NAK DUIT RAYA TAK?

Cabaran Duit Raya 2014

ShoppingTime

Lazada Malaysia

Sabtu, Mei 05, 2012

Resepi Spaghetti Daging (Slurppppppppppp Aaaaaaaaa)

Resepi  spaghetti daging ni akak memang suka buat untuk hidangan kami sekeluarga.  Akak memang tak berapa gemar nak beli yang dah siap tu, lebih suka buat sendiri.
Bila ada yang bagi feed back camni lagi akak rasa happy sebab dapat berkongsi resepi ini dengan pembaca blog akak.  Alhamdulliah
Bahan
1 paket spaghetti
Air
Cara-cara
1. Panaskan air dalam periuk. Bila mendidih masukkan  sedikit garam, minyak zaiton dan spaghetti.
2. Spaghetti direbus hingga lembut kemudian toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun untuk menggelakkan spaghetti melekat.
Bahan-bahan
500gm daging kisar
1 tin besar pati tomato (puree)

1 tin air (gunakan bekas puree tomato tadi)
1 biji bawang besar (sebaiknya yang kuning)
3 biji bawang putih
2 biji tomato yang besar masak ranum
1 sudu teh oregano
1 sudu teh thyme 

garam (ikut citarasa masing-masing)
5 sudu makan tomato sos
2 sudu makan sos cili
2-3 sudu makan minyak zaiton/minyak masak/minyak jagung

Cara Untuk Buat Sos
1. Potong dadu bawang besar dan bawang putih.
2. Tomato di mesin dengan sedikit air.
3. Panaskan minyak (akak guna minyak zaiton) dalam 3 sudu makan.
4. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
5. Masukkan daging kisar dan kacau sehingga daging masak dan masukkan tomato kisar dan tomato puree bersama-sama 1 tin air. Masukkan garam.
6. Masukkan juga oregano, thyme dan cili sos dan sos tomato dan biarkan mendidih dengan api perlahan.
9. Biarkan sos mendidih sehingga 10-20 minit (pekat) dan rasa dulu (agak-agaklah yer) barulah di padamkan api dan makan bersama
spaghetti.

15 ulasan:

  1. Daging ni boleh jugaa buat mkan dgn piza atau roti kan.

    BalasPadam
  2. Daging ni boleh jugaa buat mkan dgn piza atau roti kan.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Kak Ina

    dah boleh memasak...
    Alhamdulillah

    BalasPadam
  4. nak senang guna sos prego je kan

    BalasPadam
  5. ohh tidakk...kenapa tidak jemput saya ke rumah...saya kan dah bujang skangni... hik3..

    BalasPadam
  6. sy kan kak, tiap kali msk spegeti mmg mcm resepi akak nih tp sy tmbh dgn sos instant gak hahaha cam tamak gile walhal sume herbs sy masuk siap masuk wild mushroom lagik masih nk masuk yg instant tuh haha

    BalasPadam
  7. sy x suka spageti sbb rasa masam2... tapi tentu resipi kak ina ni best

    BalasPadam
  8. yeayyy.. saya suka spaghetti..

    BalasPadam
  9. pasta yg tak jemu2 saya mkn :)
    thanks kak kongsi resipi

    BalasPadam
  10. pasti sedap
    nnti saya suruh emak sya msk

    BalasPadam
  11. nk tanye akk, thme tu ape? mcm mane rupa bungkusan nye yea ...? sy pun xsabar nk cuba resepi yg akk bg tu...

    BalasPadam
  12. nk tanye akk, thme tu ape? mcm mane rupa bungkusan nye yea ...? sy pun xsabar nk cuba resepi yg akk bg tu...

    BalasPadam
  13. kamu gi ke giant ataupun C4..kat barangan jual kiub, rempah ratus..tyme, oregano, basil semua dalam botol. kat kedai bakeri pun ada gak..harap dapat membantu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...