mana boleh duk diam tak bercakap.
Ira lawan dengan peserta berbangsa cina yang ada tali pinggang hitam, Ira cuma tali pinggang hijau.
Wah..boleh tahan gak Ira menyepak sampai ada satu ketika lawan dia jatuh. 
Sedang berdebar menunggu keputusan.  Pertama kali Ira masuk pertandingan mewakili sekolah.  Berhabis gak beli alat perlindungan untuk gigi, kaki, tangan dan kelengkang.  Untuk dada ajer Ira tak bagitau nak beli.  
Ala sedihnya muka anak mak ni.  Tak perlah Ira, kalah pun tak per..janji dapat pengalaman kan.  Mak dan ayan rasa  happy sebab anak pempuan mak aktif masuk macam-macam..anak lelaki 2 orang tu..nan ado..

9 ulasan:

  1. Alahai siannye, takpe jangan sedey2 mana tau rezeki nanti... :)

    BalasPadam
  2. bgs belajar teakwando,utk pertahankan diri dan keyakinan diri

    BalasPadam
  3. takpa yg penting ada minat dlm taekwando...its a good actiyity..

    BalasPadam
  4. anak yang sorang tu pandai membesarkan paruit jer kak
    ahahahahahha samolah cam den ni ha

    BalasPadam
  5. takpe2...yang penting ilmu mempertahankan diri tu penting especially buat wkaum wanita....

    BalasPadam
  6. aloo.. nampak sangat muka sedih dia tu..

    BalasPadam
  7. takpe.. lain kali ira boleh!!

    BalasPadam
  8. Bagus laa... aktif dalam martial art nie...nanti dah dapat talipinggang hitam mesti lagi hebat kannn...

    BalasPadam
  9. sy dulu pon masuk teak won do tp br dpt hijau cikgu yg ajo tuh dh transfer ke sekolah lein. eh tergantung cengitu haha.. xpe ira dpt pengalaman pon dh bagus dh

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers