OOO

Selasa, April 10, 2012

Mengemut Dengan Alat Vibrance Kegel Device

Bestnya kami dapat berjumpa reramai macamni, ber pot pet dengan member bloggers  setelah di jemput oleh rougecmms.com dan mybioinfinity.com untuk mendengar penerangan tentang alat kemutan yang di panggil The Vibrance Kegel Device.  

Kami telah di jamu dengan juadah sarapan pagi yang sedap termasuk satay dan tiramisu..wow pagi-pagi makan satay..best kan
Bila dah berjumpa mestilah terkena sawan kamera.  Jumpa lagi Puan Bee, cikilyputih, Yana, emilia (first time jumpa), Yanmie, Jard, wendy dan Lady sunshine.
Merah ker muka dorang bila buka kotak? Memang ada kot...Kami bukan  ajer malu kucing, juga ashiklah tergelak-gelak bila kami masukkan bateri kat alat ni terutama bila ada bunyi bising yang tak diingini..kih kih kih..tersenyum bila tenguk gambar ni.

Korang tentu pernah baca ataupun terdengar mengenai perkataan kemutan ataupun di panggil senaman kegel aka  senaman kemutan.  Bukan terkemut-kemut buat kerja tau.

Kalau nak tau info selanjutnya bolehlah baca sampai habis.  Penting tau untuk pengetahuan semua wanita tak kira yang dah berkawin ataupun belum.
Korang pernah tak dengar nenek ataupun ibu bercerita yang mereka terkencing bila batuk?  Perkara sebegini jarang di beritahu  kepada orang lain oleh sebab rasa malu dan ianya menjadi taboo untuk di perkatakan  terutama dikalangan orang-orang yang telah berusia.

Menurut Mrs Suhaila (fisioterapi dari HUKM) , kajian oleh Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat mendapati kira-kira 30 peratus wanita pernah mengalami kesukaran mengawal kencing. Ianya memang memalukan, membuatkan wanita merasa tak selesa kerana ashik tak tahan nak terkuci.
Kalau korang nak tau, masalah ini adalah disebabkan oleh otot lantai pelvis yang lemah, ianya boleh  memberi implikasi kawalan kencing, penyebab terkucil atau tidak dapat menahan kencing.  

Keadaan ini terjadi apabila wujud masalah pada otot dan saraf yang mengawal dan membebaskan air kencing dan dah tentu ianya  boleh mengakibatkan rasa tidak selesa bagi menghidapnya bagi menjalankan aktiviti biasa. 
 
Bagi wanita yang telah berkawin, selalunya pasangan boleh merasai kurang nikmat ketika bersama. 
Wah takutnyakan..sebab nanti suami akan mencari alasan untuk berkawin lain kerana merungut vagina terasa longgar dan tidak ketat lagi.
Secara lazimnya, kebarangkalian untuk wanita mendapat masalah ini adalah lebih tinggi  terutama bagi wanita berusia, berat badan berlebihan, kerap mengangkat benda-benda berat dan  kerap melahirkan anak.  

 Otot rahim yang lemah boleh menyebabkan  rahim terjatuh ataupun juga di panggil peranakan/rahim terjatuh, kalau orang tua-tua dulu panggil "keluar tombong". Alahaiii seriau bila tenguk gambar tuuuu

Untuk  menguatkan otot dasar pelvik, kita boleh melakukannya  menerusi senaman kemutan atau kegel. Senaman kemutan membabitkan gerakan mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau mencengkam otot lantai pelvis, seolah-olah mahu menahan kencing atau tahan membuang air besar dan ia dilakukan secara serentak.
Senaman  Kegel ini perlu di lakukan  setiap masa, setiap ketika tak kiralah siang ataupun  malam.  Walau dimanapun  anda berada  sambil menonton TV, sambil memasak ataupun  mencuci kain dan sebagainya.
Persoalannya adakah wanita benar-benar melakukan senaman itu dengan sempurna kerana jika senaman itu tidak mensasarkan otot yang tepat, ia tidak mungkin memberikan manfaat seperti mana yang di harapkan.


Untuk memudahkan kejayaan senaman kegel, sebuah peranti canggih lagi inovatif Vibrance Kegel Device telah diperkenalkan. Ia adalah satu peralatan sokongan bagi senaman kegel, menjadi pilihan selamat untuk menguatkan otot dasar pelvik.
Wakil Bioinfinity (M) Sdn Bhd, iaitu Ms Lee Xiao Qin selaku Market Development Executive mengatakan bahawa Vibrance Kegel Device adalah satu peralatan sokongan bagi senaman kegel, yang merupakan pilihan yang selamat untuk menguatkan otot lantai pelvis.

Selain itu, katanya, alat peranti ini paling berkesan untuk menyokong senaman Kegel kerana ia dapat menentukan sama ada otot yang betul telah diberikan senaman.  Jika menggunakannya, mereka dapat merasai getaran maklum balas bio yang lembut dengan menghasilkan rangsangan positif terhadap otot.

Katanya lagi,  alat peranti itu direka untuk meningkatkan 
kekuatan pengecutan otot vagina, 
menguatkan otot cerut pundi kencing, 
membantu memperbaiki kualiti kehidupan, 
menambah baik postur tubuh, 
mencantikkan tona otot abdomen dan 
mengembalikan bentuk badan.
Peranti yang mesra pengguna ini direka dengan mengutamakan aspek keselamatan dan keselesaan.

Kompak dan ringan, ia amat sesuai bagi wanita yang sentiasa bergerak cergas.  Peranti ini dibuat hasil panduan profesional dan nasihat pakar ginekologi supaya dapat menawarkan keselesaan maksimum bagi wanita. 

Vibrance Kegel Device mempunyai sarung tahan lasak dan antibakteria membolehkan pengguna meningkatkan tahap senaman secara selamat dan berkesan. Sarungnya diperbuat daripada getah silikon bermutu tinggi,” katanya lagi.
Turut menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa dengan menggondol Pingat Emas daripada Geneva Award for Invention pada 2001, ia dipaten dan boleh didapati secara meluas di 18 negara, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Perancis, Australia, Jepun, Singapura dan Hong Kong
Salah seorang pengguna berumur 52 tahun yang telah menggunakan alat vibrance kegel device yang mengatakan sejak beliau menggunakan alatan ini peredaran darah berjalan lancar dan tidak lagi mengalami masalah terkucil
Yanmie tengah cari shoot yang baik dengan kamera mahal dia.  Selepas sessi penerangan kami semua ke gym untuk gym untuk sesi simulasi senaman Kegel bersama Puan Suhaila.
Bukan sessi tunjuk body seksi  wandy tau, tapi inilah demo oleh Puan Suhaila untuk menunjukkan bagaimana cara bagaimana  mengetahui kedudukan otot lantai pelvik. Macam-macam gaya dan aksi yang dilakukan oleh kami, tak boleh di tunjuk kat sini..malu ahhhh
Sessi soal jawab mengenai apa yang telah kami pelajari hari ini. Seorang peserta menceritakan yang wanita berbangsa cina juga mempunyai masalah suami berkawin lain dengan alasan vagina isteri tak ketat, longgar dan tiada kemutan..alahiiii.....ingatkan lelaki melayu ajer yang gunakan alasan tersebut untuk berkawin lagi.
Boleh dikatakan semua yang hadir memenangi hadiah berupa voucher wayang, voucher buku MPH dan juga barangan Kegel.  Tahniah buat pasukan "GangBang" yang telah memenangi hadiah utama kerna memilih nama kumpulan yang paling kreatif.

Jika anda memang percaya kecantikan bermula dengan tubuh badan yang sehat, anda patutlah memiliki alat  Vibrance Kegel Device sekarang juga. Pandai-pandailah pujuk suami yang tersayang kannn jika anda tidak berkerjaya.

Alat ini  boleh didapati  secara online di www.mybioinfinity.com , SHINS outlets , pusat kecantikkan terpilih atau daripada ahli urologi dan pakar ginekologi dan juga kebanyakkan hospital seluruh negara yang mampu dimiliki berbanding pembedahan yang mungkin mendatangkan komplikasi  dengan harga RM598.00 sahaja.

p/s Jangan lupa kemut-kemut selalu ek...akak akan cerita lagi pasal alat ni selepas sebulan memakainya.  Tungguuuuuuuuuuuu..!!!!!!!!! wink* wink*..

14 ulasan:

  1. Salam kak, alahaaaiii buruknye gambar yan hahahhahahaa, memang best pergi event ni, nak2 pulak dapat mencuba sendiri alat ni yang mana ianya sangatlah penting dan berguna bagi kaum wanita yang dah berkahwin.

    yang best tu review lepas guna alat ni heheeee :D


    www.yanmieonline.com

    BalasPadam
  2. dah berape kali test? hkahakhakhak

    BalasPadam
  3. byk kebaikan alat ni. tq for sharing kak ina. tp cmne la dia nk guna tu?tuk org dah kawin je ke?

    BalasPadam
  4. kalau dpt FOC memang besh :)

    memang penting senaman kegel ni :) tapi alat tu agak mahal gaklah utk mereka yg tak berapa tebal poketnya :)(mcm me ler) heheh

    BalasPadam
  5. Sebulan lagi review ye kak ina, takpe ummi tungguuuuu,hehe..

    BalasPadam
  6. Wahhh nampak bagus jugak alat ni ye...ade gak dengar benda ni...tapi harganya, boleh tahan jugak kan...

    BalasPadam
  7. Ina...bagus untuk kita jugak ni... heheh

    BalasPadam
  8. Memang penting untuk wanita yang bergelar isteri..

    Kena kumpul duit Nuffnang la untuk beli sebiji :)

    BalasPadam
  9. Waaaahhhhhhh...Mat Tiger sure seronok baca entri ni..miahahaha

    BalasPadam
  10. Good info Kak Ina.. iye laa mmg sesuai utk kaum wanita.. Jgn lupa bagi feedback lagi yer.. :)

    BalasPadam
  11. Xde muka blogger lelaki pon...hahahah

    BalasPadam
  12. Hahaha...pewitttttt..haha..compom si Mat Tiger Meleleh air lioq..hahaha

    BalasPadam
  13. Mat tiger kena berehat... kemut jgn tak kemut.. hehehe

    BalasPadam
  14. Assalammualaikum akak!!

    dah lama xdtg blog akak sjk 2-3 menjak ni.. -xcehat kak-

    tbe2 bokak2 je blog nengok woah!!!
    ngemot2? waduh2 hehehe

    tjok yg sgt segan lg malus utk ku sbot2 kan tp mmg tsgt2 pentenk kan kak..

    mmg best ni..kalo bli byo satu 1 singet bleyh dak? ehehehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers