OOO

Sabtu, April 28, 2012

Bergedel Ikan Dan Udang Bersama Hashbrown Simplot

 
Resepi ni resepi ke 4 yang Dato' Chef Wan yang juga di gelar  "Food Ambassador of Malaysia" berkongsi resepi dengan kami.  Agak jarang rakyat Malaysia memakan bergedil ikan bukan, cuma yang biasa kita makan ialah bergedil kentang, bergedil ayam ataupun daging.
Muka ceria geng blogger yang hadir Jard, Ayu dan Ezna , Suzie pun ada sebab terhibur dan tak kering gusi mendengar celoteh Dato' Chef Wan
 
Tapi Dato' Chef yang pandai mengubahsuai resepi masakan Malaysia dengan menambah Hashbrown Simplot yang telah di goreng kedalam masakan kali ini.  Memang terasa kelainannya bila kami semua mencubanya.  Nanti akak nak buat gak aaa.

Bahan-bahannya (10-15 orang)
  • 1 paket Hasbrown Simplot (digoreng bersama minyak panas sampai kuning emas)
  • 300gm isi ikan tenggiri, di kukus dan di ramas halus
  • 300gm isi udang basah-dicincang halus
  • 1 biji bawang besar-dihiris bulat dan digoreng sampai kuning.
  • 2 biji cili hijau-hiris
  • 1 genggam besar daun ketumbar- di cincang halus
  • 4 tangkai daun bawang-dihiris
  • 1 camca  teh serbuk lada putih
  • 1/2 camca teh serbuk buah pala
  • 2 camaca teh serbuk kari ikan
  • 2 camca teh serbuk cili
  • 2 biji kuning telur-di pukul
  • Perahan 1/2 biji limau nipis
  • Minyak zaitun untuk menggoreng
  • Garam secukup rasa
 nak cepat habiskan menggentel Dato' Chef Wan minta tolong 2 orang peserta
Cara Membuatnya
1.  Campur Hashbrown Simplot yang di goreng tadi bersama semua bahan di dalam mangkuk dan gaul sebati.
 
2.   Bentukkan menjadi bergedel dan goreng dengan minyak zaitun pada kedua-dua belah sehinggga kuning emas.
enak di makan panas-panas . Aiseyman ada orang lain lah pulak..
sabar ajerlah si Hidayat  ni

19 ulasan:

  1. gambar Dyat tu yg mahal tu...hehehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasalah dayat tu suks interframe

      Padam
  2. Mesti sedap sbb ada mcm rempah dlm tu

    BalasPadam
  3. dapat merasa air tangan chef wan yang mahal tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. MemAnG mahal haSil air tangan chef wan tu

      Padam
  4. Salam. Hi Kak Ina, Nur dapat tahu akak tak sihat, (terbaca di blog Eyriqazz)

    Semoga akak cepat sembuh, jangan renyah2 ye kak.. :)

    BalasPadam
  5. KAk Ina moga cepat sembuh...

    Amin...take care,.. Risau plak..baru jer jumpa akak hari tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih
      Akak ok ajer
      Don't worry

      Padam
  6. nampak sedap tu. boleh cuba nanti . akak dh sihat ker?

    BalasPadam
  7. akak sakit ke kak...moga cepat sembuh ye kak...:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. AkAk sakit lutut kena tebu
      Nanti dah baik akak buay entrY yer
      Tq maiza

      Padam
  8. gambar last skali tu leh jadi protege uncle gedek.. ehehehe

    BalasPadam
  9. Kak Ina.....nama saya Ezna...bukan Maiza. Maiza tu cam nama bekas isteri Ustaz Akhil Hayy la kak...hehehe....tu saya click link Maiza tu terus ke blog saya.....:-)

    Harap sangat Kak Ina cepat sembuh!!!

    BalasPadam
  10. mmg boleh sangat laaah tuk saya peminat begedil niii

    BalasPadam
  11. uish...mcm best jer kak Ina..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers