OOO

Isnin, April 02, 2012

Warung Pak Hamid Ikan Dan Udang Galah Power

Bila jika bercuti terutama bila lalu jalan yang jarang kami gi, memang akak buka mata luas-luas nak tenguk tempat makan yang best dan ramai pengunjung. 
Perut dah lapar ..nampak papan tanda ni, tapi terlepaslah pulak.  Suami kata..tak per balik nanti kita singgah.  Oleh sebab dah terlepas, kami  makan satu tempat makan yang okey gak masakannya, tapi banyak lalatlah.  

Akak tak sedap hati nak ambil gambar kat situ, kang akak rasa cam akak menutup periuk nasi tuan punya kedai.  Baik tak yah ambil gambar dan buat N3 kan.
 
Masa nak balik semula ke Kuala Lumpur, hujan lebatlah pulak, tak cam tempat ni, akak suruh anak bawa jangan laju-laju.  Nasib baik dah nak dekat hujan dah tak berapa lebat, jadi nampaklah warung ni dari jauh.

Kedai ni nampak buruk dari luar, sebab atap zink dan berdindingkan kayu.  Kalau orang yang selalu makan tempat makan high class, mesti tak nak masuk sebab warung biasa ajer.  

Kami anak beranak orang biasa ajer, jadi tak kisah makan kat sini.  Bila tenguk ada orang Cina makan dan banyak kereta berhenti,  suami kata mesti sedap.
Bila masuk ajer nampak udang galah dan ikan dalam kolam.  Oleh sebab kami sampai dah nak dekat pukul 2.00 lebih , dorang dah habis bakar ikan dan udang.  Kalau idak boleh makan panas-panas ikan dan udang bakar kat sini.  Tak ada rezeki kan nak rasa udang besar.
Bila nampak menu masakan yang boleh dikatakan semua ikan dan udang dari sungai, kami pun teruja nak try. 
Ada masakan ikan puyu dan ikan patin masak lemak,  ikan raja, ikan keli dan talapia yang di bakar dan ikan baung goreng dan masak asam pedas.
Paling banyak kami ambil udang galah, dekat 20 ekor.  Suami kata ikan baung asam pedas ok..tapi kuah tak berapa okey.  Ikan talapia dan ikan raja bakar memang sedap.  Ira ambik gak ikan keli goreng.

Lima orang makan termasuk air kelapa jumlahnya dekat RM80.00. Harga ikan dan udang bergantung kepada saizlah..kalau korang ambik besar kenalah tambah lebih lagi.  Oklah tu..sebab ikan sungai dan manis rasa masakan ni semua.  Memang puas hati.
 Wah wah Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan pun dah try..korang bila lagi..masa tu pengacaranya ialah Serina anak Chef Wan.  Sekarang  ni dorang kata pengacara baru di katakan gedik dan tak best ek..Shiha Mentor Datuk Sharifah Aini. entahlah..akak dah lama tak tenguk dah rancangan ni.
Warung Pak Hamid, Kampung Sungai Ranggam, 
Mukim Kota Setia, 36000 Teluk Intan, Perak.
Azman : 019-5152033
Nana : 019-5683887
Kalau nak tenguk lagi masakan yang best korang boleh ke warung pak hamid
 
p/s  Insyallah jika di panjangkan umur dan di murahkan rezeki bulan November lalu lagi jalan ni, bolehlah singgah nanti.

15 ulasan:

  1. nyum2...
    nmpk sedap2 la... msti kedai ni femes sgt kan

    BalasPadam
  2. wah nampak menyelerakan..nanti kalau lalu mesti singgah ni

    BalasPadam
  3. Fuhhh..geram lak tengok udang nie..kat Swak Sekilo dalam RM48 tak silap..

    BalasPadam
  4. Payah nk jumpa udang galah skang ni. dah lama tingin tp tak dpt :(

    BalasPadam
  5. Sedapnya kak.. Lapar ni...

    BalasPadam
  6. blog akan ni mmg menyediakan restoran yg sedap2 makanan dia.hoho

    BalasPadam
  7. Fuyyyoooo.. sedaaaapppnyer.. tang udang tu yang kecur air liuq.. hehehehe

    BalasPadam
  8. wah tgk kedai macam biasa jer kan tp kalau makanan sedap, org dah tak kisah tang rupa gerai tue.

    BalasPadam
  9. Nanti kalau kebetulan je area sana, nak cari juga lah kedai ni, nampak 'mengancam' sangat masakannya..

    BalasPadam
  10. nampk pun mcm fresh jer udang kat atas tu. nyum3

    BalasPadam
  11. Nampak macam menyelerakan je makanan kat gerai ni... Tapi agak kecewa sebab jauh nun di Teluk Intan sana. Kalau area KL, memang dah kena serang gerai ni.

    BalasPadam
  12. Hurmm.... kalau amik lauk UDANG memang costing la skit....tapi dah sedap kan....okey ajeee

    BalasPadam
  13. Laaa last week sy gi perak, kalau lewat sikit sy g sana sure dpt try kedai tu...serius kecur air liur sekang niii

    BalasPadam
  14. terliur!!! ni yg teringin pekena ikan bakor ni...saya dah lama tak lalu sblh teluk intan..dulu kalo balik kg suami kat taiping selalu lalu sana..la ni straight highway jer...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers