OOO

Rabu, April 25, 2012

Keputusan Anugerah Astro Arena 2012

 Untuk tahun kedua berturut-turut, Astro Arena sekali lagi berbangga untuk memberikan penghormatan kepada para atlet kebangsaan, jurulatih serta penggiat sukan Malaysia  di atas dedikasi mereka dalam mengharumkan nama negara Malaysia  di arena sukan peringkat tempatan dan antarabangsa dengan terus mengiktiraf dan menghargai kecemerlangan mereke melalui pencalonan dalam beberapa kategori.

Pemenang-pemenang bagi Anugerah Astro Arena ditentukan melalui undian online yang dibuat oleh para peminat sukan Malaysia dari 9 hingga 23 April melalui laman sesawang Astro Arena di www.arena.my dan pemilihan claon-calon telah dilakukan oleh Astro Arena dengan bantuan Majlis Olimpik Malaysia sebagai badan penasihat.
 
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Razali Haji Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Astro Arena terhadap kejayaan memartabatkan sukan tempatan di kalangan rakyat Malaysia. 
"Sukan akan kekal menjadi sebahagian daripada hidup kita yang penting dalam penyatuan masyarakat, walau apapun bangsa dan latar belakang kita.  Untuk semua atlet yang telah dicalonkan pada malam in, anda semua adalah pemenang dan patut berbangga dengan pencapaian anda sama ada di arena sukan tempatan maupun antarabangsa."

Ketua Pegawai Kewangan ASTRO Encik Ahmad Fuad Kenali berkata,
"Di Astro, kami komited dalam memperjuangkan sukan di kalangan semua rakyat Malaysia.  Astro Arena adalah satu contoh yang jelas terhadap komitmen kami dalamm pembangunan dan penambahbaikkan sukan tempatan untuk seluruh rakyat Malaysia.  

Pada masa yang sama, kami juga berharap untuk memberi inspirasi kepada belia-belia di Malaysia agar menjadi juara dan wira dalam apa jua yang mereka lakukan"'

Berikut ialah senarai pemenang bagi Anugerah Astro Arena yang telah di umumkan di Hotel Renissance, Kuala Lumpur malam tadi.
Atlit Lelaki Pilihan Berpasukan (tak dapat hadir kerana berada di Vietnam)
Khairul Fahmi Che Mat (Bola Sepak) 76 %
Penjaga gawang skuad Harimau Muda  yang membantu kemenangan Malaysia  meraih emas menewaskan Indonesia di perlawanan akhir acara bola sepak di Sukan Sea Indonesia-26
Atlit Wanita Pilihan Berpasukan (39 %)
Nur Fatehah Mustapha (Berbasikal)
Pingat emas dalam acara pecut berpasukan di Sukan Sea 2011
Atlit Muda Pilihan
Muhammad Nazmi Faiz Mansor (Bola Sepak)60%
Pemain bola paling muda di Sukan Sea 2011 yang membawa pulang pingat emas serta turut beraksi Kelayakan Olimpik 2011

Kebangkitan Pilihan (51%)
Lee Hup Wei (Olahraga)
Pingat emas secara lompat tinggi di Sukan Seas 2011 setelah tujuh bulan berehat akibat kecederaan

Jurulatih Pilihan(65%)
Ong Kim See (Bola Sepak)

Blog Sukan Pilihan (New) 58%
Suara Sukan 1 Mas (Mohd Aiman)

Anugerah Khas Jasamu Dikenang
  1. Allahyarham Razali Alias (Bola Sepak)
  2. Mendiang Khoo Beng Khai (Bowling)

Anugerah Khas Arena
Allahyarham Salam Sidek (Memanah Pralimpik)

Anugerah Perlawanan Pilihan (62%)
Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2011 – Malaysia vs Indonesia

Anugerah Meja Sukan Pilihan (35%)
Harian Metro

Anugerah Dewan Kemasyuran.
  1. Datuk Abdul Ghani Minhat (Bola Sepak)
  2. Dato’ M. Rajamani (Olahraga)
  3. Adnan Saidin (Takraw)
  4. Sylvia Ng (Badminton) 
Tahniah kepada para pemenang dan semoga wira-wira sukan kita akan terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Astro Arena bersiaran di saluran 801 Astro.  Untuk melanggan, sila hubungi 1300 82 3838.
 





Teman Semeja Cik Nurul

 Firdaus dan Bro
Selain dari pelawak Yus dari Maharaja Lawak  Jambu ada juga penyanyi 
Jaclyn Victor, Azlan & Typewriter yang membuat persembahan.

Terima kasih Astro sebab jemput akak malam tadi




10 ulasan:

  1. Wah cepatnya akak.. Nanti nak copy yer kak.. ;)

    Akhirnya.. jumpa akak jugak.. ;)

    BalasPadam
  2. wah akak!! syoknya dpt pi event mcm ni hehehehe

    BalasPadam
  3. anugerah blog sukan pon ade.. hebat!

    BalasPadam
  4. Tahniah pada yang menang, anda sememangnya layak ;)

    BalasPadam
  5. bertuah badan dpt invitation, kan k.ina? smoga succes slalu...

    BalasPadam
  6. tahniah pada semua yg menang.bertuah akak dpt jumpa diorg semua

    BalasPadam
  7. yey..sume yg sy undi menang!!!!

    BalasPadam
  8. yey..sume yg sy undi menang!!!!

    BalasPadam
  9. tshniah kepada pemenang tu...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...