Korban Membawa Rezeki

Tawaran Hebat

Lazada Malaysia

Selasa, Mei 15, 2012

Lembutnya Roll Tuna Sandwich Mat Gebu

Terima kasih kepada suami tersayang yang merealisasikan impian akak ..akhirnya dapat gak merasa guna BreadMaker@Mesin buat roti ini.  Bila dah beli kenalah guna kan..takkan nak jadikan tukun.
Masa gi rumah Mat Gebu tahun lepas dia ada bagi roti tuna buat bekalan kami makan di hotel.  Oleh sebab kesedapannya roti tuna ni akak pun cuba buat hari Ahad yang lalu.
 
Walaupun tak secantik Mat Gebu punya tapi ketembaman dan kelembutannya memang menggiurkan.  Akak buat 2 kali ganda sebab anak lelaki memang suka makan roti panas-panas.  

Dapatlah 20 biji..wah untungkan..kalau beli satu RM2.00 x 20 dah RM40.00.  Buat sendiri modal tak sampai 20.00 lebih ajer..resepi akak ambil kat  SINI

BAHAN DOH :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

BAHAN INTI TUNA :-)
1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang, hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
 
  1. UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. 
  2. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
 
Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabut baki hirisan daun bawang dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya....
enak di makan panas-panas

14 ulasan:

  1. Waa,akak dah ade BM ;)

    mmg berbaloi

    BalasPadam
  2. Salam K.ina..untungnya dapat TOY baru..pasni byk la resepi roti dr k.ina ya.Alhamdulilah,pemberia dr suami trsayang..ingat senang ke nk dapat.hikhik
    SELAMAT HARI IBU gak k.ina...semoga kita mejadi ibu yg trbaik tuk anak2 kita.InsyaAllah.

    BalasPadam
  3. Tiba2 terus termengidam nak buat...

    BalasPadam
  4. waaaaaah..best la ada BM mcm2 roti leh wat xperlu nak adun uli dengan tangan...

    BalasPadam
  5. Wah lepas ni mesti roti gebu-gebu

    BalasPadam
  6. kak ina~~ bestnyer ada mesen tuh..

    sdpnyer oti tu..akak post laju bleyh dok? lol

    sdppp~~~

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Kak Ina

    mintak cikit...he he

    BalasPadam
  8. Wah, untung nya KakIna dapat adiah hari ibu ke? Along dapat sekotak coklat dari anak2 tahun ni, jadi lah kan... janji diaorang ingat.

    BalasPadam
  9. sedapnya,... mesin pengadun doh tu memang penting kan, kawan pun sanggup melabur untuk buat roti, tiap2 hari kami makan roti buatan kawan kat sekolah...

    BalasPadam
  10. next time kalau ade gathering .. nak mintak akak bawak la yea... nak rase seketul dua.... hihihi

    BalasPadam
  11. BM jenama apa saya pun nak beli juga ni tapi tak tahu jenama apa yg molek

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...