OOO

Rabu, Mei 23, 2012

Apakah perawatan fisioterapi?

Setelah sehari berehat selepas di tebuk di lutut, maka bermulalah fisioterapy yang pertama kali.  Kebetulan jatuh pada 1 hb. Mei yang lepas, jadi tak ramai ahli fisio yang bekerja.  Nak cerita pasal ni tak berapa pandai jadi akak rujuk kat google.

Fisioterapi adalah kaedah rawatan penyakit atau kecederaan melalui mekanisma penyembuhan semulajadi badan. Tiada ubat digunakan dan kaedah ini tidak menyakitkan. Ia lebih kepada pemulihan dan pencegahan.

Fisioterapi adalah singkatan bagi fisio iaitu fisiologi yang membawa makna fungsi dan terapi sama maksud dengan penjagaan. Jadi makna fisioterapi ialah penjagaan atau pemulihan kefungsian. Di Malaysia fisioterapi dikenali sebagai jurupulih perubatan anggota atau pegawai pemulihan perubatan (anggota).
 bila lihat pesakit lain yang lebih teruk, 
akak rasa bersemangat nak buat fisio

Fisioterapi dapat melatih pesakit dengan sukan khusus, penguluran dan bermacam-macam teknik dan menggunakan beberapa alat khusus untuk mengatasi masalah yang dihadapi pesakit yang tidak dapat diatasi dengan latihan-latihan fisioterapi.

Kenapa fisioterapi penting?
Fisioterapi penting dalam hal ortopedik untuk dua alasan utama
· Pertama, jenis pesakit ortopedik mempunyai kekurangan yang memerlukan pengendalian. Sebagai contoh, pesakit dengan carpal tunel syndrome (syndrome pada terowong tulang pergelangan tangan) mempunyai kelemahan khusus pada otot tangannya dan memerlukan target latihan untuk mengembalikan fugsinya
 
menggerakkan bola besar dengan menggunakan kaki 
yang sakit dengan kiraan 20 untuk 3 kali
Atau pada sendi lutut sebagai contohnya chondromalacia mempunyai ketidakseimbangan pada otot-otot disekitar sendi lututnya. Seorang fisioterapi dapat melatih pesakit dengan latihan-latihan tertentu untuk otot-otot tersebut dengan tujuan untuk meningkatkan fungsi dan menurunkan masalahnya.
 
 mengangkat kedua belah kaki/sebelah kaki yang sakit sebanyak 20 kali
Apakah hal terpenting yang boleh dilakukan fisioterapi?
Fisioterapi mempunyai banyak peralatan pemulihan, beberapa kemahiran khusus yang dimiliki seorang fisioterapi adalah:
  
 mengangkat lutut  yang telah dipasang bungkusan pasir 
di hujung kaki sebanyak 20 kali dengan 3 sessi
Streetching / Penguluran
Penguluran adalah penting untuk menjaga luas gerak sendi disekitar sendi. Jika pesakit mempunyai kekakuan pada sendinya, aktiviti normal seperti membuka botol atau menaiki tangga kadang terganggu

Dengan penguluran yang tepat, keterbatasan fungsi ini dapat diatasi. Apabila terdapat kecederaan atau melakukan operasi, rangkaian parut dan kontraksi rangkaian perisian adalah hasilnya dan penguluran penting untuk dilakukan.
 
 Setelah itu kena turun macam naik tangga dari depan, mengundur ke belakang dan melutut di kerusi alatan senaman.  Setiap habis sessi selama lebih kurang 1 1/2 - 2 jam setiap pesakit yang cedera akan membuat sessi  electrical ini.

  Electrical Stimulation
Elektrikal stimulasi iaitu terapi dengan menggunakan elektrik. Dengan memasang arus elektrik pada daerah yang bersangkutan / mengalami sakit, saraf yang menghantarkan rasa sakit diubah. Pesakit sering merasakan nyerinya berkurang setelah treatment tersebut.


Bila kecederaan bertambah baik tiada lagi electrical stimulation cuma lakukan sessi ice pula.
  • Ice and Heat Therapy
Dingin dan panas ditujukan untuk menghangatkan dan menyejukkan otot, sebagai nota modaliti ini dapat meningkatkan aliran darah dan dapat menurunkan pembengkakan. Ini mungkin merupakan aspek paling penting dalam proses terapeutik

Untuk info lebih lanjut boleh ke SINI

Ikutkan malas nak berulang alik ke hospital buat fisio tapi demi kesihatan akak gagahkan diri gak pergi 3 kali seminggu.
Terima kasih Firdaus yang sudi menghantar dan mengambil akak di hospital setiap minggu.

6 ulasan:

  1. btl kak.kuatkan semangat ye

    thanks for the info

    BalasPadam
  2. treatment macam ni harus ade kekuatan mental kak.. semoga akak cepat pulih ye.. :)

    BalasPadam
  3. semoga cepat sembuh yer kak.. :)

    BalasPadam
  4. urm sekse gak ye nk jalani tempoh prubatan ni..

    ksian kt akak, byk2 kan bsabo kak, kuatkan semangat tuh..

    slebeyhnye bdoa pd Allah..

    BalasPadam
  5. Semoga kesihatan akak akan beransur pulih yea

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers